Monday 9 March 2009

Suruhanjaya Audit Negara

Salam semua.
Setelah mengharungi seminggu yg sangat padat dgn kerja & kelas, hari ni aku nak bincangkan sedikit mengenai Audit Jabatan Kerajaan. Sebenarnya topik ini aku pilih kerana aku sangat tertarik bila Lecturer aku utk subjek Perakaunan Sektor Awam (PSA) membangkitkan mengenai pengauditan di sektor awam Malaysia dalam kelas pertama beliau sabtu lepas.

Secara praktisnya sekarang, audit sektor awam dilakukan oleh Jabatan Audit Negara yg diketuai oleh Tan Sri Amrin Buang. Audit Negara akan melaksanakan pengauditan di sektor awam samada melalui pegawainya sendiri atau dengan melantik firma audit luar bagi melaksanakan tugas tersebut bg pihak Audit Negara. Jabatan Audit Negara sendiri turut di audit oleh satu unit khas dalam jabatan mereka.

Laporan Ketua Audit Negara mula mendapat perhatian rakyat Malaysia sejak pemerintahan negara diambilalih oleh Perdana Menteri Malaysia ke-5, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi. Sedikit ruang ketelusan dan kebebasan dalam Laporan Ketua Audit Negara tersingkap. Pada tahun 2007, laporan audit negara telah melaporkan salah laku atau kecuaian pegawai-pegawai kerajaan dalam menguruskan dana awam. Amat malang kepada Rakyat Malaysia yang bijaksana apabila wang rakyat dileburkan dengan cara yg TIDAK MASUK AKAL!. Dalam laporan tersebut yang secara jelas menyatakan tentang KEGAGALAN PEGAWAI-PEGAWAI KERAJAAN TERTENTU dalam menguruskan dana awam secara telus dan berhemah. Sebagai contoh, pembelian 'pemutar skru' dengan harga yg tidak masuk akal! Malah pelbagai lagi salah urus dana awam dilaporkan dalam laporan tersebut. Anda boleh rujuk di laman sesawang Jabatan Audit Negara untuk laporan penuh.

Apa yang ingin aku cadangkan di sini kepada PERDANA MENTERI MALAYSIA ialah, jadikan Jabatan Audit Negara sebagai sebuah SURUHANJAYA BEBAS sepertimana SPRM dan Suruhanjaya Perlantikan Hakim yang baru diluluskan oleh Parlimen Malaysia. Ini supaya, semua pihak akan lebih berkeyakinan dengan laporan tersebut dengan tidak ada persepsi negatif setiap kali ianya melibatkan dana awam dan kerajaan. Dengan menaik taraf Jabatan Audit Negara kepada sebuah Suruhanjaya, pegawai-pegawainya akan lebih berani dan bebas melakukan kerja audit mereka, tanpa ada sekatan-sekatan yg tidak munasabah dari PEGAWAI-PEGAWAI KERAJAAN YANG TIDAK AMANAH! Selain itu, rakyat dan semua pihak akan dapat meningkatkan keyakinan terhadap tahap ketelusan Kerajaan yang memimpin negara pada masa ini.

Kerajaan perlu mempertimbangkan perkara ini dgn serius kerana, perubahan zaman yg penuh dengan kecanggihan teknologi, akan memungkinkan pelbagai maklumat tersebar dengan cepat dan mudah walau ke mana sahaja. Sekiranya berlaku kes-kes pecah amanah dan salah urus dana kerajaan, didedahkan kepada umum MENDAHULUI saluran rasmi kerajaan, rakyat akan bersangka negatif kepada kerajaan. Contohnya penyebaran klip video Linggam. Kesannnya, rakyat menolak parti pemerintah dalam PRU ke-12. Kesan lebih besar ialah, kebangkitan golongan-golongan tertindas akibat perbuatan tidak Amanah wakil-wakil awam dalam kerajaan termasuklah menteri. Suara-suara mereka mula mendapat perhatian media-media asing, tersebar melalui jaluran internet, sms dan sebagainya.

Sebagai sebahagian dari plan menasionalkan semua rakyat Malaysia ke arah perpaduan yg jitu, kerajaan sangat terdesak untuk mendapat sokongan majoriti rakyat Malaysia. Justeru, Kerajaan perlu mempertingkatkan tahap KETELUSAN seperti yg dicanang-canangkan sejak 6 tahun yg lalu. Bukan setakat bercakap di media, tetapi HABUK PUN TARAK! Cakap serupa bikinlah!

Tubuhkan SURUHANJAYA AUDIT NEGARA supaya tahap ketelusan Kerajaan lebih terserlah di mata semua masyarakat Malaysia dan dunia dengan sempurna. Buat apa nak takut dgn memberi sejuta alasan untuk menolak cadangan ini, sekiranya mereka benar-benar berkhidmat dengan AMANAH untuk negara dan rakyat?

No comments:

Post a Comment