Salam...
Politik di Malaysia kian menuju ke arah Demokrasi Berorentasikan Rakyat, Sikap Luhur, Bebas Rasuah, Bermoral, Berintegriti dan Amanah...
Rakyat sudah tidak melihat soal perjuangan Umno, PKR atau Pas... Tetapi rakyat lihat siapakah calon yang hendak mewakili Rakyat? Adakah calon itu memenuhi aspirasi Rakyat? Aspirasi tersebut bukan lagi berkaitan pembangunan fizikal sahaja, tetapi berkaitan pembangunan dan pengisian kerohanian juga. Rakyat sudah melihat soal integriti, soal moraliti, soal kejujuran, soal berjiwa orang 'biasa-biasa'.
Rakyat tidak lagi mahu melihat pemimpin 'RAKYAT' yang leka dalam istana dan kereta mewah serta sombong kepada Rakyat. Pemimpin seperti ini hanya mesra bila pilihanraya, datang bersalaman, menjenguk orang sakit, membetulkan atap rumah orang miskin dan sebagainya. Semua itu sangat hipokrit. Apa yang dilihat kini adalah, BN masih melakukan tindak tanduk yg sama seperti dahulu, masih menggula-gulakan rakyat dengan pembangunan fizikal dan lakonan semasa pilihanraya.
Rakyat tidak mahu lagi melihat lakonan-lakonan hipokrit dari pemimpin yang sekadar pandai berbahas, berceramah dan bermulut manis...
Dipendekkan analisa ini, RAKYAT dan orang 'biasa-biasa' terutamanya golongan belia, menolak BN sebab parti itu diterajui oleh ramai pemimpin yang tidak jujur! Terima lah hakikat ini... Beranilah untuk berubah atau anda akan diubah kedudukan...
No comments:
Post a Comment