Monday, 9 March 2009

Maulidur Rasul, 12 Rabiul Awal 1430h

Assalamualaikum...

Kepada yg mengambil tahu tentang Hari Kebesaran Islam, pastinya akan tahu bahawa hari ini adalah Hari Ulang Tahun Kelahiran dan Kewafatan Baginda Rasulullah S.A.W.... Aku tersentuh dengan cerita-cerita perjuangan Rasulullah yg aku baca dalam buku berjudul BIOGRAFI MUHAMMAD BIN ABDULLAH-Perjalanan Hidup Seorang Nabi, karya Zulkifli Mohd Yusoff dan Noor Naemah Abd.Rahman, terbitan PTS Islamika. Walaupun dalam buku terbut cuma cerita-cerita ringkas mengenai kehidupan Baginda S.A.W., namun aku cukup teruja dgn keindahan peribadi Rasulullah sebagai manusia biasa seperti kita. Baginda mencantikkan lagi akhlak kemanusiaannya walaupun beliau diangkat menjadi Nabi dan Rasul yang Agung.

Sesiapa yang mengkaji sejarah kehidupan Manusia Agung ini secara ikhlas, pasti akan menilai Baginda secara tulus. Manakala sesiapa yg mengkaji kehidupan Baginda secara sinikal dan penuh agenda cilik, pasti akan menjadi manusia paling hipokrit di dunia. Mana mungkin kehebatan dan keagungan Baginda boleh diselindungkan? Kalau tidak hebat, masakan Taurat, Zabur dan Injil sendiri menceritakan tentang kebangkitan Rasul Akhir Zaman ini? Setelah lebih seribu empat ratus tahun kewafatan Baginda, adakah wujud walau sedikit kekurangan dalam ingatan umat manusia di seluruh dunia terhadap Baginda? Siapa yg tidak mengenali Rasul Agung ini? Baik Yahudi, Kristian, Budha mahupun Hindu, semuanya tahu dengan jelas siapa MUHAMMAD BIN ABDULLAH. Walaupun Baginda sudah tiada di alam kehidupan masa kini secara fizikalnnya, namun musuh-musuh Islam tetap takut dan gusar dengan Kitab Al Quran, Waris (Ummat) dan Ajaran yang ditinggalkan oleh Baginda S.A.W...

Itulah bukti ke-Agungan Baginda S.A.W... Siapa yg paling berjaya menakhluk alam ini dengan aman, adil, dan penuh nilai-nilai kemanusiaan? Tiada tolok bandingnya Baginda dengan mana-mana tokoh manusia lain yg dikatakan hebat seperti Alexender The Great, Hurcules, Gangesh Khan, Firaun dan banyak lagi yg pernah wujud dalam sejarah kehidupan manusia di muka bumi ini. Baginda terlalu hebat! Sehingga saat nyawa Baginda di penghujung, Baginda masih mengingati kita semua iaitu UMMAT BAGINDA. Pernahkah kita sebagai ummat, meletakkan Baginda sebagai MANUSIA YANG PALING BERJASA DALAM HIDUP KITA? Fikir-fikirkanlah.

Aku petik sedikit dari artikel yang aku perolehi dari Utusan Malaysia hari ini. Sila baca di bawah:-

1) ANNIE Besat di dalam bukunya, The Life and Teachings of Muhammad berkata: “Seseorang yang mengkaji kehidupan beliau dan sifat nabi dari bumi Arab ini dan tahu mengenai ajaran dan cara hidupnya, pasti memberikan penghormatan kepada nabi yang agung ini. “Manusia yang ganas dapat beliau lembutkan, insan yang tertindas berjaya dimerdekakan dan manusia padang pasir yang tidak pernah dikenali akhirnya mampu meruntuhkan empayar Rom dan Parsi. Beliau juga berjaya menggantikan cara hidup sesat yang jahiliah kepada tamadun unggul yang saintifik.”

2) GEORGE Bernard Shaw, ahli falsafah berbangsa Inggeris yang berpengaruh berkata di dalam buku Letter to Najmi Sahib of Cyprus: “Secara terancang, orang-orang Kristian dan pendakwahnya memberi gambaran hodoh mengenai Islam dan rasulnya. “Saya sempat mengkaji Islam dan rasulnya bersungguh-sungguh sebagai pengkaji sejarah dan pengkritik. Saya dapati, Muhammad memang manusia yang agung, malah beliau adalah penyelamat bagi manusia yang sedang menderita sakit tenat.”

3) BUKU The 100: A Ranking of the Most Influential Persons in History karangan Michael H. Hart, seorang ahli sejarah, pakar matematik dan astronomi menyatakan: “Pemilihan Muhammad sebagai tokoh yang begitu berpengaruh di dunia mungkin mengejutkan sesetengah pembaca. “Saya memilihnya sebab hanya beliau seorang sahaja dalam sejarah yang begitu berjaya dalam dua bidang iaitu keagamaan dan keduniaan. Beliau mengembangkan satu agama terhebat di dunia dan menjadi seorang pemimpin politik yang unggul. Pada hari ini, 13 abad selepas kewafatan beliau, pengaruhnya masih hebat dan terus berkembang.”

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0309&pub=Utusan_Malaysia&sec=Keluarga&pg=ke_01.htm

No comments:

Post a Comment