Tuesday, 10 February 2009

Alaaaahai..... Model Seksi & Bergaya... (Keluarga Obama)

Aku rasa produk diorg ni mesti terlaris dipasaran... Have a look....












9 Sebab Hati Tidak Bahagia

Salam...
Kita bertazkirah sebentar ya...

9 Sebab Hati Tidak Bahagia

1) Pemarah - Paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak terang.

2) Pendendam - Tersembunyi ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.

3) Hasad dengki - Amalannya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.

4) Bakhil - Sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dan lain-lain dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui makhluk.

5) Tamak - Orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut, walau berapa banyak yang diminum tetap tidak habis juga (lagipun orang tamak selalu rugi). Ingat! Yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita (mungkin ada hak orang lain di situ). Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

6) Tidak sabar - Andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar.

7) Ego - Ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin. Pasal semua orang ada egonya sendiri, cuma tinggi atau rendah tahap keegoan tersebut.

8) Riak - Terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakon-lakon di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. Allah marah kalau kita riak, takabbur dengan apar yang kita ada.

9) Cinta Dunia - Tidak dapat menderita, dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah, tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu (bila mati cuma bawa amalan dan doa anak yang soleh atau solehah). Cinta dunia merupakan 'neraka dunia' kerana dunia itu 'panas' akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.

PROTON MPV

SALAM...
Hari ni aku nak kongsi dgn korang gambar MPV Proton yg akan dilancarkan tak lama lagi... Mungkin ada yg dah tengok dlm email sblm ni... But, i just want to share with others that didn't saw it yet...















Warkah Untuk PM - Kajian Kepimpinan Hari Ini & Akan Datang (Survery On Today & Future Leadership)

Tuan/Puan/Cik,

Sekretariat warkahuntukpm.com.my mengucapkan penghargaan dan terima kasih kerana menghantar emel anda kepada
Warkah Untuk PM.

Melalui plan proses peralihan kuasa pada Mac 2009, sekretariat telah menyediakan soal selidik secara dalam talian (online) untuk mengetahui pandangan dan harapan umum terhadap prestasi kerajaan dan pemimpin politik di Malaysia.

Sekretariat berharap anda sudi meluangkan masa untuk menyertai soal selidik ini secepat mungkin. Sila klik di sini:
http://malaysialeaders.wupm.sgizmo.com. Terima kasih.


Dear Sir/Madam,

The secretariat of warkahuntukpm.com.my wish to thank you for your kind email to Warkah Untuk PM, we greatly appreciate your input.

In view of the planned leadership transition in March 2009, the secretariat are conducting an online survey to seek the general public’s opinions and expectations of government performance and political leadership in Malaysia.

The secretariat therefore would appreciate if you could participate in this survey, the soonest possible. Kindly click on the following link
http://malaysialeaders.wupm.sgizmo.com. Thank you.

Friday, 6 February 2009

SITI NORSAIDA TARUDIN

Salam...

Ermmm... Banyak pulak idea aku nak buat posting hari ni... Ok lah, aku nak shere sket dengan korang semua berkenaan seorang artis yang humble and very kind person... Pretty as well... hehe... I know her since 6 years ago... Dia belum jadi artis lagi masa tu... Dia bekerja sebagai Finance Manager di company milik keluarganya iaitu SNP.... Aku banyak berurusan dengannya secara langsung... Dan dia memang sorang yang SANGAT BAIK HATI... Bercakap dengan penuh lemah lembut dan langsung tak pernah marah... Paling aku hargai tentang sikapnya ialah, beliau tidak pernah lupa untuk menjemput aku dan bos aku, ke mana-mana majlis anjuran SNP... Kerana jemputan beliaulah aku banyak mengenali dunia hiburan tanahair... Di situlah aku bertemu ramai artis-artis Malaysia dan Indonesia...


Memori yg takkan aku lupakan ialah, bila beliau menghubungi aku pada hari lahir aku yg ke 25 dan menyanyikan lagu 'Happy Birthday'... Aku sangat terharu mendengar alunan lunak suara beliau apatah lagi itu hari jadi aku... Hadiah paling best aku rasalah masa tu.... hehe... Terima Kasih yg teramat untuk beliau...

Bila dia menyatakan pada aku yg dia terpilih menyertai AF6, aku terkejut tetapi sangat menyokong beliau... Aku memang yakin dengan bakat yg beliau miliki... Cuma mungkin beliau perlu perbaiki confident diri bila menyanyi di pentas... Aku yakin beliau akan diterima baik dalam industri jika lagu-lagu baru yang besesuaian dan hits diberikan kepada beliau... Itu pasti akan dilakukan oleh Kak Rozi, Artis Manager SNP yang sangat berdedikasi dan komited...


Aku juga mengenali dengan baik suami beliau, En. Ghazali... Seorang yg tegas dan ada visi dalam business... Memang dunia perniagaan ni bukanlah suatu yg mudah, tetapi En. Ghazali mempunyai tekad, dan pastikan terus positif... Kejayaan bukanlah suatu yang datang bergolek, tetapi perlukan pengorbanan dan keazaman yg tinggi... Aku yakin beliau akan berjaya menjadi businessman yg sangat berjaya pada suatu hari nanti... Amin...


Buat Puan Siti Norsaida, semoga kebahagiaan berkeluarga terus kekal selamanya... Saya sentiasa mendoakan kejayaan buat Pn Ida dan Suami dalam apa jua yg kalian lakukan...

Audit Cukai dan Penyiasatan Cukai

Salam to allz...
Hari ni aku nak beri informasi mengenai Percukaian di Malaysia... Aku spesifikkan kepada tajuk Audit dan Penyiasatan Cukai... Iaitu sebab sesuatu syarikat dipilih untuk di Audit atau disiasat oleh pihak LHDN... Pemilik-pemilik syarikat iaitu Share Holders & Directors patut mengetahui perkara ini kerana ianya boleh mengelakkan mereka dari dikenakan penalti atau apa-apa obligasi berkaitan cukai... Sekiranya mereka dikenakan apa2 obligasi cukai, reputasi mereka sebagai businessman boleh terjejas....

Sebab dipilih untuk audit atau penyiasatan

1 - perbezaan yang ketara dalam angka perbandingan dua tahun atau lebih bagi item kunci kira-kira dan akaun untung dan rugi
2 - peningkatan yang ketara bagi item pemiutang perniagaan dan pemuitang lain
3 - perbelanjaan persendirian yang tidak setara dengan jumlah pendapatang yang dilaporkan
4 - corak pendapatan yang dilaporkan tidak sekata dan sering berubah-ubah
5 - margin keuntungan, secara perbandingan yang berubah-ubah dari tahun-ketahun
6 - perubahan ketara dalam kos operasi yang tidak setara dengan perolehan atau jualan
7 - pelaporan margin keuntungan yang tidak sekata dengan pelaporan industri yang sama saiz
dan aktiviti pernigaan
8 - kerugiaan yang berterusan
9 - kesalahan tidak menghantar borang retan untuk jangkamasa yang lama


Untuk penyiasatan cukai Ketua Pengarah LHDN mempunyai kuasa yang begitu luas untuk mencegah pelarian cukai.

S. 78 - Kuasa untuk meminta spesifik dokumen
S.79 - Kuasa untuk meminta penyata bank, dokumen mengenai sumber pendapatan, meminta dokumen berkaitan aset pembayar cukai, pasangan, anak-anak dan nominee
S.80. - Kuasa untuk memasuki kawasan premis pernigaan, rumah termasuk dokumen yang berkaitan
S.80 (1a) - Kuasa untuk (occupier) mendapatkan bantuan dan facilities pertolongan dalam menjalankan tugas mereka
S.81 - Kuasa untuk meminta maklumat daripada pihak ketiga
S.84 - Kuasa untuk meminta maklumat daripada pihak ketiga berkenaan pendapatan, aset dan liabiliti
S. 91(1) - Kuasa untuk menyiasat cukai enam tahun kebelakang, jira Ketua Pengarah LHDN merasakan cukai yang dibayar tidak mencukupi
S.91(3) - Untuk kes pelarian cukai, LHDN boleh menyiasat tanpa had tahun
S.104 - Pihak LHDN boleh menyekat pembayar cukai yang tidak membayar cukai daripada meninggalkan negara
S.115 - Pihak LHDN boleh menahan tanpa waran seseorang yang ingin meninggalkan negera tanpa membayar cukai seperti yang telah tercatat dalam sijil XXXX
S.142(5) - LHDN mempunyai kuasa untuk mendapatkan dokumen dan maklumat yang boleh dikategorikan sebagai sulit


Sekian harap maklum...

Videos... Let share

Salam guys...
Let watch new videos that i taken out from my email inbox..
I love to watch again and again these interesting videos...

I hope some of you may love these videos as well...