Thursday, 12 March 2009

Nasi Lemak Antarabangsa vs Nasi Lemak Makcik Sri Gombak

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...
Last weekend aku ada la singgah kat restoran Nasi Lemak Antarabangsa cawangan Taman Melati. Rasanya baru je buka kat situ. Aku sampai lebih kurang jam 8.30 pg. Aku kurang pasti pulak tentang masa operasi restoran tu. Masa aku sampai tu, aku tgk pintu dia baru separuh buka. Tapi, kat luar restoran tu dah ada dlm 20 org yg sedang menunggu. Aku kagum gak... Ya lah, kedai lum bukak org dah sanggup menunggu, termasuklah aku.


Aku pilih satu tempat yg agak lapang sket dlm restoran tu. Bila duduk je, terus awek jaga kedai tu bg senarai menu... Fening gak tgk. Mcm byk pilihan je... Aku pun pilih la nasik lemak standard...

Setelah agak lama menunggu ( sbb kedai br bukak, org dah ramai), aku pun dpt la pesanan aku tu... 1st time aku tgk je hidangan depan mata, terus hilang selera aku!... Tu belum lagi lepas aku mula menjamah hidangan tu.. Malang sekali bagi kita semua penggemar nasik lemak... Apa yg disediakan langsung tidak memenuhi standard ANTARABANGSA...

Biar aku cerita sket. Aku bukanlah penilai masakan yg professional. Aku cuma org biasa dan bujang yang suka makan kat luar. Aku dah pernah makan di banyak tempat dgn pelbagai hidangan. Dari gerai-gerai kecil sampailah ke hotel bertaraf 5star. Tapi.... Restoran
NASI LEMAK ANTARABANGSA ni memang indah khabar saja. Kualiti hidangan langsung tidak dijaga. Nasi, ikan bilis, telur, sambal, rendang ayam semuanya serba tak kena samada dr segi kualiti, rasa dan daya tarikan. Korg patut rasa sendiri lah kot.. Ikan keras macam batu dan nampak murah sgt... sambal pahit semacam.... Tapi bab harga nasi lemak diorg memang standard ANTARABANGSA. Hairan betul! Pada aku, cukuplah sekali tu aku singgah ke kedai NASI LEMAK ANTARABANGSA.... Mungkin nanti bila dah takde tempat makan yg lain, baru lah aku singgah kat situ semula.

Dalam kawasan kejiranan aku di Sri Gombak, terdapat satu gerai nasi lemak yg memang terkenal di situ. Gerai ini hanya di buka dari jam 7.30pg sampai 10pg. Tapi biasanya gerai mak Nurul (Nurul tu anak Dara Makcik yg jual Nasi Lemak ni) ni mmg tutup awal sebab sangat laris dan habis cepat. Kalu sampai lambat mmg tak dapat merasalah... Terutamanya weekend. Rasa dan kualiti masakan makcik ni memang bertaraf ANTARABANGSA yg sebenar... Lauk-lauk yg disediakan juga sangat sedap. Lagi satu, nasi lemak makcik ni memang tak bleh oder melalui tel. Memang dia tak layan. Kecuali dalam kuantiti sekurang-kurangnya setong nasi dia. Sebabnya, org yg beratur utk beli sangat ramai.... Aku rasa kalau makcik ni buka kedai, dah lama dia jadi kaya... Sangat kaya.... Gerai-gerai lain kat sebelah dia mcm takde org singgah aje.. ermm... Cubalah korg tgk sendiri...

7 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Apasal ada yg sentip nih? Aku sikit pun tak kutuk pasal rezeki, tapi aku cuma pertikaikan cara pengusaha restoran tu mengaut keuntungan dgn cara yg kurang baik. Kalau kita berlajar Pendidikan Islam, ada dinyatakan pasal 'Menipu Dalam Timbangan' untuk kaut keuntungan atau menaikkan harga. Maksudnya tak semestinya tipu berat kg/aun/tan barang saja. Sepatutnya, dgn harga yg mahal tu, kenalah setanding dgn kualiti barang jualannya. Kalau yg kualiti jualan mcm tu kat warung-warung biasa, aku tak kesah. Tapi ini Rest. Nasi Lemak Antarabangsa yg masuk dalam kalendar perlancongan negara... Harga mahal, tapi kualiti 'SANGAT MURAH'. Ibarat kereta yg cantik, tapi byk calar... Entah siapa yg calarkan tak tau lah.... Sekian ceramah Agama hari nih... huhu

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. datang try nasi lemak shax pulak kat taman dato senu sentul...power gak

    ReplyDelete
  5. warong jer .....dekat nailis sentul

    ReplyDelete
  6. nasi lemak sri gombak area mane.. plez spesifickan tq

    ReplyDelete
  7. a'ah lah gerai kat sri gombak tue kat mane??share lah..

    ReplyDelete