Sesuatu Yang Baik, Belum Tentu Benar........
Sesuatu Yang Benar, Belum Tentu Baik........
Sesuatu Yang Bagus, belum tentu Berharga..........
Sesuatu yang Berharga / Berguna, belum tentu Bagus......
Fikiran yang terbuka dan mulut yang tertutup merupakan suatu kombinasi kebahagiaan. Semakin banyak Anda berbicara tentang diri sendiri/orang lain, semakin banyak pula kemungkinan untuk Anda berbohong. Jika Anda tidak mampu menjadi orang pandai, jadilah orang yang baik. Seorang teman sejati akan membuat Anda hangat dengan kehadirannya, mempercayai akan rahsianya dan mengingat Anda dalam doa-doanya.
Doa memberikan kekuatan pada orang yang lemah, membuat orang tidak percaya menjadi percaya dan memberikan keberanian pada orang yang ketakutan. Jika kita berbuat baik, kebaikan pula yang akan kita terima kelak. Senyum tidak hanya akan menampilkan wajah yang cerah, namun juga menghangatkan jiwa. Cinta itu angkuh dan lembut. Lebih baik memiliki cinta daripada memiliki semua bintang di langit. Yang penting bukan berapa lama kita hidup, tetapi bagaimana kita hidup. Nasihat yang baik tidak pernah datang terlambat. Iri hati yang ditunjukan kepada seseorang akan melukai diri sendiri.
Anda hidup sekali saja didunia ini, tetapi jika anda hidup dengan benar, sekali saja sudah cukup. Kenangan indah masa lalu hanya untuk dikenang, bukan untuk diingat-ingat. Rasa takut bukanlah untuk dinikmati, tetapi untuk dihadapi. Orang bijaksana selalu melengkapi kehidupannya dengan banyak persahabatan. Lidah anda yang menentukan siapa anda. Diantara isi rumah tangga, anak-anaklah yang terbaik. Cinta seringkali akan lari bila kita mencari, tetapi cinta jua seringkali dibiarkan pergi bila ia menghampiri. Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji....THIS PART PALING PAYAH....
Jika Anda tidak memulakan hari ini dengan senyuman, belum terlambat untuk mencubanya pada hari esok. Persahabatan sejati layaknya kesihatan, nilainya baru kita sedari setelah kita kehilangannya. Seorang sahabat adalah yang dapat mendengarkan lagu di dalam hatimu dan akan menyanyikan kembali tatkala anda lupa akan lirik-liriknya. Bertemanlah dengan orang yang suka membela kebenaran. Dialah hiasan dikala kita senang dan perisai diwaktu kita susah. Namun kita tidak akan pernah memiliki seorang teman, jika kita mengharapkan seseorang tanpa kesalahan. Kerana semua manusia itu baik kalau kita mampu melihat kebaikannya dan menyenangkan kalau kita mampu melihat keunikannya tapi semua manusia itu akan buruk dan membosankan kalau kita tidak mampu melihat keduanya.
Tak seorang pun sempurna. Mereka yang mahu belajar dari kesalahan adalah bijak. Menyedihkan melihat orang berkeras bahwa mereka benar meskipun terbukti salah. Bila Kita mengisi hati kita dengan penyesalan untuk masa lalu dan kekhuwatiran untuk masa depan, kita tak memiliki hari ini untuk kita syukuri. Perlukah merasa diri ini kecil dan malu bila diri ini dihina atau ditindas? Orang yang dihina atau ditindas itu sebenarnya memungut pahala tanpa perlu bersusah payah.
”Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat” (Khalifah Abdul MAlik bin Marwan)
Barang siapa yang selalu kekenyangan dengan kemenangan maka banyaklah dagingnya, dan siapa yang banyak dagingnya maka kuatlah nafsunya. Siapa yang kuat nafsunya maka banyaklah dosanya, siapa yang banyak dosanya maka keraslah hatinya dan siapa yang keras hatinya maka tenggelamlah dia dalam bencana dunia serta keindahannya.Sesungguhnya sebahagian perkataan yang dibicara oleh kita ada yang lebih keras dari batu, lebih tajam dari tusukan jarum, lebih pahit daripada jadam dan lebih panas daripada bara. Sesungguh nya hati adalah ladang, maka tanamlah ia dengan perkataan yang baik, kerana jika tidak tumbuh semuanya (perkataan yang tidak baik) nescaya tumbuh sebahagiannya.
Tidak ada simpanan yang lebih berguna daripada ilmu. Tidak ada sesuatu yang lebih beruntung daripada adab. Tidak ada kawan yang lebih bagus daripada akal. Tidak ada benda ghaib yang lebih dekat daripada maut. Sekali tidak berhasil bukan bererti gagal selamanya. Kebahagiaan takkan pernah mampu dibeli dengan wang. Orang yang banyak cakap atau ketawa itu kurang wibawanya. Orang yang suka menghina orang lain, dia juga akan dihina. Orang yang mencintai akhirat, dunia pasti menyertainya. Barangsiapa menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga.
Sesungguhnya orang-orang yang berlaku adil di sisi Allah laksana berada di atas mimbar yang terbuat dari cahaya. Mereka itu orang-orang yang berlaku adil dalam menetapkan hukum baik kepada orang-orang sekeliling atau rakyat mahupun kepada keluarga.
Tiga sifat yang menyebabkan seseorang itu tidak tenteram dalam hidupnya : iri hati, dengki, dan akhlak buruk. Hiduplah sesuka hatimu, Sesungguhnya kamu pasti mati. Cintai siapa saja yang kamu senangi, Sesungguhnya kamu pasti akan berpisah dengannya. Lakukan apa saja yang kamu kehendaki, Sesungguhnya kamu akan memperoleh balasannya .
Tidak ada kebaikan bagi pembicaraan kecuali dengan amalan. Tidak ada kebaikan bagi harta kecuali dengan kedermawanan. Tidak ada kebaikan bagi sahabat kecuali dengan kesetiaan. Tidak ada kebaikan bagi shadaqah kecuali niat yang ikhlas. Tidak ada kebaikan bagi kehidupan kecuali kesihatan dan keamanan.
Tidak guna terlalu khuatir tentang masa depan yang belum kita ketahui. Adakah lebih baik menumpukan perhatian kita kepada apa yang berlaku ketika ini.
Sunday, 29 November 2009
Solat dan tingkatnya
Assalamualaikum wbt.
Makin lama hidup sepatutnya makin banyak dan makin meningkat amalannya. Kalau mula-mula tak pernah solat, sekarang ni semakin rajin mencecah dahi ke sejadah.
Sembahyang boleh digolongkan kepada 7 peringkat. Daripada 7 peringkat ni, 3 saja yang sah Allah terima, 1 terpulang pada Allah terima atau tidak. Dan yang baki 3 lagi, Allah rejects habis, alangkah sia-sianya buat penat saja.
Tetapi ada sesiapa yang terdetik tak nak sembahyang langsung? Padah tak sembahyang lagi besar, kekal abadi dalam neraka. Anyway mari kita sama-sama baca apakah 7 peringkat sembahyang
ini:-
1. Sembahyang orang jahil
Fardhu ain tak pass, syarat sah sembahyang tak ingat, rukun dengan sunat masih confuse. Dah tu tak berusaha pulak nak belajar. Inilah dia orang beramal tanpa ilmu.
Hakikatnya: Dia ni macam tak sembahyang. Amalannya tertolak walaupun duduk dekat saf yang paling depan ataupun baca surah yang panjang.
2. Sembahyang orang lalai
Fardhu ain dah clear, tapi bila mula saja angkat takbir 'xpdc' otakpun bermula. Sekejap teringat, sekejap melayang-layang, sampaikan barang yang hilang pun boleh terjumpa balik dalam sembahyang.
Punyalah banyak yang difikirkan dalam kepala,tiba- tiba saja dah toleh kanan,toleh kiri.... selesai.
Hakikatnya: Fizikalnya sembahyang tetapi akal dan hatinya tidak. Allah hadiahkan neraka Wail untuk orang yang lalai dalam sembahyangnya.
3. Sembahyang bukan kerana Allah
Kita sembahyang sebab Allah suruh kita sembahyang, tapi ada pulak orang sembahyang atas sebab lain contohnya nak ambil hati bakal mak ayah mertua atau segan dengan member2 dan sebab2 lain.
Hakikatnya: Allah tolak sembahyang yang bukan didirikan keranaNya,kecuali bila dah bertaubat dan menyesal sungguh-sungguh.
4. Sembahyang orang mujahadah
Bila sembahyang kenalah khusyuk, hati kena sentiasa ingat Allah. Jadi dia paksa2kan hati untuk hadir dalam sembahyang. Bila mula nak melayang ke lain, cepat2 disentap balik. Jadinya sekejap khusyuk sekejap tidak. Zahirnya nampak tenang sembahyang tapi batinnya jenuh berperang dengan syaitan dan nafsu.
Hakikatnya: terpulang pada Allah nak ampun atau nak azab. Orang kategori ini kena banyak istighfar dan perbaiki lagi badahnya.
5. Sembahyang orang soleh
Makna pada bacaan sembahyang dihayati oleh akalnya, fikirannya cuba diseiringkan dengan apa yang disebut oleh lidahnya. Fikirannya tak melayang tapi nikmat sembahyang tidak terasa olehnya.
Hakikatnya: Inilah sembahyang minimum yang perlu diusahakan supaya selamat di sisi Allah dan ia juga dapat mencegah diri daripada melakukan perbuatan keji dan mungkar.
6. Sembahyang para wali
Perbuatan seiring dengan kefahaman dan penghayatan. Waktu ruku' dan sujud benar-benar rasa hina dan rendah diri di hadapan Tuhan. Bila berdoa, rasa diri benar2 lemah dan mengharap. Sembahyang
dapat dihayati dan dinikmati rasanya.
Hakikatnya: Bukan saja dijamin selamat, nikmat sembahyang yang tidak terucap juga dapat dirasai.
7. Sembahyang para nabi dan rasul
Sembahyang seorang hamba yang tenggelam dalam keagungan Allah...... tak dapat digambarkan indah dan nikmatnya... ....
So, tingkat mana solat kita?

Motivasi Diri ....
Kita memerlukan sesuatu yang boleh menjadi daya pendorong atau motivasi untuk melakukan sesuatu pekerjaan.
Kalau pelajar yang ingin berjaya tentu memerlukan motivasi diri untuk mencapai kejayaan.
Bagi seorang pekerja pula, tentu memerlukan motivasi untuk melakukan pekerjaan dengan baik.
Tambahan pula perlu melakukan kerja yang sama setiap hari.
Tentu bosan akan muncul jua di dalam hati.
Di bawah ni ada beberapa tips yang boleh kita praktikkan untuk motivasi diri:-
1. Rancangkan dahulu apa yang perlu dibuat dan tetapkan matlamat.
2. Senyumlah selalu..senyuman boleh menenangkan jiwa dan juga sebagai sedekah.
3.Dapatkan rehat dan tidur yang berkualiti.
4. Jangan membahayakan diri sendiri atau menzalimi diri.
5. Binalah persahabatan yang erat dan saling menyayangi.
6. Sesekali hiburkanlah hati sendiri dengan melakukan apa yang diminati.
7. Tonjolkan penampilan diri yang menarik dan kemas. Sesekali bergaya, apa salahnya.
8. Kawal berat badan anda dan jangan terlebih makan..takut jadi obes pula.
9. Amalkan gaya hidup sihat. Jangan menghisap rokok..bahaya untuk kesihatan.
10. Lakukan pemeriksaan kesihatan menyeluruh bagi mengetahui tahap kesihatan diri.
11. Tenangkan fikiran dan relaks sekejap.
12. Mandi setiap hari... jangan malas mandi tau !
13. Jadilah diri sendiri (bukan orang lain) dan berbanggalah dengan kemampuan diri.
14. Jangan menunjuk-nunjuk atau alim-alim kucing.
15. Lakukan kerja seikhlas hati.
16. Yang paling penting, sentiasalah berdoa kepada Allah.

Cara Mengelak Dan Menyembuhkan Penyakit
PENYEBAB ROSAKNYA BADAN
Perkara yang menyebabkan rosaknya badan Iaitu perasaan runsing, gelisah, lapar dan tidak tidur malam (bukan tujuan qiyamullail)
MENERANGKAN PENGLIHATAN
Perkara yang boleh menerangkan pandangan dan menyejukkan hati iaitu melihat pada warna hijau, melihat air yang mengalir, melihat orang/barang yang disayangi dan melihat buah (dedaun). Perkara yang boleh menggelapkan pandangan iaitu berjalan tanpa alas (berkaki ayam), menyambut waktu pagi dengan wajah murka (masam), banyak menangis dan banyak membaca tulisan yang kecil-kecil.
PENYEBAB WAJAH BERSINAR
Perkara yang boleh menyebabkan wajah kelihatan kering (hilang cahaya) iaitu berdusta, tidak mempunyai perasaan malu, banyak bertanya tanpa ilmu dan banyak berbuat dosa. Perkara yang boleh menyebabkan wajah bersinar iaitu menjaga maruah, jujur, dermawan dan takwa.
PERASAAN BENCI
Perkara yang menyebabkan perasaan benci iaitu sombong, dengki, berdusta dan suka mengadu domba..
PERKARA YANG MENDATANGKAN DAN MENYEKAT REZEKI
Perkara yang boleh menyebabkan datangnya rezeki iaitu Qiyamullail (beribadah di waktu malam selepas tidur), banyak membaca istighfar di waktu sahur (masa sebelum masuk waktu subuh), bersedekah dan berzikir di waktu pagi dan petang. Perkara yang menyebabkan rezeki tersekat iaitu tidur di waktu pagi, sedikit mengerjakan sembahyang, malas dan khianat.
KEFAHAMAN DAN INGATAN
Perkara yang boleh menyebabkan rosaknya ingatan dan kefahaman iaitu sentiasa makan buah yang masam, tidur pada tengkuk (belakang kepala), hati sedih dan fikiran runsing. Perkara yang menyebabkan bertambahnya daya ingatan dan kefahaman iaitu kegembiraan hati, sedikit makan dan sedikit minum, mengawal makanan dengan sesuatu yang manis dan berlemak serta mengurangkan kelebihan yang memberatkan badan.

Tips menghalang kecurian dari Polis DiRaja Malaysia (PDRM)
1. Jangan biarkan anak-anak tidur di ruang tamu seorang diri (Mereka mungkin menggunakan anak sebagai tebusan).
2. Kunci atau sorokkan semua pisau-pisau yang terdapat di dapur sebelum tidur (Kesemua kes kecurian di dapati pisau hilang dan menurut polis mereka akan mencari pisau dahulu sebelum mencuri bertujuan untuk melindungi diri mereka).
3. Sekiranya terdengar/terlihat paip air di luar rumah terbuka pada tengah malam (pukul 12 ke atas), jangan keluar rumah untuk menutup paip tersebut kerana ini adalah taktik terbaru mereka di mana mereka telah menunggu diluar pintu rumah untuk masuk (Kes terbaru berlaku di Dungun dan PJ).
4. Beritahu anak-anak sekiranya hendak ke tandas (jika tandas jauh) di waktu tengah malam, kejutkan ibubapa untuk bersama mereka.
5. Jangan simpan barang-barang kemas di dalam almari baju (Cara lama...).
6. Bawa alarm kereta bersama semasa tidur, in case terjaga tengah malam, cuba on and offkan balik untuk menakutkan pencuri (Menandakan kita sentiasa alert).
7. Tekan button merah alarm kereta anda jika anda suspect pencuri sudah masuk ke dalam rumah.
8. Sekiranya terlihat orang-orang yang agak aneh dan asing di kawasan rumah anda, sila dapatkan plet no motor/kereta mereka (Selalunya naik motor dan mereka ni biasanya berdua, setiap kali kita lalu depan mereka, mereka akan menundukkan kepala).
9. Pesan kepada jiran, sekiranya ada sesiapa yang datang ke rumah kita dan mengaku saudara kita bertujuan untuk mengambil barang-barang, jangan benarkan, beri nombor telefon pejabat anda kepada jiran supaya mereka boleh double check dengan kita.
10. Semasa tidur, pastikan handphone anda berada di sisi atau pastikan juga Cordless Phone anda berada di sisi anda ataupun sambungkan satu extension dalam kamar tidur anda. Ini memudahkan anda membuat panggilan kecemasan sekiranya anda terasa kehadiran pencuri di dalam rumah anda.
11. Adakan senarai nombor telefon kecemasan seperti polis, bomba , 991 atau sebagainya. Pastikan nombor-nombor ini disimpan dalam handphone anda. Kalau boleh, hafalkan nombor tersebut. Ini memudahkan anda membuat panggilan telefon.
12. Kalau berkemampuan, pasangkan alat pengesan kecurian di rumah atau automatik alarm.
13. Lampu porch & lampu belakang rumah sepatutnya terpasang secara automatik bila malam, baik semasa kita ada di rumah atau pergi vacation.
14. Kalau cuti lama, pesan jiran kutip surat2 dlm mail box. Mail box yg penuh membantu pencuri menghidu ketiadaan tuan rumah.
15. Kalau kawasan anda kerap berlaku kecurian, buat permohonan rasmi dari Balai Polis berdekatan supaya ada anggota polis buat rondaan yang kerap di kawasan anda.
16. Kereta Proton adalah paling mudah dicuri. Kalau kereta anda brand new, sekurang-kurangnya anda perlu lock gear & stering sebelum tidur (Sebenarnya masih boleh dicuri, tetapi akan berjaya melambatkan pencuri).
17. Kalau ada anak-anak perempuan, sebaik-baiknya pintu biliknya dikunci dari dalam (Sebab ada pencuri yg mengambil kesempatan seksual) dan anda perlu ada kunci pendua in case berlaku kebakaran.
18. Sekurang-kurangnya simpan kayu hoki atau baseball di bawah katil anda buat mempertahankan diri dari pencuri yang ganas.
19. Jangan letak kunci bawah pasu bunga/mail box/alang pintu/tepi tingkap bila keluar. (Pencuri dah lama tau taktik ni...). Lebih selamat beri pada jiran yang kita kenal rapat.
20. Kalau sewa rumah baru pastikan anda tukar padlock baru, mana tau bekas-bekas penyewa lama simpan kunci pendua.
21. Kurangkan pendedahan dan pergaulan anda dengan pakerja asing.

Wednesday, 12 August 2009
Bila Anak Buahku menulis... hemmm
Nama saya Nur Irdina. Umur saya 7 tahun. Saya belajar di Sek.Keb. Permatang Tiong. Hari-hari saya pergi sekolah dengan mama. Mama saya guru kelas saya. Saya panggil dekat mama cikgu Mazeni.dalam kelas mama seorang guru yang tegas. Baru-baru ini saya menjalani ujian. Saya mendapat tempat pertama dalam peperiksaan. Hebat tak saya???
Saya ada 2 orang adik. adik saya yang pertama ialah naufal...mukanya macam toyol.hehehe
adik saya yang ke 2 ialah i'ffah yang berumur 3 tahun.
pada masa lapang saya suka melukis dan saya juga suka membaca dan bercerita. saya telah memenangi tempat kedua dalam pertandingan bercerita.

Subscribe to:
Posts (Atom)