Tuesday, 14 April 2009

MAKANAN HALAL-PENJELASAN SAINTIFIK

Salam to allz.... Kita bertazkirah sedikit hari ini....

Apa itu Halal & Haram? Dan kenapa umat Islam sangat pentingkan hal ini?

Halal bermaksud perkara yang dibenarkan dalam Islam, manakala Haram pula bermaksud perkara yang tidak dibenarkan dalam Islam. Al-Quran telah menggariskan perbezaan di antara keduanya.

Islam telah melarang memakan apa jua jenis darah kecuali darah ikan dan belalang. Analisis kimia terhadap darah menunjukkan ia mengandungi banyak asid urik, iaitu satu bahan kimia yang berbahaya kepada kesihatan manusia.

Asid urik mengandungi banyak toksik semulajadi. Di dalam badan manusia, ia dikategorikan sebagai bahan kumuh/buangan, malah kajian makmal telah membuktikan bahawa 98% dari asid urik ini telah diekstrak/ditapis daripada darah oleh buah pinggang dan dibuang melalui sistem perkumuhan.

Bagaimana mengaitkannya dengan sistem penyembelihan binatang dengan cara Islam?

Selain menyebut nama Allah Yang Maha Besar, ketajaman pisau yang memotong pada urat leher binatang akan memastikan semua organ-organ penting lain pada haiwan itu tidak akan rosak.

Kematian haiwan adalah melalui cara hilangnya darah secara keseluruhan daripada tubuh dan bukannya dengan mencederakan pada organ-organ penting yang lain.

Sebagai contoh, sekiranya organ seperti jantung, hati atau otak retak mahupun rosak, binatang akan mati dengan cepat dan darahnya akan menjadi kental dalam salur darah, dan ini secara perlahan-lahan akan menyebabkan ia (darah) meresap ke dalam daging. Daging diresapi darah itu akan mula tercemar dengan asid urik dan seterusnya menyebabkan daging haiwan itu menjadi amat beracun. Perkara ini telahpun diakaui oleh pakar-pakar diet yang baru sahaja menyedarinya.

Kenapa umat Islam menolak untuk memakan daging khinzir atau sebarang makanan yang berkaitan dengannya?

Terdapat Ayat Al-Quran yang mengharamkan khinzir dan apa sahaja yang berkaitan dengannya. Malah Bible sendiri dalam Leviticus, chapter 11, verse 8 menyatakan, "Pada daging khinzir itu, janganlah kamu makan, dan bangkainya janganlah kamu sentuh, ia adalah tidak bersih untuk kamu".

Logiknya, khinzir itu tidak boleh disembelih kerana ianya sendiri sebenarnya tidak mempunyai leher. Sekiranya khinzir itu boleh disembelih dan sesuai untuk keperluan manusia, maka Tuhan tentunya akan menjadikan khinzir itu mempunyai leher.

Apapun tanpa melihat logik itu, amatlah diyakini bahawa kebanyakkan manusia yang mementingkan kesihatan dan kebersihan, tentunya tahu tentang betapa daging khinzir itu, walau dalam apa jua bentuk sekalipun akan memberikan kesan yang merbahaya kepada kesihatan tubuh manusia.

Sains perubatan telah mendapati bahawa khinzir ini merupakan perumah/hos bagi pelbagai jenis parasit yang berisiko mendatangkan pelbagai jenis penyakit. Selain itu, mengenai asid urik dalam darah tadi, didapati bahawa khinzir hanya membuang kira-kira 2% daripada kandungan asid uriknya sebagai bahan kumuhan, manakala 98% baki asid urik itu akan kekal sebagai sebahagian dari tubuhnya.

**** Penjelasan saintifik ini adalah suatu hikmah terhadap larangan Allah ke atas sesuatu pekara seperti yang dinyatakan di dalam Al-Quran dan Hadith Rasul-Nya. Mungkin terdapat lagi hikmah yang belum tersingkap. Walaubagaimanapun, pengharam ke atas Khinzir dan darah bukanlah semata-mata kerana faktor sintifik ini, tetapi ianya adalah perintah Allah Yang Maha Mengetahui apa yang ada di langit dan apa yang ada dibumi.

No comments:

Post a Comment