Friday 6 February 2009

SITI NORSAIDA TARUDIN

Salam...

Ermmm... Banyak pulak idea aku nak buat posting hari ni... Ok lah, aku nak shere sket dengan korang semua berkenaan seorang artis yang humble and very kind person... Pretty as well... hehe... I know her since 6 years ago... Dia belum jadi artis lagi masa tu... Dia bekerja sebagai Finance Manager di company milik keluarganya iaitu SNP.... Aku banyak berurusan dengannya secara langsung... Dan dia memang sorang yang SANGAT BAIK HATI... Bercakap dengan penuh lemah lembut dan langsung tak pernah marah... Paling aku hargai tentang sikapnya ialah, beliau tidak pernah lupa untuk menjemput aku dan bos aku, ke mana-mana majlis anjuran SNP... Kerana jemputan beliaulah aku banyak mengenali dunia hiburan tanahair... Di situlah aku bertemu ramai artis-artis Malaysia dan Indonesia...


Memori yg takkan aku lupakan ialah, bila beliau menghubungi aku pada hari lahir aku yg ke 25 dan menyanyikan lagu 'Happy Birthday'... Aku sangat terharu mendengar alunan lunak suara beliau apatah lagi itu hari jadi aku... Hadiah paling best aku rasalah masa tu.... hehe... Terima Kasih yg teramat untuk beliau...

Bila dia menyatakan pada aku yg dia terpilih menyertai AF6, aku terkejut tetapi sangat menyokong beliau... Aku memang yakin dengan bakat yg beliau miliki... Cuma mungkin beliau perlu perbaiki confident diri bila menyanyi di pentas... Aku yakin beliau akan diterima baik dalam industri jika lagu-lagu baru yang besesuaian dan hits diberikan kepada beliau... Itu pasti akan dilakukan oleh Kak Rozi, Artis Manager SNP yang sangat berdedikasi dan komited...


Aku juga mengenali dengan baik suami beliau, En. Ghazali... Seorang yg tegas dan ada visi dalam business... Memang dunia perniagaan ni bukanlah suatu yg mudah, tetapi En. Ghazali mempunyai tekad, dan pastikan terus positif... Kejayaan bukanlah suatu yang datang bergolek, tetapi perlukan pengorbanan dan keazaman yg tinggi... Aku yakin beliau akan berjaya menjadi businessman yg sangat berjaya pada suatu hari nanti... Amin...


Buat Puan Siti Norsaida, semoga kebahagiaan berkeluarga terus kekal selamanya... Saya sentiasa mendoakan kejayaan buat Pn Ida dan Suami dalam apa jua yg kalian lakukan...

No comments:

Post a Comment