Selain penting untuk sah sembahyang, ia juga mengandungi doa meminta bantuan Tuhan dan tunjukkan jalan yang betul. Mudah-mudahan dengan 'menjaga'nya bersungguh-sungguh, akan terbuka pintu bantuan dan jalan yang betul untuk kita.
Kedua - Surah Al-Ikhlas
Surah ini, surah tauhid. Kita mesti ingat Tuhan itu Esa dan semua amalan mesti untuk-Nya. Tak guna berbuat baik tetapi tidak ikhlas.
Ketiga - surah Al-Kafirun
Surah Al-Kafirun ada kena mengena dengan zaman globalisasi. di mana generasi muda mesti diajar supaya berpegang betul-betul pada surah itu. Dalam zaman globalisasi, mereka mungkin perlu berkerja atau belajar sampai ke serata dunia. Kalau mereka berpegang kepada surah Al-Kafirun, Insya-Allah, akan selamat. Dia akan bergaul dengan orang beragama lain, tapi dia sedar 'untukmu agamamu, untukku agamaku'.
Ummat Islam mesti mempunyai tiga jenis kekuatan:-
Pertama - kekuatan minda.
Minda ialah ilmu. Orang Islam mesti mempunyai ilmu, termasuk ilmu moden, ilmu teknologi, ilmu teknologi maklumat (IT) dan sebagainya kerana ilmu-ilmu itu perlu untuk menjalani kehidupan.
Kedua - kekuatan hati.
Hati ialah iman. Hati orang Islam mesti kuat supaya betapa banyak sekalipun ilmunya, dia sedar siapa yang lebih berkuasa. Bila ilmu ada iman, barulah ilmu dan hidup menjadi betul. Kalau minda kuat tapi hati tidak kuat, maknanya kekuatan tidak seimbang dan ilmu boleh merosakkan iman.
Ketiga - kuat fizikal.
Jika tubuh badan lemah, sukar untuk ilmu masuk ke dalam minda. Kalau pun ada ilmu dan ada iman, jika tubuh badan tidak kuat, susah untuk beramal. Maknanya, kekuatan masih tidak seimbang.
1. Katakanlah (wahai Muhammad); " (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa;
2. "Allah Yang menjadi tumpuan sekelian makhluk untuk memohon sebarang hajat;
3. 'Ia tidak beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan;
4. "Dan tidak ada sesiapa pun yang setara dengan-Nya".
No comments:
Post a Comment