Showing posts with label Mynewshub. Show all posts
Showing posts with label Mynewshub. Show all posts

Tuesday, 20 August 2013

Mahkamah: Keputusan Kalimah ALLAH Esok – Umat Islam Jom Turun Beramai-Ramai!


Esok, merupakan satu tarikh penting buat umat Islam yang mengambil berat berkenaan isu penggunaan kalimah ALLAH oleh pihak gereja di negara ini.
Hal ini kerana Mahkamah Rayuan akan memperdengarkan keputusan sama ada akhbar mingguan gereja, Herald dibenarkan untuk menggunakan kalimah ALLAH dalam penerbitan berkenaan atau pun tidak.
harundin
Permit Herald yang diluluskan pada Kementerian Dalam Negeri pada Januari 2008 sebelum ini, memberikan syarat agar penerbitan berkenaan dilarang daripada menggunakan kalimah ALLAH untuk melindungi keselamatan nasional dan mengelak salah faham dan kekeliruan di kalangan umat Islam; selain Herald mesti meletakkan perkataan ‘Terhad’ di muka depan agar jelas ia hanya diedarkan kepada penganut Kristian.
Bagaimanapun arahan KDN itu ditarik balik selepas penerbit Herald yang juga ketua Paderi Roman Katolik, Tan Sri Murphy Pakiam memfailkan permohonan menggunakan kalimah ALLAH atas alasan ia tidak eksklusif untuk umat Islam dan diluluskan Hakim Mahkamah Tinggi, Lau Bee Lan pada 31 Disember 2009.
Namun berikutan polemik yang timbul susulan keputusan tersebut serta pergolakan sensitiviti dalam kalangan umat Islam negara ini yang rata-rata berasa tersinggung, kerajaan memfailkan rayuan untuk menghalang penggunaan kalimah ALLAH oleh pihak gereja dan keputusan inilah yang bakal didengar esok.
Justeru, rakyat Malaysia yang beragama Islam, sayangkan kalimah tauhid ini dan tidak rela ia disalahgunakan oleh penganut agama lain disaran untuk turun beramai-ramai ke perkarangan Mahkamah Rayuan, Putrajaya esok (22 Ogos 2013) bermula jam 8.00 pagi bagi menyatakan sokongan anda. -REM RAMZI

Sumber: mynewshub

Wednesday, 24 July 2013

Arwah Umi Kalthum Tinggalkan Nota Bersyarat 5


Allahyarham Datin Umi Kalthum
KUALA LUMPUR – Sekeping nota tulisan Allahyarham Umi Kalthum yang menyatakan lima syarat ditemui ketika ahli keluarga itu dihimpit rasa duka akibat kematian pelakon veteran tersebut pada Rabu.
Nota yang diletakkan di atas meja solek, rumah salah seorang anak Allahyarham hasil perkahwinan pertamanya antara lain menyenaraikan barang keperluan yang disimpan dan perlu digunakan sekiranya dia meninggal dunia.
Cucu dari suami pertama Allahyarham iaitu Amir Noor Muhamad , 32, berkata, dia menemui nota tersebut ketika masuk ke bilik untuk mencari kain kapan yang disimpan Allahyarham sebagai wasiat.
“Saya terkejut apabila saya masuk ke bilik, saya terjumpa sekeping nota yang arwah letakkan di atas meja mekap.
“Dia seolah-olah sudah tahu hendak pergi buat selama-lamanya,” jelas Amir Noor kepada mStar Online di sini pada Rabu.
Allahyarham Umi Kalthum meninggal dunia pada usia 81 tahun dalam tidur kira-kira pukul 4 pagi Rabu di rumah anak hasil perkahwinan pertamanya dengan individu yang dikenali sebagai Jaafar di Ukay Prima di sini pada Rabu.
Beliau meninggalkan lapan orang anak, 22 orang cucu serta seorang cicit hasil dua perkahwinannya termasuklah dengan pelakon Datuk S Roomai Noor.S Roomai Noor meninggal dunia di Mekah ketika menunaikan umrah pada 16 Mac 1996 akibat paru-paru berair.
Allahyarham Umi Kalthum turut memiliki seorang anak tiri iaitu penyanyi Anita Sarawak hasil perkahwinan terdahulu S Roomai Noor dengan pelakon Siput Sarawak.
Dalam pada itu Amir Noor berkata, lima perkara yang dicatatkan oleh neneknya itu ialah kelengkapan bagi menguruskan jenazahnya iaitu; kain batik untuk menutup dan memandikan jenazah, dua helai kain ihram termasuk milik S Roomai Noor sebagai kain kapan dan selendang putih menutup muka.
Turut ditulis ialah sarung bantal bagi kegunaan melapik kepala jenazah dan dua helai kain putih yang perlu diikat pada batu dan diletakkan di simpang jalan sebagai tanda ada orang meninggal dunia.
Kesemua kelengkapan jenazah itu disimpan rapi dalam sebuah almari dan digunakan sebagai memenuhi impiannya.
Allahyarham juga turut berpesan agar mengebumikan jenazahnya di Tanah Perkuburan Islam Klang Gate, Hulu Klang di sini iaitu berdekatan dengan kubur arwah ibunya.Arwah juga kata Amir Noor pernah melahirkan hasrat untuk meninggal dunia di Mekah ataupun pada bulan Ramadan.
“Alhamdulillahlah… hajat nenek untuk meninggal dunia pada bulan Ramadan seperti yang diimpikan telah dimakbulkan Allah,” katanya.
Nota
Inilah nota tulisan Allahyarham Umi Kalthum yang ditemui di meja solek.
Dalam pada itu rakan seangkatan Allahyarham iaitu Datuk Maria Menando, 81, berkata, dia amat terkejut dengan berita kematian itu kerana Umi Kalthum masih dilihat cergas walaupun ketika usianya sudah lanjut.
Katanya, kali terakhir mereka berjumpa ketika menziarahi jenazah Allahyarham Latifah Omar yang meninggal dunia pada 9 Jun lalu.
“Umi seorang rakan yang sangat baik dari segi tutur kata dan tingkah lakunya. Selama mengenalinya, saya amat senang berkawan dengan dia,” kata Maria.
Pelakon Salmah Ahmad, 76, pula berkata, Allahyarham ada berpesan kepadanya agar menjaga kesihatan sebaik mungkin selain mengadu sakit dada.
“Dua hari lepas dia ada telefon saya. Dia nak ajak saya bercuti ke Jakarta. Saya kata tak ada masalah. Kemudian dia bertahu, dadanya sakit sehingga kadang-kadang nak tarik nafas pun susah.
“Kerana masalah itu dia banyak kali supaya saya menjaga kesihatan dengan baik,” katanya yang pernah berlakon dengan Allahyarham dalam filem Yatim Mustapha pada tahun 1961.
Sepanjang hayatnya Umi Kalthum atau nama sebenarnya Patimah Bahudin telah berlakon lebih 20 buah filem antaranya Bawang Putih Bawang Merah, Raden Mas, Laila Majnun, Menanti Hari Esok dan Syukur 21.
Watak jahat iaitu Putih yang dipegangnya dalam Bawang Putih Bawang Merah pada tahun 1959 pernah menyebabkan dia dibenci peminat kerana sering mendera adik tirinya iaitu Merah lakonan Latifah Omar.
Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Klang Gate selepas solat Zuhur pada Rabu.
Turut menziarahi Allahyarham ialah Datuk Aziz Sattar, Datuk Yusof Haslam, Datuk Sarimah Ahmad, Aspalela Abdullah, Zalifah Ibrahim, Hayati Tasrip dan Mariani. - mStar Online

Wednesday, 17 July 2013

Ng Mun Tat Ni Ingat Kita Ni Bodoh Sangat Ke?


July 17, 2013

Sudah baca apa yang didakwa Ng Mun Tat … budak Cina yang sebelum ini dilaporkan diculik oleh 8 lelaki kerana dikatakan bertindak menghina Islam di Facebook.

Kalau belum…boleh klik sini.

Alasan yang diberikan…senang cakap penulis memang tak boleh nak terima langsung.

Dia mendakwa diculik 8 lelaki yang mahukan wang tebusan daripada keluarganya…nak tahu jumlah yang diminta…RM5,000.

Bayangkan…. 8 lelaki menaiki sebuah kereta mewah Toyota Alphard mahu berpenat lelah dan membahayakan diri menculik seorang penjaga kafe siber untuk jumlah sebanyak itu….masuk akal ke?

Lepas itu dibadannya diconteng Saya Hina Agama Islam….alasan: akan dipukul orang Islam lain jika cuba lari….

Lapan orang culik dan ada kemungkinan dia boleh lari….dan tak pulak dia dipukul masa mula-mula dijumpai dengan tulisan itu di badannya di tepi lebuh raya…

Masa dia mula dilarikan…penculik serahkan beg duit dan telefon bimbit dia kepada teman wanitanya.

Perghhhh…ini penculik beriman betul… 8 orang nak RM5,000…beg duit dengan handphone tak mahu… barangan kemas teman wanita tak usik….cuma nak RM5,000…

Ayoyo apek…sudah la tipu tu ok…

Harap polis siasat Mun Tat ni betul-betul dan ambil tindakan yang wajar ok… loya dengar penjelasan yang diberikan itu…

* hemmm... ada logiknya.. harap polis dapat siasat betul2..

Ashraf Muslim Dah Kahwin Kali Kedua Di Thailand Rupanya!

July 17, 2013

Ashraf Muslim sebenarnya telah pun bernikah buat kali kedua dengan bekas kru produksi televisyen, Wan Sakinah Ahmad Saburi di Thailand, 7 Julai lalu.

Perkara ini diketahui apabila Ashraf hari ini hadir ke Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur.

Sehubungan dengan itu, Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini membenarkan pelakon Mohd. Ashraf Muslim untuk menarik balik permohonan kebenaran poligami. Hakim Syarie Muhamad Abdul Karim Wahab mengarahkan Mohd. Ashraf untuk membayar kos mahkamah RM8,000 kepada isteri pertama, Noor Dayana Lokman.

Apa pun selamat pengantin baru buat Ashraf Muslim dan Wan Sakinah. Semoga perkahwinan mereka dirahmati dan diberkati.

Pesanan Abang Nara kepada Ashraf Muslim, jangan lupakan tanggungjawab anda kepada isteri pertama. Sumber KOSMO. – Beautiful Nara


* mesti ramai yang marah, kecewa dan pasrah... hihi

Monday, 15 July 2013

Berita Bonus Aidilfitri 2013 Palsu!



July 15, 2013
UPDATED DENGAN STATEMENT!! KSN
KUALA LUMPUR – Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr. Ali Hamsa berkata kerajaan setakat ini belum bincang mengenai pemberian bonus kepada penjawat awam sempena Hari Raya Aidilfitri.
Tindakan sebuah portal berita kualalumpurpost.net memuatnaik berita pemberian bonus oleh kerajaan untuk 2013 adalah amat dikesali kerana selepas disiasat ia adalah berita palsu.
Bagaimanapun, kami tidak dapat memastikan kesahihan berita itu yang ditulis dan dikreditkan kepada Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) dan ia diumumkan sendiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Berita tersebut telah pun dikongsikan di laman Facebook dan 445 orang sudah klik “Like” pada berita palsu berkenaan. Hasil siasatan Mynewshub, berita berkenaan adalah berita pemberian bonus pada 28 Julai tahun lalu dan ia akan dibayar pada 9 Ogos tahun 2012 dan bukannya tahun ini.
Kita berharap pihak kualalumpurpost.net lebih peka dalam perkara ini kerana ia melibatkan perasaan dan harapan lebih 1 juta penjawat awam di negara ini. Memanglah ia ditulis oleh Bernama tapi untuk pemberian bonus tahun 2012.
Terdapat artikel dipetik dari sebuah laman blog menulis tentang pemberian bonus berkenaan yang dibayar pada 9 Ogos tahun lalu.
Diharapkan orang ramai kakitangan awam tidak terus terpedaya dengan berita ini yang kami rasa ia mungkin kesilapan pihak kualalumpurpost.net.
Sehingga berita ini ditulis pihak kualalumpurpost.net masih belum lagi memadamkan berita berkenaan dari laman Facebook mereka. – Mynewshub
Facebook - Mozilla Firefox 7152013 42828 PM-001Kerajaan umum bonus Aidilfitri – Najib  The Kuala Lumpur Post - Mozilla Firefox 7152013 43317 PM
Bonus Hari Raya Aidilfitri 2012 dibayar 9 Ogos - Mozilla Firefox 7152013 44502 PM
OLEH : IBNU K

Monday, 1 July 2013

Pesawat Tempur Rafale Simbolik Kekuatan Perancis






July 2, 2013
PARIS – Rafale, pesawat tempur pelbagai peranan kombat kebanggaan Perancis, adalah simbolik kepada kekuatan ketenteraan dan keunggulan dalam teknologi pertahanan negara berkenaan.

Dihasilkan oleh Dassault Aviation, yang ditubuhkan pada 1949, keupayaan pesawat tempur yang sofistikated ini telah terbukti semasa penempatan tentera negara itu di Afghanistan, Libya dan Mali.

Rafale kini antara pesawat pejuang yang terlibat dalam pembidaan program penggantian pesawat MiG-29N yang hampir tamat perkhidmatannya dalam Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Pada 1995, TUDM telah membeli sejumlah 18 unit MiG-29N, namun sebuah daripada pesawat pejuang buatan Rusia itu terhempas di Kuantan pada 1998.

Rafale kini dioperasi oleh tentera udara dan laut Perancis dan pihak Dassault menjangkakan teknologi yang dimiliki oleh pesawat berkenaan mampu memastikan kelangsungan sistem pertahanan udara yang mantap sehingga 40 tahun akan datang.

Pesawat yang boleh mencapai sehingga dua kali kelajuan bunyi itu bukan sahaja memantapkan pertahanan udara, malah ia memacu perkembangan industri lain dan menjadi antara penyumbang utama pertumbuhan keluaran dalam negara kasar negara itu.

Wartawan Bernama baru-baru ini berpeluang melawat beberapa lokasi penting untuk rekabentuk, pemasangan, pengendalian dan operasi pesawat tempur, Rafale.

Catatan ini juga adalah lawatan eksklusif bersempena sambutan jubli emas Pameran Udara Antarangbangsa Paris, Le Bourget yang berlangsung dari 17-23 Jun lepas.

PENGGUNAAN TEKNOLOGI TERCANGGIH

Lawatan bermula di ibu pejabat Dassault Aviation di Saint Cloud yang terletak 2 km dari ibukota Paris dan adalah tempat bermulanya proses pembinaan pesawat berkenaan.

Menariknya, pembinaan Rafale tidak melibatkan lakaran secara fizikal, sebaliknya menggunakan lakaran digital maya secara tiga dimensi (3D) sepenuhnya menerusi perisian Catia.

Dibangunkan oleh Dassault Systemes, perisian Catia atau “Computer Aided Three-dimensional Interactive Application” adalah perisian 3D yang mempunyai keupayaan untuk berkongsi maklumat dan perkembangan pembinaan pesawat dengan pihak berkepentingan yang lain.

Menurut pengurus program kejuruteraan Dassault Aviation, Jerome Camps, teknologi pembuatan secara digital maya ini adalah yang pertama seumpamanya di dunia dan telah membantu syarikat berkenaan menjimatkan kos pembuatannya kerana tidak memerlukan pembinaan prototaip atau mock-up secara fizikal.

“Teknologi maya 3D ini secara langsung telah membantu kami dalam proses merekabentuk, dokumentasi, servis, membuat alat ganti dan perkilangan secara serentak, dan kami tidak perlu membina prototaip yang sama secara fizikal berulang kali.

“Sebelum pesawat Rafale dibina, perisian ini membantu untuk mengenalpasti kecacatan dan ketidaksempurnaan dalam proses pembinaan pesawat apabila ia dapat diuji terus secara maya,” ujar Camps.

“Dengan penggunaan kaedah lakaran digital maya seperti ini, Dassault berjaya membina Rafale dalam lingkungan peruntukan yang disediakan tanpa kos tambahan dan ini adalah kejayaan besar bagi kami,” tambah beliau.

Selain Rafale, Dassault juga membina jet komersial peribadi seperti model Falcon, yang turut menggunakan perisian yang sama.

Di lokasi yang sama, kami kemudian dibawa ke “Immersive Reality Centre,” yang digunakan oleh syarikat berkenaan untuk mempamerkan lakaran digital maya sesebuah pesawat secara lebih terperinci.

Di sini, pelanggan diberi peluang melihat sendiri rekabentuk lakaran maya luaran dan dalaman yang diinginkan termasuk ukuran, warna dan lain-lain sebelum pesawat sebenar dihasilkan.

Selain itu, Dassault juga mengaplikasi sistem e-Squadron untuk penyelenggaraan atas talian dan mempunyai sistem Opera Touch untuk kegunaan
juruterbang merancang operasi penerangan berasaskan pemetaan digital.

PEMASANGAN AKHIR RAFALE

Penerbangan dari Paris ke Bordeaux yang memakan masa kira-kira sejam 15 minit bagi melihat pemasangan akhir Rafale di kilang Dassault Aviation yang terletak di Merignac.

Pembinaan Rafale melibatkan pemasangan beberapa komponen yang dibuat di kilang yang berlainan di sekitar Perancis.

Pemasangan akhir Rafale mengambil masa kira-kira enam bulan dan kilang ini mampu memasang kira-kira 10 buah pesawat pelbagai guna itu dalam masa setahun.

Selepas siap pemasangan, Rafale akan turut menjalani “ground test” selama dua minggu di kilang ini, dan dalam tempoh itu ujian sistem avionik iaitu alat yang berhubungan dengan sistem navigasi, komunikasi dan persenjataan dalam pesawat tempur dijalankan selama seminggu.

Selain pemasangan, kilang ini digunakan bagi proses percubaan dan pemeriksaan terakhir pesawat oleh juruterbang bagi memastikan ia benar-benar selamat sebelum diserahkan kepada pelanggan.

SEJARAH KILANG PEMASANGAN DASSAULT

Kilang pemasangan ini telah beroperasi sejak 1949 dengan kapasiti pengeluaran pertama iaitu tiga buah pesawat model Flamant dalam masa sebulan.

Pembeli asing Dassault yang pertama ialah India iaitu pada 1953 dengan pembelian model Ouragan dan negara tersebut kini memiliki lima model pesawat keluaran dari syarikat Perancis ini.

Dengan keluasan sekitar 132,000 meter persegi dan 1,300 pekerja, kilang ini juga beroperasi bagi mengeluarkan model Falcon selain dari Rafale.

Kini dengan kemajuan yang dimiliki oleh Dassault, kilang ini mampu menghasilkan 70 buah pesawat setahun untuk model Rafale dan Falcon.

Proses pemasangan sehingga penghantaran Rafale biasanya memakan masa selama enam bulan sementara Falcon sekitar tiga bulan setengah.

PUSAT PENGKALAN TENTERA UDARA PERANCIS

Kem tentera udara Perancis, yang terletak di Saint Dizier, kini memiliki 47 buah pesawat Rafale yang dioperasikan sejak 2006.

“Sejak kejadian 11 Sept, persediaan untuk menerbangkan Rafale dipercepatkan dengan hanya memakan masa selama dua minit berbanding sebelumnya iaitu tujuh hingga 15 minit,” kata Leftenan Kolonel Nicolas Lyaufey.

Lyaufey kini bertugas sebagai ketua operasi udara di satu daripada skuadron kem tentera udara berkenaan.

Beliau yang mempunyai pengalaman menerbangkan Rafale selama 1,000 jam berkata, kehebatan pesawat ini dirasai sendiri oleh beliau ketika terlibat dalam misi konflik di Mali.

Menceritakan pengalaman di Mali, Lyaufey berkata 60 peratus operasi pesawat Rafale dijalankan pada waktu malam.

“Rafale berkeupayaan menyasarkan enam peluru pada satu-satu masa dengan tepat,” kata beliau sambil menambah kata bahawa misi di Mali mencapai 97 peratus kejayaan.

“Kami telah menempatkan enam buah pesawat Rafale di Mali dan menggugurkan lebih 80 butir bom menggunakan pesawat berkenaan,” tambah beliau.

KEHEBATAN YANG TELAH TERBUKTI

Rafale, seperti juga pesawat pejuang dari syarikat terkemuka yang lain mempunyai kelebihan tersendiri dalam membida kontrak program penukaran pesawat MiG 29N.

Namun, apa yang membuatkan produk Dassault Aviation ini berbeza dengan pesaingnya yang lain ialah kehebatan pesawat pejuang berstatus omnirole ini sudah terbukti di medan peperangan berbanding pesawat dari syarikat lain yang masih di tahap prototaip.

Penggunaan omnirole oleh kerajaan Perancis untuk pesawat Rafale bertujuan untuk menggambarkan keupayaannya sebagai pesawat tempur udara ke udara, serangan udara ke permukaan, serangan udara ke laut, peninjauan dan menangkis serangan nuklear.

Namun adakah Rafale dapat memenuhi keperluan pertahanan Malaysia dan berbaloikah untuk melabur bagi pesawat jenis ini? Ini adalah sesuatu yang akan dipertimbang oleh RAMD dan Rafale sudah tentu menjadi satu daripada pilihan untuk dipertimbangkan. – BERNAMA

Azeez Rahim Dilantik Pengerusi Tabung Haji


July 1, 2013

Ahli Parlimen Baling yang juga Pengerusi Kelab Putra 1Malaysia, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim hari ini telah dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Tabung haji yang baru.

Beliau merupakan aktivis politik yang bergiat secara aktif dalam beberapa misi kesukarelaan dan kemanusiaan di dalam dan luar negara.

Sebelum ini Datuk Syed Hamid Albar pernah diberi surat perlantikan sebagai pengerusi Tabung Haji sebaik Datuk Seri Najib dilantik sebagai Perdana Menteri.

Azeez merupakan antara nama popular untuk memegang jawatan tersebut.

Tahniah kepada Azeez atas perlantikan tersebut.

Semoga beliau dapat menjalankan tanggungjawab serta amanah yang diberi dengan penuh kreadibiliti dan integriti.

(Berita penuh menyusul)

Oleh: HARITS ASYRAF

UAI Bukan Calon PRK Dun Kuala Besut


July 2, 2013

KUALA TERENGGANU – Ustaz Azhar Idrus tiada dalam senarai pilihan Pas untuk dicalonkan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kuala Besut.

Pesuruhjaya Pas Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut ketika menjawab soalan pemberita mengenai desas-desus pendakwah terkenal itu akan dipilih mewakili Pas, memberikan jawapan ‘tidak’ sebanyak tiga kali.

Terdahulu, ketika ditanya mengenai ‘Ustaz Azhar’ beliau mengiyakan kerana menyangka pemberita merujuk kepada Yang Dipertua Pas Kawasan Besut, Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad yang juga dikenali sebagai Ustaz Azhar.

“Antara banyak nama yang naik, termasuk nama Ustaz Azhar (Wan Azhar Wan Ahmad), dia sebagai Yang Dipertua Pas Kawasan (Besut),” katanya.

Bagaimanapun, beliau membetulkan identiti orang yang disenaraikan itu selepas menyedari Ustaz Azhar yang dimaksudkan media adalah Azhar Idrus.

Sebelum ini, beberapa media melaporkan Ustaz Azhar Idrus sebagai kemungkinan disenaraikan calon Pas pada PRK ini.

Mengulas lanjut mengenai Azhar Idrus, Mohd Abdul Wahid menjelaskan, ikon agama itu tidak berminat bertanding bagi mewakili parti politik.

“Dia orang Ladang (kawasan di bandar Kuala Terengganu), orang sini. Banyak maklumat yang kita terima menyatakan dia tidak berapa minat bertanding, tetapi kita tengoklah nanti (apakah beliau ingin bertanding) suatu masa nanti kerana belum muktamad,” katanya.

Selain Wan Azhar, satu-satunya calon Muslimat yang ditempatkan di kerusi Dun Kuala Besut pada PRU13 lalu, Napisah Omar turut disenarai pendek.

Beliau turut menjelaskan, kebanyakan senarai nama adalah daripada kalangan anak tempatan dan pihaknya sedang meneliti perkara itu untuk mengetengahkan calon terbaik bagi memastikan kemenangan Pas.

Mohd Abdul Wahid turut mengumumkan Adun Paka yang juga Timbalan Pesuruhjaya Pas Terengganu, Satiful Bahri Mamat sebagai Pengarah Pilihan Raya Kecil Pas Negeri.

“Jentera pilihan raya sudah kita lantik dan lepas ini, kita akan pastikan jentera kita bergerak lancar,” katanya.

Dalam pada itu, panel guaman Pas sedang mengkaji peraturan dan undang-undang yang termaktub dalam Perlembagaan jika berlaku kedudukan seri 16-16 di negeri ini.

Merujuk kenyataan Ketua Umno Bahagian Besut, Datuk Seri Idris Jusoh bahawa Pas tidak boleh memerintah Terengganu walaupun parti itu memenangiPRK Dun Kuala Besut berikutan BN mempunyai kelebihan satu kerusi iaitu kerusi Speaker Dun, Mohd Abdul Wahid menjelaskan, perkara itu perlu dirujuk dan tidak boleh dibuat tafsiran berdasarkan pandangan politik.

“Kita akan semak dengan peguam kita kerana perkara sebegini tafsiran, tidak pernah berlaku. Jadi, kita akan semak dari segi undang-undang dan peraturan. Mungkin betul, mungkin tidak betul. Tafsiran dia (Idris), dia tafsir untuk (politik) dialah. Kita akan tafsir bagi pihak kita pula.

“Kita ada panel guaman kita untuk buat kajian. Kita tidak boleh nak tafsir tanpa kajian teliti. Kita tak nak bercakap undang-undang dari segi politik semata-mata,” katanya. – Sinar Harian Online

Thursday, 20 June 2013

Khalid Dakwa Nik Abduh Tak Bayar Hutang?


    June 20, 2013

Aktivis pembangkang, Khalid Ismath nampaknya macam tak puas hati dengan anak Nik Abduh, iaitu anak Datuk Nik Aziz Nik Mat ni.
Apa sudah jadi?
nik beduh

Apa kena mengena pula Jus Tok Guru dengan Nik Abduh? Ada share ka?
Tapi sebenarnya bukanlah menghairankan mengapa Khalid dok serang Nik Abduh.
Sebelum ini Nik Abduh meminta semua pihak menerima keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 yang menyaksikan Barisan Nasional (BN) terus diberi mandat memerintah negara.
Ini menyebabkan Khalid dan juak-juaknya berangin satu badan, seolah-olah memperkecilkan mereka yang selama ini terkenal dengan demonstrasi jalanan dan sebagainya itu.
Lihat saja antara ‘sindiran’  Khalid pada Nik Abduh.
Screenshot_2013-05-22-11-09-52-1

VIDEO: Mengapa Dr. Maurice Bucaille Peluk Islam Selepas Bedah Mumia Firaun?


    June 20, 2013

Presiden Perancis menawarkan kerajaan Mesir bantuan untuk meneliti, mempelajari dan menganalisis mumia Firaun, Ramsess II yang sangat terkenal pada tahun 1976.
Firaun yang dikatakan hidup di zaman Nabi Musa yang akhirnya mati tenggelam dalam Laut Merah ketika mengejar Musa dan para pengikut baginda yang melarikan diri daripada kekejamannya.
Mesir menyambut baik tawaran itu dan membenarkan mumia itu diterbangkan ke Paris.
Malah ketika sampai di sana kedatangan mumia itu disambut dengan pesta dan keramaian.
Ini termasuklah apabila Presiden Mitterand dan para pemimpin Perancis yang lain tunduk hormat ketika mumia itu dibawa lalu di hadapan mereka.
Mumia itu kemudiannya diletakkan di ruang khas di Pusat Arkeologi Perancis.
Di situ ia bakal diperiksa sekali gus membongkar rahsianya oleh para pakar, doktor bedah dan autopsi Perancis yang dipimpin oleh doktor yang sangat terkenal, Prof. Dr. Maurice Bucaille.
Bucaille seorang pakar bedah kenamaan Perancis yang dilahirkan di Pont-L’Eveque pada 19 Julai 1920. Memulakan kerjaya di bidang perubatan am dan pada tahun 1945 beliau diiktiraf sebagai pakar di bidang gastroentorologi.
Ramai kerabat diraja dan keluarga pemimpin dunia menggunakan khidmat Dr. Bucaille, termasuk Raja Faisal Arab Saudi dan pemimpin Mesir, Anwar Sadat.
Lalu kesempatan beliau untuk membedah dan menyiasat mumia Firaun, mengerah seluruh tenaga dan mindanya untuk menguak misteri di sebalik penyebab kematian raja Mesir kuno itu.
Ternyata, hasilnya sangat mengejutkan.
Dr. Bucaille menemukan sisa-sisa garam yang masih melekat pada jasad mumia tersebut sebagai bukti terbesar bahawa Firaun itu mati akibat tenggelam di dalam laut.
Iaitu jasadnya segera dikeluarkan dari laut, ‘dirawat’ segera dan dijadikan mumia supaya jasad itu kekal awet.
Namun penemuan itu menimbulkan persoalan yang sangat besar kepada Dr. Bucaille.
Bagaimana jasad tersebut masih dalam keadaan sangat baik berbanding jasad-jasad yang lazimnya tenggelam dan dikeluarkan daripada laut?
Lalu beliau menyiapkan sebuah laporan akhir yang diyakininya sebagai penemuan baru, iaitu proses menyelamatkan mayat Firaun dari laut dan kaedah pengawetannya.
Laporan tersebut diterbitkan dengan tajuk; Mumia Firaun: Sebuah Penelitian Perubatan Moden (judul asalnya; Les Momies Des Pharaons Et La Midecine).
ramses-mummyEkoran penerbitan laporan itu, Dr Bucaille dianugerah penghargaan tertinggi kerajaan iaitu Le Prix Diane Potier-Boes (Penghargaan Dalam Sejarah) oleh Academie Frantaise dan anugerah Prix General daripada Academie Nationale De Medicine, Perancis.
KISAH FIRAUN DI DALAM AL QURAN.
Namun seorang rakan sempat membisikkan kepada Dr. Bucaille bahawa penemuan ini sebenarnya bukan sesuatu yang baru.
“Jangan tergesa-gesa kerana sesungguhnya umat Islam telah berbicara mengenai peristiwa Firaun yang mati lemas dan mayatnya dipelihara sehingga hari ini!”
Namun kata-kata itu ditentang keras oleh Dr. Bucaille kerana beliau menganggap sangat mustahil.
Baginya membongkar sesebuah misteri yang lama tidak mungkin dapat diketahui kecuali dengan perkembangan teknologi moden, peralatan dan makmal canggih yang mutakhir dan tepat.
Dr. Bucaille menjadi serba salah dan bingung apabila diberitahu bahawa al-Quran yang diyakini dan dipercayai oleh umat Islam telahpun meriwayatkan kisah tenggelamnya Firaun dan kemudian mayatnya diselamatkan.
Beliau semakin tertanya-tanya, bagaimana perkara seperti itu dapat diterima oleh akal kerana mumia itu baru sahaja ditemui sekitar tahun 1898.
Sedangkan al-Quran telah ada di tangan umat Islam sejak ribuan tahun sebelumnya.
Sambil mata tidak lepas memandang mumia Firauan yang terbujur di hadapannya, Dr. Bucaille terus tertanya-tanya bagaimana al-Quran dapat membicarakan kisah Firaun yang jasadnya diselamatkan dari hancur sejak ribuan tahun lalu.
“Apakah masuk akal di hadapanku ini adalah Firaun yang cuba menangkap Musa (Nabi)? Apakah masuk akal Muhammad (Nabi) mengetahui hal sejarah ini? Pada hal kejadian Musa dikejar Firaun telah berlaku sebelum al-Quran diturunkan,” bicara hatinya sendirian.
Lalu beliau mendapatkan kitab Injil yang di dalamnya hanya membicarakan Firaun yang tenggelam di tengah laut saat mengejar Nabi Musa tetapi tidak diceritakan mengenai mayat Firaun.
Presiden Perancis menawarkan kerajaan Mesir bantuan untuk meneliti, mempelajari dan menganalisis mumia Firaun, Ramsess II yang sangat terkenal pada tahun 1976.Sementara dalam Kitab Perjanjian Lama (Injil Lama) pula yang diceritakan dalam kitab itu hanyalah: “Air (laut) pun kembali seperti sebuah lautan yang berombak dan beralun, menenggelamkan kereta-kereta (chariot) kuda, pasukan berkuda dan seluruh bala tentera Firaun tanpa ada seorang pun yang berjaya menyelamatkan diri. Tetapi anak-anak Israel dapat menyelamatkan diri atas daratan kering di tengah-tengah laut itu”. (Exodus 14:28 dan Psalm 136:15)
Dr. Bucaille sangat terkejut kerana tidak ada disebut langsung mengenai apa yang terjadi seterusnya kepada mayat Firaun selepas tenggelam itu.
Ini menjadikan beliau semakin kebingungan.
Apabila mumia dikembalikan semula ke Mesir, Dr. Bucaille terus mendapatkan kepastian mengenai mumia itu.
Lalu beliau memutuskan untuk bertemu dengan para ilmuwan Islam mengenai sejarah Nabi Musa, kekejaman Firaun sehinggalah Bani Israel meninggalkan Mesir dan dikejar Firaun dengan seluruh bala tentera di belakang mereka.
Maka salah seorang mereka terus bangun dan membaca ayat al-Quran berhubung sejarah tersebut untuk Dr. Bucaille mendengarkannya sendiri:
“Maka pada hari ini Kami selamatkan badan kamu supaya kamu dapat menjadi pelajaran bagi orang-orang yang datang sesudah kamu dan sesungguhnya kebanyakan manusia lengah dari tanda-tanda kekuasaan Kami.” (Yunus: 92)
Apabila mendengar ayat ini, hati Dr. Bucaille benar-benar tersentuh. Beliau akhirnya mengakui kebenaran ayat itu kerana ia dapat diterima akal dan memberikan satu inspirasi serta dorongan kepada sains untuk maju meneroka lebih jauh lagi.
Lalu dengan hati yang begitu bergetaran dalam menahan sebak dan keharuan, beliau pun bangun dan dengan suara yang lantang berkata: “Sesungguhnya aku masuk Islam dan beriman dengan al-Quran ini.”
Tidak sekadar beliau mengakui kebenaran dan memeluk Islam tetapi beliau kemudiannya pulang ke Perancis dengan menggali seluruh isi al-Quran.
Akhirnya beliau berjaya menerbitkan buku yang sangat mengejutkan seluruh dunia dan sehingga kini telah diterjemahkan dalam pelbagai bahasa pada tahun 1976, iaitu The Bible, the Qur’an, and Science : The Holy Scriptures Examined in the Light of Modern Knowledge.
Melalui buku ini, Dr. Bucaille yang kemudiannya dikenali sebagai Dr. Yahya Maurice Bucaille berjaya membuktikan bahawa al-Quran adalah selari dengan fakta-fakta sains sementara kitab Injil adalah sebaliknya.
“Sains dan Islam umpama saudara kembar yang tidak boleh berpisah. Ini kerana dalam Injil terdapat pelbagai kesilapan dari aspek saintifik tetapi tiada sedikitpun kesilapan seperti itu ada dalam al-Quran. “Al-Quran yang di dalamnya diceritakan segala penjelasan mengenai fenomena alam semula jadi yang sangat bertepatan dengan sains moden,” katanya.
Beliau memberikan kesimpulan bahawa tidak syak lagi al-Quran benar-benar kalam Allah!
sumber: myibrah.com

Wednesday, 19 June 2013

Saksikan Detik Cemas Penebat Kilat Runtuh Dari Menara UMNO P. Pinang


    June 19, 2013


Dalam kejadian petang Khamis lepas, seorang lelaki maut selepas kenderaannya dihempap struktur penebat kilat di atas Menara Umno itu yang jatuh akibat ribut kencang.
Sehari selepas itu, seorang wanita, Lee Chai Song membuat laporan mengenai kehilangan suaminya dan khuatir lelaki berkenaan turut terbabit dalam insiden tersebut.
Susulan itu, pihak berkuasa memulakan usaha mencari dan mengesan Chin Aik dan pada Sabtu lalu, Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi mengesahkan nombor casis kereta yang ditemui terbenam di kawasan runtuhan penebat sepadan dengan kereta milik Chin Aik.
Chin Aik yang memandu kereta jenis Honda City berwarna kelabu dikatakan keluar dari rumah untuk mengambil anak perempuan bongsunya dari Penang Chinese Girl’s High School di Jalan Gottlieb pada pukul 6.30 petang.
Mari kita lihat detik-detik cemas yang terjadi sewaktu struktur penebat kilat berkenaan runtuh.
Takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat.
TERKINI: Polis tidak menemui sebarang tisu atau darah manusia dari serpihan kereta yang ditemui di kawasan runtuhan penebat kilat di Jalan Macalister di mana Lim Chin Aik dipercayai tertimbus.
Ketua Polis Daerah George Towen, ACP Gan Kong Meng berkata, polis turut menyelesaikan laporan orang hilang pada Rabu dan akan menyerahkannya kepada Kementerian Dalam Negeri.
“Kementerian akan menyerahkan laporan itu kepada Jabatan Pendaftaran Negara untuk sijil kematian untuk Lim.
“Kami harap jami dapat mendapatkan sijil menjelang Jumaat ini dan menyerahkannya kepada keluarga,” katanya.
* Takziah Untuk Keluarga Mangsa.

Tuesday, 18 June 2013

Frank Ribery…Elak Alkohol Tapi ‘Rembat’ Pelacur!


    June 19, 2013
PARIS – Bintang bola sepak Bayern Munich, Frank Ribery dibicarakan semalam atas tuduhan melakukan seks dengan seorang pelacur bawah umur yang dilanggannya sebagai ‘hadiah hari jadi untuk dirinya.’
Ribery, 30, pemain bahagian tengah yang sudah berkahwin berdepan dengan hukuman penjara tiga tahun jika didapati bersalah atas tuduhan membawa pelacur bernama Zahia Dehar ke bilik hotelnya di Jerman ketika gadis itu berusia 17 tahun dan membayarnya RM3,000 untuk seks.
Bintang Real Madrid Karim Benzema juga berdepan dengan tuduhan mengadakan seks dengan pelacur berambut perang itu yang kini berusia 21 tahun.
Ribery yang memeluk Islam selepas berkahwin, mengaku mengadakan seks dengan Zahia, pelacur kelahiran Algeria tetapi mendakwa dia tidak tahu pelacur itu bawah umur.
Usia mengadakan seks dengan kerelaan di Perancis ialah 15 tahun. Bagaimanapun, umur yang ditetapkan untuk bekerja sebagai pelacur ialah 18 tahun.
Enam lelaki lain yang menguruskan rumah pelacuran di Paris tempat Zahia bekerja juga didakwa.
Ribery sebelum ini mendapat perhtian ramai apabila berang dengan tindakan rakan sepasukannya yang mencurahkan arak ke atasnya, ketika pasukan itu meraikan kemenangan dengan menewaskan Augsburg 3-0, sekali gus menjuarai Liga Jerman buat kali ke-23.
Selama ini Ribery telah memberitahu rakan sepasukannya supaya mereka menjauhi arak daripadanya memandangkan arak adalah haram di sisi agama Islam.
Ribery-Boeatang
Sementara itu, Zahia sebelum ini bercakap mengenai bagaimana Ribery membayar tambang penerbangan kelas pertama berharga RM25,000 dan bilik di hotel lima bintang untuk melangganya selama semalam pada hari jadinya ke 26 pada 7 April 2010.
Zahia menjadi selebriti di Perancis sejak kejadian itu terbongkar dan melancarkan laman web porno serta baju dalam jenama sendiri.
zahia.dehar14182-1367063395_14182-middle2-zahia.dehar
Dia memberitahu majalah Paris Match: “Saya adalah hadiah hari jadi Ribery. Kami berkenalan di sebuah kelab di Paris. Dia menempah saya dan membawa saya ke Munich untuk meraikan hari jadinya yang ke-26.
“Dia menempatkan saya di hotel mewah di Munich. Kami mengadakan seks dan dia membayar saya. Saya menjadi hadiah istimewa untuknya.” Ribery mulanya didakwa pada Julai 2010 atas tuduhan melanggan pelacur bawah usia untuk seks.
Bagaimanapun, kes itu diketepikan selepas pendakwaraya gagal membuktikan dia mengetahui usia sebenar Zahia. – The Sun

Kesian, Budak Cacat Ini ‘Disisihkan’ Dalam Sesi Bergambar Di Sekolahnya…


    June 19, 2013
The photo that broke a mother’s heart


Selalunya apabila anak pulang bersama ‘gambar kelas’ ia pasti menarik perhatian ibu bapa yang ingin melihat guru dan rakan-rakan anaknya yang sudah satu tahun belajar bersama-sama.
Bagaimanapun, hati seorang ibu bernama Anne Belanger dari New Westminster, Canada sangat terhiris apabila melihat anaknya disisihkan jauh daripada barisan rakan-rakan lain dalam gambar tersebut.
Meskipun anaknya, Miles Ambridge, 7, mengalami masalah kesihatan spinal muscular atrophy (otot otrofi tulang belakang) hingga terpaksa berkerusi roda, baginya itu bukan alasan untuk bertindak kejam demikian rupa.
Dia dan suami, Don Ambridge tambah sedih apabila melihat anak mereka kelihatan tersenyum lebar dalam gambar tersebut, barangkali kerana terlalu naif untuk mengerti layanan buruk yang sedang diterimanya.
Susulan perkara ini, pihak sekolah menerima kecaman lalu mengatur semula sesi bergambar Miles bersama rakan-rakan kelasnya.
Herbert Spencer Elementary bagaimanapun menyalahkan syarikat yang diupah bagi mengambil gambar kelas sebagai punca kejadian berlaku.
Sumber: Yahoo! Shine