Sunday, 1 February 2009

KLIA East



Salam guys...
Some of u maybe concerns about Air Asia plan to build KLIA East at Labu, Nogori Sombilan... For me, no matter thousand justifications given by its CEO's, Mr Tony, i can't accept it....
Its ridicules!!! What kind of Malaysian he is?? He feels that his company is more important than RAKYAT? He is brilliant, idealist and impressive person, but we can't accept this CAPITALISM plan in our local economy... he can play major role at any country that doesn’t border about their RAKYAT!! Not in Malaysia... Yes, this new airport may bring thousand job opportunities to Malaysian. BUT, if there is good collaborations between Air Asia and Malaysia Airport Berhad, it will bring the same opportunities to Malaysian. It just problems between Air Asia and MAB…. Why should u put this country into a wrong condition? This idea just like Mr Tony wants to give pressures to government to give Air Asia a pleasant place in local industry..... I agreed with Khazanah Nasional.... Reject this bad idea... Air Asia should hear people voices as well...

Here I would like to share with u an article in Utusan Malaysia today, wrote by Ainul Asniera Ahsan.


Kewajaran LCCT dikekalkan di KLIA
Meskipun AirAsia memerlukan Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) baru di Labu, Negeri Sembilan untuk menampung 15 juta penumpang menjelang 2010 namun ia masih tidak cukup kuat untuk syarikat penerbangan tambang murah itu meraih sokongan daripada kerajaan. Pelbagai dakwaan kerasnya terhadap Malaysia Airports Holdings Bhd. (MAHB), seperti lambat respons terhadap pertumbuhan pesat penumpang AirAsia, juga nampaknya tidak mampu menangkis kritikan demi kritikan yang dilemparkan sehingga hari ini. Malah, pada Jumaat lalu, kerajaan menolak cadangan syarikat penerbangan tambang murah itu untuk membina terminal baru yang dikenali KLIA East yang menelan belanja sebanyak RM1.6 bilion. Bagaimanapun, AirAsia tidak pulang dengan tangan kosong apabila syarikat penerbangan tambang murah itu dilaporkan berjaya memperoleh beberapa konsesi. Selain itu, AirAsia juga berjaya mendapat jaminan mengenai caj dan cukai lapangan terbang lebih rendah dan syarikat penerbangan itu akan berunding dengan MAHB mengenainya dan dibenarkan memberi input mengenai spesifikasi LCCT. Mengulas mengenai perkembangan cadangan pembinaan KLIA East, tokoh ekonomi negara, Tan Sri Ramon Navaratnam berkata, walaupun kerajaan perlu memberi fokus kepada pelaksanaan projek impak tinggi untuk merangsang ekonomi tetapi ia bukan untuk projek KLIA East. Menurut Navaratnam, Pelan Induk Lapangan Terbang (PILT) merupakan pelan yang terbaik pernah dilahirkan oleh Malaysia untuk menjadikan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebagai hab penerbangan utama negara. Oleh itu, prosedur PILT perlu dipatuhi kerana ia adalah untuk kepentingan rakyat Malaysia pada jangka masa panjang. ''PILT dibuat bukan dalam masa setahun atau enam bulan sebaliknya memakan masa bertahun-tahun, jadi saya tidak nampak rasional untuk mengadakan satu LCCT yang bukan di dalam lingkungan KLIA,'' katanya kepada Utusan Malaysia. Orang awam yang tidak ketinggalan membicarakan isu itu di warung-warung turut mempersoalkan mampukah Sime Darby Bhd. (Sime Darby) menanggung kos pembinaan KLIA East sebanyak RM1.6 bilion?. Apabila difikirkan semula, kenyataan-kenyataan itu memang ada kebenarannya meskipun persoalan tersebut dicetuskan daripada borak-borak kosong di warung-warung tepi jalan. Sebagai antara syarikat utama yang menjana pendapatan untuk Permodalan Nasional Bhd. (PNB), mungkinkah tindakannya untuk melaksanakan projek itu akan menjejaskan tanggungjawabnya kepada firma pelaburan negara tersebut?. Kebarangkalian memang ada kerana masakan AirAsia berkemampuan untuk membayar kos pembinaan KLIA East itu secara tunai. Apakah akan terjadi kepada nasib pelaburan bagi 6.56 juta pelabur Amanah Saham Bumiputera (ASB) yang rata-rata dimiliki oleh golongan bumiputera?. Lagipun dalam keadaan sekarang, masih adakah institusi kewangan yang berani untuk mengeluarkan wang sebanyak itu? Ia kerana, paling tidak tempoh pembayaran semula projek pembinaan KLIA East pasti melibatkan tempoh jangka sederhana dan panjang. Satu lagi persoalan benarkah KLIA East itu akan dibiayai atas inisiatif swasta (PFI). Perlu difahami bahawa PFI dalam istilah ekonomi adalah projek yang dibiayai sepenuhnya oleh swasta tetapi di Malaysia amalan itu tidak berlaku seperti itu. Di Malaysia, amalan PFI digunakan dalam dua keadaan iaitu pertama, PFI dapat memudahkan pelaksanaan projek kerajaan dengan lebih cekap dengan mengimbangi perkongsian risiko dan ganjaran antara kerajaan dengan pihak swasta. Kedua, PFI boleh digunakan dengan kerajaan memberi bantuan untuk meningkatkan daya maju projek sektor swasta yang dikategorikan sebagai strategik atau dalam bidang yang dipromosikan. Jadi, yang mana satu pilihan AirAsia? Sama ada yang pertama atau kedua nampaknya kerajaan masih perlu membuat pelaburan dalam projek tersebut. Untuk lebih terperinci lagi, kita boleh mengambil contoh projek pembangunan Putrajaya. Ia adalah PFI yang dibangunkan oleh Petroliam Nasional Bhd. (Petronas). Walaupun Putrajaya kini sudah berusia lebih 12 tahun tetapi sehingga sekarang kerajaan masih melakukan pembayaran untuk projek tersebut. Justeru, memang wajarlah kerajaan menimbangkan semula cadangan kelulusan KLIA East supaya keputusan akhir berhubung projek itu tidak menimbulkan tanda tanya kepada rakyat. Daripada membiayai projek yang hanya menguntungkan pihak tertentu sahaja, adalah lebih baik sekiranya kerajaan membuat pelaburan yang menguntungkannya seperti menggantikan sistem radar penerbangan antarabangsa yang kini sudah melewati usia lebih 15 tahun. Bukankah itu lebih baik untuk menjaga keselamatan tanah air!
Lebih penting dan utama, sistem penerbangan negara tidak perlu bergantung kepada Singapura lagi.

No comments:

Post a Comment