Friday 6 February 2009

Audit Cukai dan Penyiasatan Cukai

Salam to allz...
Hari ni aku nak beri informasi mengenai Percukaian di Malaysia... Aku spesifikkan kepada tajuk Audit dan Penyiasatan Cukai... Iaitu sebab sesuatu syarikat dipilih untuk di Audit atau disiasat oleh pihak LHDN... Pemilik-pemilik syarikat iaitu Share Holders & Directors patut mengetahui perkara ini kerana ianya boleh mengelakkan mereka dari dikenakan penalti atau apa-apa obligasi berkaitan cukai... Sekiranya mereka dikenakan apa2 obligasi cukai, reputasi mereka sebagai businessman boleh terjejas....

Sebab dipilih untuk audit atau penyiasatan

1 - perbezaan yang ketara dalam angka perbandingan dua tahun atau lebih bagi item kunci kira-kira dan akaun untung dan rugi
2 - peningkatan yang ketara bagi item pemiutang perniagaan dan pemuitang lain
3 - perbelanjaan persendirian yang tidak setara dengan jumlah pendapatang yang dilaporkan
4 - corak pendapatan yang dilaporkan tidak sekata dan sering berubah-ubah
5 - margin keuntungan, secara perbandingan yang berubah-ubah dari tahun-ketahun
6 - perubahan ketara dalam kos operasi yang tidak setara dengan perolehan atau jualan
7 - pelaporan margin keuntungan yang tidak sekata dengan pelaporan industri yang sama saiz
dan aktiviti pernigaan
8 - kerugiaan yang berterusan
9 - kesalahan tidak menghantar borang retan untuk jangkamasa yang lama


Untuk penyiasatan cukai Ketua Pengarah LHDN mempunyai kuasa yang begitu luas untuk mencegah pelarian cukai.

S. 78 - Kuasa untuk meminta spesifik dokumen
S.79 - Kuasa untuk meminta penyata bank, dokumen mengenai sumber pendapatan, meminta dokumen berkaitan aset pembayar cukai, pasangan, anak-anak dan nominee
S.80. - Kuasa untuk memasuki kawasan premis pernigaan, rumah termasuk dokumen yang berkaitan
S.80 (1a) - Kuasa untuk (occupier) mendapatkan bantuan dan facilities pertolongan dalam menjalankan tugas mereka
S.81 - Kuasa untuk meminta maklumat daripada pihak ketiga
S.84 - Kuasa untuk meminta maklumat daripada pihak ketiga berkenaan pendapatan, aset dan liabiliti
S. 91(1) - Kuasa untuk menyiasat cukai enam tahun kebelakang, jira Ketua Pengarah LHDN merasakan cukai yang dibayar tidak mencukupi
S.91(3) - Untuk kes pelarian cukai, LHDN boleh menyiasat tanpa had tahun
S.104 - Pihak LHDN boleh menyekat pembayar cukai yang tidak membayar cukai daripada meninggalkan negara
S.115 - Pihak LHDN boleh menahan tanpa waran seseorang yang ingin meninggalkan negera tanpa membayar cukai seperti yang telah tercatat dalam sijil XXXX
S.142(5) - LHDN mempunyai kuasa untuk mendapatkan dokumen dan maklumat yang boleh dikategorikan sebagai sulit


Sekian harap maklum...

No comments:

Post a Comment