Sejahtera ke atas kita dengan lafaz Assalamualaikum....
Permulaan baru dalam ceritera hidup aku... Tak pernah terfikir untuk meluangkan masa menjadi seorang penulis buat tatapan insan-insan lain... Isu, bab, komen, luahan perasaan, sastera, berita atau apa sahaja yang bakal terlintas di benak fikiran aku, akan aku coretkan di sini dengan etika yang tinggi... Kalau tak salah, tak perlu nak risau... Itukan kebebasan kita... Buangkan emosi, tinggi integriti...
Tulisan kita kalau silap olah bahasa, tajamnya macam pisau membelah dada... pedih, sakit dan kadang-kadang boleh hilang nyawa... Mohon dijauhkan dari kita semua... Aku akan cuba jadi penulis yang beretika...
Itu sahaja untuk permulaan 31 Januari 2009... Salam Perkenalan dan jumpa lagi di lain isu...
No comments:
Post a Comment