Tuesday 24 March 2009

Nur Muhammad S.A.W

Assalamualaikum....
My dear friends... Dah lama rasanya tak berkesempatan menulis di sini... Aku terlalu sibuk dengan kerja yang sentiasa bertambah... Tapi pagi yang mulia ini, aku dapat dua email yang menarik, dikirimkan oleh seorang teman yang mulia, Insyallah...

Let share this video.. U will surprise with this! Allah shows how He love this Perfect Man, Muhammad S.A.W. That why we should Thanks (Syukur) to Allah. We part of Ummah.

Thursday 12 March 2009

Nasi Lemak Antarabangsa vs Nasi Lemak Makcik Sri Gombak

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...
Last weekend aku ada la singgah kat restoran Nasi Lemak Antarabangsa cawangan Taman Melati. Rasanya baru je buka kat situ. Aku sampai lebih kurang jam 8.30 pg. Aku kurang pasti pulak tentang masa operasi restoran tu. Masa aku sampai tu, aku tgk pintu dia baru separuh buka. Tapi, kat luar restoran tu dah ada dlm 20 org yg sedang menunggu. Aku kagum gak... Ya lah, kedai lum bukak org dah sanggup menunggu, termasuklah aku.


Aku pilih satu tempat yg agak lapang sket dlm restoran tu. Bila duduk je, terus awek jaga kedai tu bg senarai menu... Fening gak tgk. Mcm byk pilihan je... Aku pun pilih la nasik lemak standard...

Setelah agak lama menunggu ( sbb kedai br bukak, org dah ramai), aku pun dpt la pesanan aku tu... 1st time aku tgk je hidangan depan mata, terus hilang selera aku!... Tu belum lagi lepas aku mula menjamah hidangan tu.. Malang sekali bagi kita semua penggemar nasik lemak... Apa yg disediakan langsung tidak memenuhi standard ANTARABANGSA...

Biar aku cerita sket. Aku bukanlah penilai masakan yg professional. Aku cuma org biasa dan bujang yang suka makan kat luar. Aku dah pernah makan di banyak tempat dgn pelbagai hidangan. Dari gerai-gerai kecil sampailah ke hotel bertaraf 5star. Tapi.... Restoran
NASI LEMAK ANTARABANGSA ni memang indah khabar saja. Kualiti hidangan langsung tidak dijaga. Nasi, ikan bilis, telur, sambal, rendang ayam semuanya serba tak kena samada dr segi kualiti, rasa dan daya tarikan. Korg patut rasa sendiri lah kot.. Ikan keras macam batu dan nampak murah sgt... sambal pahit semacam.... Tapi bab harga nasi lemak diorg memang standard ANTARABANGSA. Hairan betul! Pada aku, cukuplah sekali tu aku singgah ke kedai NASI LEMAK ANTARABANGSA.... Mungkin nanti bila dah takde tempat makan yg lain, baru lah aku singgah kat situ semula.

Dalam kawasan kejiranan aku di Sri Gombak, terdapat satu gerai nasi lemak yg memang terkenal di situ. Gerai ini hanya di buka dari jam 7.30pg sampai 10pg. Tapi biasanya gerai mak Nurul (Nurul tu anak Dara Makcik yg jual Nasi Lemak ni) ni mmg tutup awal sebab sangat laris dan habis cepat. Kalu sampai lambat mmg tak dapat merasalah... Terutamanya weekend. Rasa dan kualiti masakan makcik ni memang bertaraf ANTARABANGSA yg sebenar... Lauk-lauk yg disediakan juga sangat sedap. Lagi satu, nasi lemak makcik ni memang tak bleh oder melalui tel. Memang dia tak layan. Kecuali dalam kuantiti sekurang-kurangnya setong nasi dia. Sebabnya, org yg beratur utk beli sangat ramai.... Aku rasa kalau makcik ni buka kedai, dah lama dia jadi kaya... Sangat kaya.... Gerai-gerai lain kat sebelah dia mcm takde org singgah aje.. ermm... Cubalah korg tgk sendiri...

Monday 9 March 2009

Maulidur Rasul, 12 Rabiul Awal 1430h

Assalamualaikum...

Kepada yg mengambil tahu tentang Hari Kebesaran Islam, pastinya akan tahu bahawa hari ini adalah Hari Ulang Tahun Kelahiran dan Kewafatan Baginda Rasulullah S.A.W.... Aku tersentuh dengan cerita-cerita perjuangan Rasulullah yg aku baca dalam buku berjudul BIOGRAFI MUHAMMAD BIN ABDULLAH-Perjalanan Hidup Seorang Nabi, karya Zulkifli Mohd Yusoff dan Noor Naemah Abd.Rahman, terbitan PTS Islamika. Walaupun dalam buku terbut cuma cerita-cerita ringkas mengenai kehidupan Baginda S.A.W., namun aku cukup teruja dgn keindahan peribadi Rasulullah sebagai manusia biasa seperti kita. Baginda mencantikkan lagi akhlak kemanusiaannya walaupun beliau diangkat menjadi Nabi dan Rasul yang Agung.

Sesiapa yang mengkaji sejarah kehidupan Manusia Agung ini secara ikhlas, pasti akan menilai Baginda secara tulus. Manakala sesiapa yg mengkaji kehidupan Baginda secara sinikal dan penuh agenda cilik, pasti akan menjadi manusia paling hipokrit di dunia. Mana mungkin kehebatan dan keagungan Baginda boleh diselindungkan? Kalau tidak hebat, masakan Taurat, Zabur dan Injil sendiri menceritakan tentang kebangkitan Rasul Akhir Zaman ini? Setelah lebih seribu empat ratus tahun kewafatan Baginda, adakah wujud walau sedikit kekurangan dalam ingatan umat manusia di seluruh dunia terhadap Baginda? Siapa yg tidak mengenali Rasul Agung ini? Baik Yahudi, Kristian, Budha mahupun Hindu, semuanya tahu dengan jelas siapa MUHAMMAD BIN ABDULLAH. Walaupun Baginda sudah tiada di alam kehidupan masa kini secara fizikalnnya, namun musuh-musuh Islam tetap takut dan gusar dengan Kitab Al Quran, Waris (Ummat) dan Ajaran yang ditinggalkan oleh Baginda S.A.W...

Itulah bukti ke-Agungan Baginda S.A.W... Siapa yg paling berjaya menakhluk alam ini dengan aman, adil, dan penuh nilai-nilai kemanusiaan? Tiada tolok bandingnya Baginda dengan mana-mana tokoh manusia lain yg dikatakan hebat seperti Alexender The Great, Hurcules, Gangesh Khan, Firaun dan banyak lagi yg pernah wujud dalam sejarah kehidupan manusia di muka bumi ini. Baginda terlalu hebat! Sehingga saat nyawa Baginda di penghujung, Baginda masih mengingati kita semua iaitu UMMAT BAGINDA. Pernahkah kita sebagai ummat, meletakkan Baginda sebagai MANUSIA YANG PALING BERJASA DALAM HIDUP KITA? Fikir-fikirkanlah.

Aku petik sedikit dari artikel yang aku perolehi dari Utusan Malaysia hari ini. Sila baca di bawah:-

1) ANNIE Besat di dalam bukunya, The Life and Teachings of Muhammad berkata: “Seseorang yang mengkaji kehidupan beliau dan sifat nabi dari bumi Arab ini dan tahu mengenai ajaran dan cara hidupnya, pasti memberikan penghormatan kepada nabi yang agung ini. “Manusia yang ganas dapat beliau lembutkan, insan yang tertindas berjaya dimerdekakan dan manusia padang pasir yang tidak pernah dikenali akhirnya mampu meruntuhkan empayar Rom dan Parsi. Beliau juga berjaya menggantikan cara hidup sesat yang jahiliah kepada tamadun unggul yang saintifik.”

2) GEORGE Bernard Shaw, ahli falsafah berbangsa Inggeris yang berpengaruh berkata di dalam buku Letter to Najmi Sahib of Cyprus: “Secara terancang, orang-orang Kristian dan pendakwahnya memberi gambaran hodoh mengenai Islam dan rasulnya. “Saya sempat mengkaji Islam dan rasulnya bersungguh-sungguh sebagai pengkaji sejarah dan pengkritik. Saya dapati, Muhammad memang manusia yang agung, malah beliau adalah penyelamat bagi manusia yang sedang menderita sakit tenat.”

3) BUKU The 100: A Ranking of the Most Influential Persons in History karangan Michael H. Hart, seorang ahli sejarah, pakar matematik dan astronomi menyatakan: “Pemilihan Muhammad sebagai tokoh yang begitu berpengaruh di dunia mungkin mengejutkan sesetengah pembaca. “Saya memilihnya sebab hanya beliau seorang sahaja dalam sejarah yang begitu berjaya dalam dua bidang iaitu keagamaan dan keduniaan. Beliau mengembangkan satu agama terhebat di dunia dan menjadi seorang pemimpin politik yang unggul. Pada hari ini, 13 abad selepas kewafatan beliau, pengaruhnya masih hebat dan terus berkembang.”

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0309&pub=Utusan_Malaysia&sec=Keluarga&pg=ke_01.htm

Suruhanjaya Audit Negara

Salam semua.
Setelah mengharungi seminggu yg sangat padat dgn kerja & kelas, hari ni aku nak bincangkan sedikit mengenai Audit Jabatan Kerajaan. Sebenarnya topik ini aku pilih kerana aku sangat tertarik bila Lecturer aku utk subjek Perakaunan Sektor Awam (PSA) membangkitkan mengenai pengauditan di sektor awam Malaysia dalam kelas pertama beliau sabtu lepas.

Secara praktisnya sekarang, audit sektor awam dilakukan oleh Jabatan Audit Negara yg diketuai oleh Tan Sri Amrin Buang. Audit Negara akan melaksanakan pengauditan di sektor awam samada melalui pegawainya sendiri atau dengan melantik firma audit luar bagi melaksanakan tugas tersebut bg pihak Audit Negara. Jabatan Audit Negara sendiri turut di audit oleh satu unit khas dalam jabatan mereka.

Laporan Ketua Audit Negara mula mendapat perhatian rakyat Malaysia sejak pemerintahan negara diambilalih oleh Perdana Menteri Malaysia ke-5, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi. Sedikit ruang ketelusan dan kebebasan dalam Laporan Ketua Audit Negara tersingkap. Pada tahun 2007, laporan audit negara telah melaporkan salah laku atau kecuaian pegawai-pegawai kerajaan dalam menguruskan dana awam. Amat malang kepada Rakyat Malaysia yang bijaksana apabila wang rakyat dileburkan dengan cara yg TIDAK MASUK AKAL!. Dalam laporan tersebut yang secara jelas menyatakan tentang KEGAGALAN PEGAWAI-PEGAWAI KERAJAAN TERTENTU dalam menguruskan dana awam secara telus dan berhemah. Sebagai contoh, pembelian 'pemutar skru' dengan harga yg tidak masuk akal! Malah pelbagai lagi salah urus dana awam dilaporkan dalam laporan tersebut. Anda boleh rujuk di laman sesawang Jabatan Audit Negara untuk laporan penuh.

Apa yang ingin aku cadangkan di sini kepada PERDANA MENTERI MALAYSIA ialah, jadikan Jabatan Audit Negara sebagai sebuah SURUHANJAYA BEBAS sepertimana SPRM dan Suruhanjaya Perlantikan Hakim yang baru diluluskan oleh Parlimen Malaysia. Ini supaya, semua pihak akan lebih berkeyakinan dengan laporan tersebut dengan tidak ada persepsi negatif setiap kali ianya melibatkan dana awam dan kerajaan. Dengan menaik taraf Jabatan Audit Negara kepada sebuah Suruhanjaya, pegawai-pegawainya akan lebih berani dan bebas melakukan kerja audit mereka, tanpa ada sekatan-sekatan yg tidak munasabah dari PEGAWAI-PEGAWAI KERAJAAN YANG TIDAK AMANAH! Selain itu, rakyat dan semua pihak akan dapat meningkatkan keyakinan terhadap tahap ketelusan Kerajaan yang memimpin negara pada masa ini.

Kerajaan perlu mempertimbangkan perkara ini dgn serius kerana, perubahan zaman yg penuh dengan kecanggihan teknologi, akan memungkinkan pelbagai maklumat tersebar dengan cepat dan mudah walau ke mana sahaja. Sekiranya berlaku kes-kes pecah amanah dan salah urus dana kerajaan, didedahkan kepada umum MENDAHULUI saluran rasmi kerajaan, rakyat akan bersangka negatif kepada kerajaan. Contohnya penyebaran klip video Linggam. Kesannnya, rakyat menolak parti pemerintah dalam PRU ke-12. Kesan lebih besar ialah, kebangkitan golongan-golongan tertindas akibat perbuatan tidak Amanah wakil-wakil awam dalam kerajaan termasuklah menteri. Suara-suara mereka mula mendapat perhatian media-media asing, tersebar melalui jaluran internet, sms dan sebagainya.

Sebagai sebahagian dari plan menasionalkan semua rakyat Malaysia ke arah perpaduan yg jitu, kerajaan sangat terdesak untuk mendapat sokongan majoriti rakyat Malaysia. Justeru, Kerajaan perlu mempertingkatkan tahap KETELUSAN seperti yg dicanang-canangkan sejak 6 tahun yg lalu. Bukan setakat bercakap di media, tetapi HABUK PUN TARAK! Cakap serupa bikinlah!

Tubuhkan SURUHANJAYA AUDIT NEGARA supaya tahap ketelusan Kerajaan lebih terserlah di mata semua masyarakat Malaysia dan dunia dengan sempurna. Buat apa nak takut dgn memberi sejuta alasan untuk menolak cadangan ini, sekiranya mereka benar-benar berkhidmat dengan AMANAH untuk negara dan rakyat?