Aku saja nak menyibuk juga la pasal isu Fasha Sandha vs Nora Danish ni... Rasa geram plak aku tengok perangai kedua-dua 'PELAKON DRAMA TERBAIK' ni...


Fasha penah juga ada 'kes' dengan Nor Fazura dulu... Masa tu aku tengok para wartawan hiburan banyak menyebelahi Fasha... Naik juga lah saham Fasha disebalik kontroversi tu... Ya lah, sapa nak menyebelah Fazura coz artis cantik tu dicanang ramai sebagai kaki jantan, kuat clubbing, tonggang, & laloq pil... So, Fasha 'menang' lah masa tu coz para wartawan menggambarkan beliau sebagai gadis ayu, sopan santun & lemah lembut... Terpedayalah seluruh rakyat Malaysia termasuk juga aku.. hehe... Dari tak minat, jadik minat la jugak... yo lah kan... cantik.. huhu...

Setelah menafikan dirinya ada kaitan dengan perceraian Nora Danish,


Fasha seharusnya berusaha mengelakkan diri dari perkara-perkara yang boleh merosakkan imej 'baik' nya... Sebabnya, persepsi masyarakat boleh membunuh kehidupan seseorang artis.. Nak naik semula bukan senang... Dan jangan sangka masyarakat mudah menerima atau memberikan peluang ke-2...
Seketika dulu, Fasha digambarkan membawa imej 'Wanita Melayu Yg Sopan'...

Cadangan aku untuk Fasha bagi memperbaiki dirinya:-
1) Ambik Vernon (Bekas Artis Manager Ning Baizura), jadikkan manager Fasha. Tengoklah macam mana Vernon transform persepsi masyarakat dan wartawan kepada Ning.
2) Berehat seketika dari bidang seni untuk redakan gosip/kontroversi dan tekanan masyarakat yang mahukan penjelasan tentang gosip tersebut.
3) Jangan beri sebarang komen bila ditanya wartawan, mcm Dato' Siti buat masa nak redakan gosip dia dituduh rampas suami orang dulu. Tapi handle semua wartawan nicely/berhemah.
4) Banyakkan aktiviti kebajikan dan kemasyarakatan, supaya lebih dekat dengan masyarakat. Ini untuk membina serta mempertahankan kredibiliti Fasha sebagai insan 'Baik' di mata masyarakat.

6) Jangan tinggalkan SOLAT!