Friday 27 February 2009

Fasha Sandha

Salam to allz...
Aku saja nak menyibuk juga la pasal isu Fasha Sandha vs Nora Danish ni... Rasa geram plak aku tengok perangai kedua-dua 'PELAKON DRAMA TERBAIK' ni... Masa mula-mula kedua-dua mereka ni hadir dalam dunia hiburan Malaysia, aku tgk diorg ni memang baik & 'bersih'... Cantik, berkarektor, stylo jugak..

Fasha penah juga ada 'kes' dengan Nor Fazura dulu... Masa tu aku tengok para wartawan hiburan banyak menyebelahi Fasha... Naik juga lah saham Fasha disebalik kontroversi tu... Ya lah, sapa nak menyebelah Fazura coz artis cantik tu dicanang ramai sebagai kaki jantan, kuat clubbing, tonggang, & laloq pil... So, Fasha 'menang' lah masa tu coz para wartawan menggambarkan beliau sebagai gadis ayu, sopan santun & lemah lembut... Terpedayalah seluruh rakyat Malaysia termasuk juga aku.. hehe... Dari tak minat, jadik minat la jugak... yo lah kan... cantik.. huhu... Setelah nama dijulang tinggi, 'keayuan' Fasha Sandha mula terserlah... Terbukalah pustaka-pustaka yang selama in di 'hide' kan oleh para wartawan... Errmmm... Bila wartawan dah mula benci, maka suramlah hidup 'Gadis Ayu' ni... Yang ditulis wartawan pun mula lah berubah, dari yg positif kepada yg negatif... Kesannya, ramai 'peminat' mula menarik diri dari Fasha.. Walaupun berat hati mereka sebenarnya... Kesian Fasha... Bermula episod hitam dalam cerita fasha...

Setelah menafikan dirinya ada kaitan dengan perceraian Nora Danish, Fasha akhirnya terkantoi dengan wartawan Melodi di KLIA... Nampak sangat la Fasha... Jelas! Aku langsung tak jeles, tapi aku bimbang kalau Fasha tak mengundur langkah menyimpang, dia akan tersungkur dengan aib besar... macam yang pernah dilalui oleh Norman Hakim, Wan Norazlin, Ning Baizura dan Ramlah Ram dulu...

Fasha seharusnya berusaha mengelakkan diri dari perkara-perkara yang boleh merosakkan imej 'baik' nya... Sebabnya, persepsi masyarakat boleh membunuh kehidupan seseorang artis.. Nak naik semula bukan senang... Dan jangan sangka masyarakat mudah menerima atau memberikan peluang ke-2...

Seketika dulu, Fasha digambarkan membawa imej 'Wanita Melayu Yg Sopan'... Hampir macam Dato' Siti Nurhaliza... Kerana imej itulah makcik, pakcik, abang, akak yang jujur kat kampung & bandar, mula meminati Fasha Sandha... Bila dah ada yg minat tu lah Fasha mula dapat anugerah popular... Fasha kena sedar dan menilai itu semua... Bukan Fasha dapat anugerah tu sebab bakat saja, tapi sebab 'peminat' ni lah yg mengundi Fasha... Ingat tu Fasha... Jangan mudah lupa dan memusnahkan persepsi masyarakat ini...

Cadangan aku untuk Fasha bagi memperbaiki dirinya:-
1) Ambik Vernon (Bekas Artis Manager Ning Baizura), jadikkan manager Fasha. Tengoklah macam mana Vernon transform persepsi masyarakat dan wartawan kepada Ning.
2) Berehat seketika dari bidang seni untuk redakan gosip/kontroversi dan tekanan masyarakat yang mahukan penjelasan tentang gosip tersebut.
3) Jangan beri sebarang komen bila ditanya wartawan, mcm Dato' Siti buat masa nak redakan gosip dia dituduh rampas suami orang dulu. Tapi handle semua wartawan nicely/berhemah.
4) Banyakkan aktiviti kebajikan dan kemasyarakatan, supaya lebih dekat dengan masyarakat. Ini untuk membina serta mempertahankan kredibiliti Fasha sebagai insan 'Baik' di mata masyarakat. 5) Jadikan diri Fasha sebagai artis 'Rakyat', bukan artis 'Bangsawan'.
6) Jangan tinggalkan SOLAT!

1 comment:

  1. salam alwi....
    u student mane ekk..??
    bout assignmnt tu...N x rape nk igt...tp still ade sources die lg...

    ReplyDelete