Thursday, 20 June 2013

Khalid Dakwa Nik Abduh Tak Bayar Hutang?


    June 20, 2013

Aktivis pembangkang, Khalid Ismath nampaknya macam tak puas hati dengan anak Nik Abduh, iaitu anak Datuk Nik Aziz Nik Mat ni.
Apa sudah jadi?
nik beduh

Apa kena mengena pula Jus Tok Guru dengan Nik Abduh? Ada share ka?
Tapi sebenarnya bukanlah menghairankan mengapa Khalid dok serang Nik Abduh.
Sebelum ini Nik Abduh meminta semua pihak menerima keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 yang menyaksikan Barisan Nasional (BN) terus diberi mandat memerintah negara.
Ini menyebabkan Khalid dan juak-juaknya berangin satu badan, seolah-olah memperkecilkan mereka yang selama ini terkenal dengan demonstrasi jalanan dan sebagainya itu.
Lihat saja antara ‘sindiran’  Khalid pada Nik Abduh.
Screenshot_2013-05-22-11-09-52-1

VIDEO: Mengapa Dr. Maurice Bucaille Peluk Islam Selepas Bedah Mumia Firaun?


    June 20, 2013

Presiden Perancis menawarkan kerajaan Mesir bantuan untuk meneliti, mempelajari dan menganalisis mumia Firaun, Ramsess II yang sangat terkenal pada tahun 1976.
Firaun yang dikatakan hidup di zaman Nabi Musa yang akhirnya mati tenggelam dalam Laut Merah ketika mengejar Musa dan para pengikut baginda yang melarikan diri daripada kekejamannya.
Mesir menyambut baik tawaran itu dan membenarkan mumia itu diterbangkan ke Paris.
Malah ketika sampai di sana kedatangan mumia itu disambut dengan pesta dan keramaian.
Ini termasuklah apabila Presiden Mitterand dan para pemimpin Perancis yang lain tunduk hormat ketika mumia itu dibawa lalu di hadapan mereka.
Mumia itu kemudiannya diletakkan di ruang khas di Pusat Arkeologi Perancis.
Di situ ia bakal diperiksa sekali gus membongkar rahsianya oleh para pakar, doktor bedah dan autopsi Perancis yang dipimpin oleh doktor yang sangat terkenal, Prof. Dr. Maurice Bucaille.
Bucaille seorang pakar bedah kenamaan Perancis yang dilahirkan di Pont-L’Eveque pada 19 Julai 1920. Memulakan kerjaya di bidang perubatan am dan pada tahun 1945 beliau diiktiraf sebagai pakar di bidang gastroentorologi.
Ramai kerabat diraja dan keluarga pemimpin dunia menggunakan khidmat Dr. Bucaille, termasuk Raja Faisal Arab Saudi dan pemimpin Mesir, Anwar Sadat.
Lalu kesempatan beliau untuk membedah dan menyiasat mumia Firaun, mengerah seluruh tenaga dan mindanya untuk menguak misteri di sebalik penyebab kematian raja Mesir kuno itu.
Ternyata, hasilnya sangat mengejutkan.
Dr. Bucaille menemukan sisa-sisa garam yang masih melekat pada jasad mumia tersebut sebagai bukti terbesar bahawa Firaun itu mati akibat tenggelam di dalam laut.
Iaitu jasadnya segera dikeluarkan dari laut, ‘dirawat’ segera dan dijadikan mumia supaya jasad itu kekal awet.
Namun penemuan itu menimbulkan persoalan yang sangat besar kepada Dr. Bucaille.
Bagaimana jasad tersebut masih dalam keadaan sangat baik berbanding jasad-jasad yang lazimnya tenggelam dan dikeluarkan daripada laut?
Lalu beliau menyiapkan sebuah laporan akhir yang diyakininya sebagai penemuan baru, iaitu proses menyelamatkan mayat Firaun dari laut dan kaedah pengawetannya.
Laporan tersebut diterbitkan dengan tajuk; Mumia Firaun: Sebuah Penelitian Perubatan Moden (judul asalnya; Les Momies Des Pharaons Et La Midecine).
ramses-mummyEkoran penerbitan laporan itu, Dr Bucaille dianugerah penghargaan tertinggi kerajaan iaitu Le Prix Diane Potier-Boes (Penghargaan Dalam Sejarah) oleh Academie Frantaise dan anugerah Prix General daripada Academie Nationale De Medicine, Perancis.
KISAH FIRAUN DI DALAM AL QURAN.
Namun seorang rakan sempat membisikkan kepada Dr. Bucaille bahawa penemuan ini sebenarnya bukan sesuatu yang baru.
“Jangan tergesa-gesa kerana sesungguhnya umat Islam telah berbicara mengenai peristiwa Firaun yang mati lemas dan mayatnya dipelihara sehingga hari ini!”
Namun kata-kata itu ditentang keras oleh Dr. Bucaille kerana beliau menganggap sangat mustahil.
Baginya membongkar sesebuah misteri yang lama tidak mungkin dapat diketahui kecuali dengan perkembangan teknologi moden, peralatan dan makmal canggih yang mutakhir dan tepat.
Dr. Bucaille menjadi serba salah dan bingung apabila diberitahu bahawa al-Quran yang diyakini dan dipercayai oleh umat Islam telahpun meriwayatkan kisah tenggelamnya Firaun dan kemudian mayatnya diselamatkan.
Beliau semakin tertanya-tanya, bagaimana perkara seperti itu dapat diterima oleh akal kerana mumia itu baru sahaja ditemui sekitar tahun 1898.
Sedangkan al-Quran telah ada di tangan umat Islam sejak ribuan tahun sebelumnya.
Sambil mata tidak lepas memandang mumia Firauan yang terbujur di hadapannya, Dr. Bucaille terus tertanya-tanya bagaimana al-Quran dapat membicarakan kisah Firaun yang jasadnya diselamatkan dari hancur sejak ribuan tahun lalu.
“Apakah masuk akal di hadapanku ini adalah Firaun yang cuba menangkap Musa (Nabi)? Apakah masuk akal Muhammad (Nabi) mengetahui hal sejarah ini? Pada hal kejadian Musa dikejar Firaun telah berlaku sebelum al-Quran diturunkan,” bicara hatinya sendirian.
Lalu beliau mendapatkan kitab Injil yang di dalamnya hanya membicarakan Firaun yang tenggelam di tengah laut saat mengejar Nabi Musa tetapi tidak diceritakan mengenai mayat Firaun.
Presiden Perancis menawarkan kerajaan Mesir bantuan untuk meneliti, mempelajari dan menganalisis mumia Firaun, Ramsess II yang sangat terkenal pada tahun 1976.Sementara dalam Kitab Perjanjian Lama (Injil Lama) pula yang diceritakan dalam kitab itu hanyalah: “Air (laut) pun kembali seperti sebuah lautan yang berombak dan beralun, menenggelamkan kereta-kereta (chariot) kuda, pasukan berkuda dan seluruh bala tentera Firaun tanpa ada seorang pun yang berjaya menyelamatkan diri. Tetapi anak-anak Israel dapat menyelamatkan diri atas daratan kering di tengah-tengah laut itu”. (Exodus 14:28 dan Psalm 136:15)
Dr. Bucaille sangat terkejut kerana tidak ada disebut langsung mengenai apa yang terjadi seterusnya kepada mayat Firaun selepas tenggelam itu.
Ini menjadikan beliau semakin kebingungan.
Apabila mumia dikembalikan semula ke Mesir, Dr. Bucaille terus mendapatkan kepastian mengenai mumia itu.
Lalu beliau memutuskan untuk bertemu dengan para ilmuwan Islam mengenai sejarah Nabi Musa, kekejaman Firaun sehinggalah Bani Israel meninggalkan Mesir dan dikejar Firaun dengan seluruh bala tentera di belakang mereka.
Maka salah seorang mereka terus bangun dan membaca ayat al-Quran berhubung sejarah tersebut untuk Dr. Bucaille mendengarkannya sendiri:
“Maka pada hari ini Kami selamatkan badan kamu supaya kamu dapat menjadi pelajaran bagi orang-orang yang datang sesudah kamu dan sesungguhnya kebanyakan manusia lengah dari tanda-tanda kekuasaan Kami.” (Yunus: 92)
Apabila mendengar ayat ini, hati Dr. Bucaille benar-benar tersentuh. Beliau akhirnya mengakui kebenaran ayat itu kerana ia dapat diterima akal dan memberikan satu inspirasi serta dorongan kepada sains untuk maju meneroka lebih jauh lagi.
Lalu dengan hati yang begitu bergetaran dalam menahan sebak dan keharuan, beliau pun bangun dan dengan suara yang lantang berkata: “Sesungguhnya aku masuk Islam dan beriman dengan al-Quran ini.”
Tidak sekadar beliau mengakui kebenaran dan memeluk Islam tetapi beliau kemudiannya pulang ke Perancis dengan menggali seluruh isi al-Quran.
Akhirnya beliau berjaya menerbitkan buku yang sangat mengejutkan seluruh dunia dan sehingga kini telah diterjemahkan dalam pelbagai bahasa pada tahun 1976, iaitu The Bible, the Qur’an, and Science : The Holy Scriptures Examined in the Light of Modern Knowledge.
Melalui buku ini, Dr. Bucaille yang kemudiannya dikenali sebagai Dr. Yahya Maurice Bucaille berjaya membuktikan bahawa al-Quran adalah selari dengan fakta-fakta sains sementara kitab Injil adalah sebaliknya.
“Sains dan Islam umpama saudara kembar yang tidak boleh berpisah. Ini kerana dalam Injil terdapat pelbagai kesilapan dari aspek saintifik tetapi tiada sedikitpun kesilapan seperti itu ada dalam al-Quran. “Al-Quran yang di dalamnya diceritakan segala penjelasan mengenai fenomena alam semula jadi yang sangat bertepatan dengan sains moden,” katanya.
Beliau memberikan kesimpulan bahawa tidak syak lagi al-Quran benar-benar kalam Allah!
sumber: myibrah.com

Wednesday, 19 June 2013

Saksikan Detik Cemas Penebat Kilat Runtuh Dari Menara UMNO P. Pinang


    June 19, 2013


Dalam kejadian petang Khamis lepas, seorang lelaki maut selepas kenderaannya dihempap struktur penebat kilat di atas Menara Umno itu yang jatuh akibat ribut kencang.
Sehari selepas itu, seorang wanita, Lee Chai Song membuat laporan mengenai kehilangan suaminya dan khuatir lelaki berkenaan turut terbabit dalam insiden tersebut.
Susulan itu, pihak berkuasa memulakan usaha mencari dan mengesan Chin Aik dan pada Sabtu lalu, Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi mengesahkan nombor casis kereta yang ditemui terbenam di kawasan runtuhan penebat sepadan dengan kereta milik Chin Aik.
Chin Aik yang memandu kereta jenis Honda City berwarna kelabu dikatakan keluar dari rumah untuk mengambil anak perempuan bongsunya dari Penang Chinese Girl’s High School di Jalan Gottlieb pada pukul 6.30 petang.
Mari kita lihat detik-detik cemas yang terjadi sewaktu struktur penebat kilat berkenaan runtuh.
Takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat.
TERKINI: Polis tidak menemui sebarang tisu atau darah manusia dari serpihan kereta yang ditemui di kawasan runtuhan penebat kilat di Jalan Macalister di mana Lim Chin Aik dipercayai tertimbus.
Ketua Polis Daerah George Towen, ACP Gan Kong Meng berkata, polis turut menyelesaikan laporan orang hilang pada Rabu dan akan menyerahkannya kepada Kementerian Dalam Negeri.
“Kementerian akan menyerahkan laporan itu kepada Jabatan Pendaftaran Negara untuk sijil kematian untuk Lim.
“Kami harap jami dapat mendapatkan sijil menjelang Jumaat ini dan menyerahkannya kepada keluarga,” katanya.
* Takziah Untuk Keluarga Mangsa.

Pasangan suami isteri dipenjara 15 tahun dera pembantu rumah


2013/06/19 - 17:31:26 PM



JOHOR BAHRU: Sepasang suami isteri hari ini didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen di sini atas dua tuduhan menyebabkan kecederaan dan memperdagangkan pembantu rumah warga Indonesia mereka, tahun lalu. 


Mohd Shukur Suradi, 29, seorang ahli perniagaan, dikenakan hukuman penjara 15 tahun dan sebatan 10 kali manakala isterinya, Daeng Norulasyikin Bachok, 28, seorang guru, turut dikenakan penjara 15 tahun kerana menyebabkan kecederaan parah terhadap Marsini, 22. 



Mereka turut dipenjara masing-masing 10 tahun atas pertuduhan kedua iaitu memperdagangkan mangsa. 



Hakim Nu'aman Mahmud Zuhudi memerintahkan kedua-dua hukuman berjalan serentak bermula dari tarikh sabitan. 



Dalam penghakimannya, beliau berkata perbuatan kedua-dua tertuduh adalah kejam dan tidak berperikemanusiaan serta tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang manusia kepada manusia yang lain. 



Bagaimanapun, hakim membenarkan permohonan kedua-dua tertuduh untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman sementara menunggu proses rayuan kes di Mahkamah Tinggi. 



Atas pertuduhan pertama, mereka didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah terhadap Marsini dengan menggunakan pisau, kayu golf, tali pinggang, minyak panas, penyangkut baju, senduk dan sudu panas. 

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di rumah mereka di nombor 7, Jalan Utama 5, Taman D Utama Perling, di sini, antara Julai dan 23 Sept tahun lalu. 



Mereka didakwa mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda atau sebatan, jika sabit kesalahan. 



Bagi pertuduhan kedua pasangan itu didakwa memperdagangkan Marsini bagi maksud eksploitasi dengan cara bekerja sebagai pembantu rumah di alamat yang sama kira-kira jam 12 tengah hari, 23 September lalu. 



Mereka didakwa mengikut Seksyen 12 Akta Anti Pemerdagangan Orang 2007 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 15 tahun dan denda, jika sabit kesalahan. 



Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Jasmee Hameeza Jaafar manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam Mohamad Isa Mohamad Basir. - BERNAMA

Mahkamah tangguh 17 Julai dengar laporan mental amah `lambung' bayi


2013/06/19 - 18:19:55 PM





KUANTAN: Mahkamah Tinggi di sini menangguhkan sehingga 17 Julai depan untuk mendengar keputusan laporan pemeriksaan mental seorang pembantu rumah warga Indonesia yang didakwa mendera bayi majikannya, Februari lalu. 


Hakim Datuk Seri Mariana Yahya membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan peguam T. Vijayandran, yang mewakili Yuliana, 23, agar kes itu disebut semula pada tarikh lain bagi membolehkan beliau membincangkan laporan itu dengan Kedutaan Indonesia di Kuala Lumpur. 


Vijayandran mempersoal kesahihan laporan itu yang disediakan Pegawai Perunding Forensik Psikiatrik Hospital Permai, Johor, Dr Badia'h Yahya, bukannya pengarahnya. 


"Seksyen 343 Kanun Tatacara Jenayah menyatakan bahawa apa-apa laporan itu mesti dibuat oleh Pengarah hospital. Saya menghubungi pihak hospital dan dimaklumkan pengarahnya adalah Dr Abdul Kadir Abu Bakar," katanya. 


Terdahulu, Mariana membacakan laporan Dr Badia'h di mahkamah yang menyatakan ketika kejadian tertuduh tidak menunjukkan apa-apa tanda penyakit mental yang serius. 



"Pada pendapat saya semasa kejadian itu, dia berfikiran waras dan mampu memahami bahawa tindakan beliau adalah menyalahi undang-undang. 



"Dia patut dibicarakan dan layak membuat pembelaan di mahkamah bagi mempertahankan dirinya," katanya. 
Yuliana dari Acheh, Indonesia dijatuhi hukuman penjara 20 tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan mendera bayi berusia empat bulan, 15 Feb lepas. 



Pada 12 Mac lalu, Mariana memerintahkan wanita terbabit ditahan sementara di Hospital Permai selama tiga bulan bagi menentukan tahap kewarasan tertuduh setelah wanita terbabit memohon menggantung pelaksanaan hukuman yang dihadapinya. - BERNAMA

Tuesday, 18 June 2013

Frank Ribery…Elak Alkohol Tapi ‘Rembat’ Pelacur!


    June 19, 2013
PARIS – Bintang bola sepak Bayern Munich, Frank Ribery dibicarakan semalam atas tuduhan melakukan seks dengan seorang pelacur bawah umur yang dilanggannya sebagai ‘hadiah hari jadi untuk dirinya.’
Ribery, 30, pemain bahagian tengah yang sudah berkahwin berdepan dengan hukuman penjara tiga tahun jika didapati bersalah atas tuduhan membawa pelacur bernama Zahia Dehar ke bilik hotelnya di Jerman ketika gadis itu berusia 17 tahun dan membayarnya RM3,000 untuk seks.
Bintang Real Madrid Karim Benzema juga berdepan dengan tuduhan mengadakan seks dengan pelacur berambut perang itu yang kini berusia 21 tahun.
Ribery yang memeluk Islam selepas berkahwin, mengaku mengadakan seks dengan Zahia, pelacur kelahiran Algeria tetapi mendakwa dia tidak tahu pelacur itu bawah umur.
Usia mengadakan seks dengan kerelaan di Perancis ialah 15 tahun. Bagaimanapun, umur yang ditetapkan untuk bekerja sebagai pelacur ialah 18 tahun.
Enam lelaki lain yang menguruskan rumah pelacuran di Paris tempat Zahia bekerja juga didakwa.
Ribery sebelum ini mendapat perhtian ramai apabila berang dengan tindakan rakan sepasukannya yang mencurahkan arak ke atasnya, ketika pasukan itu meraikan kemenangan dengan menewaskan Augsburg 3-0, sekali gus menjuarai Liga Jerman buat kali ke-23.
Selama ini Ribery telah memberitahu rakan sepasukannya supaya mereka menjauhi arak daripadanya memandangkan arak adalah haram di sisi agama Islam.
Ribery-Boeatang
Sementara itu, Zahia sebelum ini bercakap mengenai bagaimana Ribery membayar tambang penerbangan kelas pertama berharga RM25,000 dan bilik di hotel lima bintang untuk melangganya selama semalam pada hari jadinya ke 26 pada 7 April 2010.
Zahia menjadi selebriti di Perancis sejak kejadian itu terbongkar dan melancarkan laman web porno serta baju dalam jenama sendiri.
zahia.dehar14182-1367063395_14182-middle2-zahia.dehar
Dia memberitahu majalah Paris Match: “Saya adalah hadiah hari jadi Ribery. Kami berkenalan di sebuah kelab di Paris. Dia menempah saya dan membawa saya ke Munich untuk meraikan hari jadinya yang ke-26.
“Dia menempatkan saya di hotel mewah di Munich. Kami mengadakan seks dan dia membayar saya. Saya menjadi hadiah istimewa untuknya.” Ribery mulanya didakwa pada Julai 2010 atas tuduhan melanggan pelacur bawah usia untuk seks.
Bagaimanapun, kes itu diketepikan selepas pendakwaraya gagal membuktikan dia mengetahui usia sebenar Zahia. – The Sun

Kesian, Budak Cacat Ini ‘Disisihkan’ Dalam Sesi Bergambar Di Sekolahnya…


    June 19, 2013
The photo that broke a mother’s heart


Selalunya apabila anak pulang bersama ‘gambar kelas’ ia pasti menarik perhatian ibu bapa yang ingin melihat guru dan rakan-rakan anaknya yang sudah satu tahun belajar bersama-sama.
Bagaimanapun, hati seorang ibu bernama Anne Belanger dari New Westminster, Canada sangat terhiris apabila melihat anaknya disisihkan jauh daripada barisan rakan-rakan lain dalam gambar tersebut.
Meskipun anaknya, Miles Ambridge, 7, mengalami masalah kesihatan spinal muscular atrophy (otot otrofi tulang belakang) hingga terpaksa berkerusi roda, baginya itu bukan alasan untuk bertindak kejam demikian rupa.
Dia dan suami, Don Ambridge tambah sedih apabila melihat anak mereka kelihatan tersenyum lebar dalam gambar tersebut, barangkali kerana terlalu naif untuk mengerti layanan buruk yang sedang diterimanya.
Susulan perkara ini, pihak sekolah menerima kecaman lalu mengatur semula sesi bergambar Miles bersama rakan-rakan kelasnya.
Herbert Spencer Elementary bagaimanapun menyalahkan syarikat yang diupah bagi mengambil gambar kelas sebagai punca kejadian berlaku.
Sumber: Yahoo! Shine