Tuesday, 18 June 2013

Frank Ribery…Elak Alkohol Tapi ‘Rembat’ Pelacur!


    June 19, 2013
PARIS – Bintang bola sepak Bayern Munich, Frank Ribery dibicarakan semalam atas tuduhan melakukan seks dengan seorang pelacur bawah umur yang dilanggannya sebagai ‘hadiah hari jadi untuk dirinya.’
Ribery, 30, pemain bahagian tengah yang sudah berkahwin berdepan dengan hukuman penjara tiga tahun jika didapati bersalah atas tuduhan membawa pelacur bernama Zahia Dehar ke bilik hotelnya di Jerman ketika gadis itu berusia 17 tahun dan membayarnya RM3,000 untuk seks.
Bintang Real Madrid Karim Benzema juga berdepan dengan tuduhan mengadakan seks dengan pelacur berambut perang itu yang kini berusia 21 tahun.
Ribery yang memeluk Islam selepas berkahwin, mengaku mengadakan seks dengan Zahia, pelacur kelahiran Algeria tetapi mendakwa dia tidak tahu pelacur itu bawah umur.
Usia mengadakan seks dengan kerelaan di Perancis ialah 15 tahun. Bagaimanapun, umur yang ditetapkan untuk bekerja sebagai pelacur ialah 18 tahun.
Enam lelaki lain yang menguruskan rumah pelacuran di Paris tempat Zahia bekerja juga didakwa.
Ribery sebelum ini mendapat perhtian ramai apabila berang dengan tindakan rakan sepasukannya yang mencurahkan arak ke atasnya, ketika pasukan itu meraikan kemenangan dengan menewaskan Augsburg 3-0, sekali gus menjuarai Liga Jerman buat kali ke-23.
Selama ini Ribery telah memberitahu rakan sepasukannya supaya mereka menjauhi arak daripadanya memandangkan arak adalah haram di sisi agama Islam.
Ribery-Boeatang
Sementara itu, Zahia sebelum ini bercakap mengenai bagaimana Ribery membayar tambang penerbangan kelas pertama berharga RM25,000 dan bilik di hotel lima bintang untuk melangganya selama semalam pada hari jadinya ke 26 pada 7 April 2010.
Zahia menjadi selebriti di Perancis sejak kejadian itu terbongkar dan melancarkan laman web porno serta baju dalam jenama sendiri.
zahia.dehar14182-1367063395_14182-middle2-zahia.dehar
Dia memberitahu majalah Paris Match: “Saya adalah hadiah hari jadi Ribery. Kami berkenalan di sebuah kelab di Paris. Dia menempah saya dan membawa saya ke Munich untuk meraikan hari jadinya yang ke-26.
“Dia menempatkan saya di hotel mewah di Munich. Kami mengadakan seks dan dia membayar saya. Saya menjadi hadiah istimewa untuknya.” Ribery mulanya didakwa pada Julai 2010 atas tuduhan melanggan pelacur bawah usia untuk seks.
Bagaimanapun, kes itu diketepikan selepas pendakwaraya gagal membuktikan dia mengetahui usia sebenar Zahia. – The Sun

Kesian, Budak Cacat Ini ‘Disisihkan’ Dalam Sesi Bergambar Di Sekolahnya…


    June 19, 2013
The photo that broke a mother’s heart


Selalunya apabila anak pulang bersama ‘gambar kelas’ ia pasti menarik perhatian ibu bapa yang ingin melihat guru dan rakan-rakan anaknya yang sudah satu tahun belajar bersama-sama.
Bagaimanapun, hati seorang ibu bernama Anne Belanger dari New Westminster, Canada sangat terhiris apabila melihat anaknya disisihkan jauh daripada barisan rakan-rakan lain dalam gambar tersebut.
Meskipun anaknya, Miles Ambridge, 7, mengalami masalah kesihatan spinal muscular atrophy (otot otrofi tulang belakang) hingga terpaksa berkerusi roda, baginya itu bukan alasan untuk bertindak kejam demikian rupa.
Dia dan suami, Don Ambridge tambah sedih apabila melihat anak mereka kelihatan tersenyum lebar dalam gambar tersebut, barangkali kerana terlalu naif untuk mengerti layanan buruk yang sedang diterimanya.
Susulan perkara ini, pihak sekolah menerima kecaman lalu mengatur semula sesi bergambar Miles bersama rakan-rakan kelasnya.
Herbert Spencer Elementary bagaimanapun menyalahkan syarikat yang diupah bagi mengambil gambar kelas sebagai punca kejadian berlaku.
Sumber: Yahoo! Shine

DR.HARON DIN: Perkahwinan Antara Manusia Dengan Jin Memang Boleh Berlaku…


    June 19, 2013

Soalan: Ustaz, saya ingin bertanya perihal yang berkaitan dengan bunian. Perkara ini timbul dalam keluarga saya sendiri, iaitu mengenai adik perempuan saya yang berperangai agak aneh. Kami sekeluarga amat musykil apabila beliau menolak pinangan orang, sebaliknya mengaku sudah berkahwin dengan makhluk halus atau bunian.
1. Soalan saya, apakah perkahwinan antara manusia dengan jin boleh berlaku?
2. Apakah hukumnya perkahwinan tersebut, sah atau tidak dari sisi Islam?
Halimatussaadiah
Bota, Perak

Jawapan 1
Puan,
Perkahwinan dalam erti kata yang kita fahami hari ini, tidur bersama selepas perkahwinan yang sah, memang berlaku di antara manusia dengan manusia sahaja seperti yang disebut oleh Allah S.W.T dalam Surah ar-Rum, ayat 21 (mahfumnya): “Dan di antara tanda-tanda kebesaran Allah S.W.T, dijadikan bagi kamu (manusia) untuk pasanganmu dari jenis kamu juga (manusia), supaya kamu mendapat ketenangan dengannya dan dianugerahkan kepada kamu kasih sayang dan rahmat dari Allah S.w.T.”

Ayat ini menjelaskan bahawa pasangan hidup manusia dalam rumahtangga yang dirahmati Allah, adalah di antara manusia dengan manusia.
Mengenai dakwaan adik puan yang menyatakan bahawa dia telah berkahwin dengan jin. Pada saya hal ini memang boleh berlaku pada suatu kemungkinan (possibility).
Dalam sejarah sebagai contoh, berlaku kisah Puteri Balqis, Raja Perempuan di negeri Saba’ (Yaman). Ada pendapat yang mengatakan bahawa, salah seorang daripada ibu bapanya adalah jin. Sama ada bapanya jin, ibunya manusia atau sebaliknya.
Hal ini saya dapati ada tercatat dalam Tafsir al-Qurtubi, juzuk yang kesepuluh halaman 289, ketika membuat tafsiran kepada Surah al-Isra’ ayat 64, yang menyebut firman Allah bahawasanya jin akan berusaha keras memperdayakan manusia untuk menderhaka kepada Allah dengan berbagai-bagai cara.
Mereka menggunakan seni suara (nyanyian), tentera-tentera mereka digunakan, sehingga boleh bermusyarakah bersama untuk mendapatkan harta benda dan anak-anak milik bersama manusia hasil perkongsian dengan makhluk-makhluk halus ini. Disebut di antaranya, berlakulah perkahwinan tadi (ibu bapa Puteri Balqis).
Dalam suatu hadis yang diriwayatkan oleh Aishah r.ha, Nabi pernah bersabda yang bermaksud, “Bahawasanya ada kalangan manusia ini yang akan menjadi mugharribeen, maka Aishah bertanya Nabi maksud mugharribuun itu? Maka Nabi bersabda yang bermaksud ialah mereka-mereka yang telah bermusyarakah dalam kehidupan rumahtangga dengan jin.”
Daripada rujukan ini menunjukkan bahawasanya ada kemungkinan manusia itu mengahwini jin sama seperti apa yang didakwakan. Kerana makhluk ini, seperti disebut dalam beberapa hadis, mereka boleh menyerupai dengan rupa-rupa yang diizinkan Allah kepada mereka menyerupainya. Tetapi dalam keadaan-keadaan yang amat sempit atau peluang yang mereka ada amat terhad, demi menjaga kemaslahatan anak Adam tidak terdedah dengan luas untuk ditanggung oleh makhluk-makhluk halus.
Penjelmaan mereka menjadi makhluk seperti manusia, disabitkan dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, iaitu kejadian pencurian harta zakat yang dikawal selia oleh Abu Hurairah, sehingga Abu Hurairah boleh menangkapnya dan dibawa kepada Rasulullah s.a.w untuk pendakwaan. Walaupun akhirnya jin tersebut dilepaskan tetapi Nabi telah menyatakan bahawasanya yang mencuri itu adalah syaitan.
Disabitkan juga bahawa penjelmaan jin itu wujud dalam bentuk yang jelas menyerupai manusia dalam peristiwa peperangan Badar seperti yang disebut dalam Surah al-Anfaal ayat 48 (mahfumnya):
“Dan ketika dihiasi oleh syaitan kepada mereka, tentera Islam dengan katanya kepada mereka, kamu tidak dikalahkan oleh musuhmu oleh manusia dan saya adalah jiran kepada kamu yang akan membantu dalam peperangan ini. Maka apabila kedua-dua kumpulan (Islam dengan Kafir Jahilliyah) bersemuka untuk peperangan yang berjanji untuk menolong mereka orang-orang kuffar itu telah cabut lari mengatakan saya tidak lagi boleh bersama-sama dengan kamu kerana saya dapat melihat apa yang kamu tidak boleh lihat dan saya sesungguhnya amat takut kepada Allah dan Allah itu amat dahsyat keseksaan-Nya”.
Ayat ini merujuk kepada adanya kepada satu makhluk yang menjelma sebagai manusia kununnya untuk membantu askar-askar musuh (kuffar) menentang Islam dan sabit bahawa makhluk itu bukan manusia, tetapi jelas mereka adalah syaitan.
Dengan demikian, jelaslah bahawasanya syaitan ini boleh menyerupai manusia dan dengan sendirinya boleh menjadi suami atau isteri kepada manusia.
Jawapan 2
Hukumnya adalah jelas, jumhurnya ulama sudah berijma’ bahawa hukumnya (mengahwini jin) tidak sah! Tidak boleh perkahwinan manusia dengan jin dilakukan. Melainkan ada seorang ulama yang bernama Qamuli yang menyatakan perkahwinan tersebut boleh.

Namun saya berpegang kepada pandangan jumhur ulama bahawa hukum perkahwinan tersebut adalah tidak sah, kerana ianya menyalahi dengan ayat Surah ar-Rum yang disebut di atas.
Perkahwinan antara manusia dengan jin tidak akan melahirkan ketenangan, kebahagiaan ataupun mendapat rahmat Allah SWT.
Perkahwinan yang tidak sah pada hukum syarak tidak mungkin dirahmati Allah dan tidak mendapat restu Allah. Tidak mungkin kebahagian dan ketenangan berlaku! Kita dapat merasakan jika berlaku suatu krisis rumahtangga dengan mereka (golongan jin), bagaimana rumahtangga boleh aman daripada gangguan mereka?
Malahan anak-anak yang mungkin lahir dari hubungan itu, akan menjadikan masalah kepada manusia, mereka tidak boleh bergaul dalam alam manusia dengan sanak saudara. Jika berlaku pula masalah dengan anak-anak jiran, maka ianya akan mengundang berbagai kecelakaan. Nasihat saya kepada keluarga puan, hindarilah hal-hal ini daripada berlaku. Wallahu a’lam.(HARAKAH)

Sunday, 16 June 2013

Perdana Menteri Czech Umum Letak Jawatan


    June 17, 2013
PRAGUE – Perdana Menteri Republik Czech, Petr Necas, hari ini mengumumkan akan meletak jawatan esok berikutan skandal rasuah besar-besaran membabitkan pembantu atasan beliau yang dipercayai kekasihnya.
“Saya akan meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri esok. Saya sedar tanggungjawab politik saya,” kata Necas kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah di ibu negara.
“Apabila saya meletakkan jawatan, seluruh kerajaan juga akan berundur sejajar dengan perlembagaan,” katanya.
Necas berkata, pengunduran beliau mencipta ruang kepada ahli parti untuk mencari calon di kalangan pemimpin kanan Parti Demokrat Sivik (ODS) sebagai perdana menteri baru. – AFP

Simon Cowell Dibaling Telor Oleh Seorang Wanita


    June 17, 2013
    PENGKRITIK Britain’s Got Talent, Simon Cowell dibaling beberapa biji telor oleh seorang wanita.
    Wanita itu muncul di atas pentas ketika persembahan penyanyi Opera Richard dan Adam Jonshon pada acara final rancangan realiti tersebut.
    Bagaimanapun, aksi wanita tersebut tidak menghentikan nyanyian yang diiringi orkestra dan paduan suara kumpulan koir itu.
    Simon yang menerima serangan itu dikatakan nampak tenang dan menanggalkan jaket hitamnya.
    Wanita yang akhirnya ditahan oleh pengawal tersenyum gembira dan puas dengan tindakannya itu. – mStar

    Operasi Cari Mangsa Tertimbus Dihentikan


      June 17, 2013
    GEORGETOWN – Operasi mencari dan mengesan mangsa yang dikhuatiri tertimbus dalam kejadian penebat kilat jatuh dan menghempap jalan di Jalan Macalister di sini Khamis lepas, dihentikan pada pukul 8 pagi hari ini.
    Ketua operasi Datuk Lim Kok Khong berkata keputusan itu diambil kerana pihak berkuasa bimbang operasi menggali yang berterusan akan menjejaskan struktur bangunan warisan di situ.
    “Operasi ini dihentikan terus dan lubang sedalam lapan meter yang digali itu akan ditimbus. Ini kerana kawasan ini tanahnya lembut dan berselut, menjadikannya mudah terhakis dan mendap,” katanya kepada pemberita, di sini.
    Semalam, lubang asal sedalam lima meter digali sedalam tiga meter lagi untuk mengesan penjual nasi lemak Lim Chin Aik, 44, yang dikhuatiri tertimbus di kawasan runtuhan berkenaan.
    Mengulas lanjut, Lim yang merupakan bekas Pengerusi Institut Jurutera Malaysia Pulau Pinang, berkata pihaknya akan melakukan kerja menstabilkan struktur tanah di kawasan lubang itu bagi mengelak hakisan.
    “Selepas kerja-kerja menstabilkan tanah selesai barulah pihak yang  terbabit seperti Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP), Indah Water  Konsortium (IWK), dan syarikat telekomunikasi akan menjalankan tugas  masing-masing untuk memulihkan semua kemudahan infrastruktur,” katanya.
    Dalam kejadian petang Khamis lepas, seorang lelaki maut selepas kenderaannya dihempap struktur penebat kilat di atas Menara Umno itu yang jatuh akibat ribut kencang.
    Sehari selepas itu, seorang wanita Lee Chai Song membuat laporan akan kehilangan suaminya dan khuatir lelaki berkenaan turut terbabit dalam insiden tersebut.
    Susulan itu, pihak berkuasa memulakan usaha mencari dan mengesan Chin Aik dan pada Sabtu  Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul  Rahim Hanafi mengesahkan nombor casis kereta yang ditemui terbenam di kawasan runtuhan penebat sepadan dengan kereta milik Chin Aik.
    Lewat petang semalam, pasukan mencari dan menyelamat menemui tiga tayar kereta termasuk tayar simpanan.
    Chin Aik yang memandu kereta jenis Honda City berwarna kelabu dikatakan keluar dari rumah untuk mengambil anak perempuan bongsunya dari Penang Chinese Girl’s High School di Jalan Gottlieb pada pukul 6.30 petang.
    Sementara itu, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng meminta pemilik bangunan Menara Umno agar menurunkan saki-baki struktur penebat kilat yang masih tergantung pada bangunan secepat mungkin.
    Langkah itu demi menjaga keselamatan orang ramai kerana jalan ini akan dibuka semula kepada lalu lintas dalam masa terdekat, katanya kepada pemberita semasa meninjau lokasi kejadian hari ini. – BERNAMA

    Pulau Pinang Enggan Bayar Caj Air Kepada Kedah


      June 16, 2013
    KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng membantah keputusan kerajaan Kedah untuk mengenakan caj bekalan air dari Sungai Muda ke atas kerajaan Pulau Pinang.
    Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang mendakwa caj itu tidak wajar dikenakan ke atas Pulau Pinang memandangkan Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn Bhd. (PBAPP) mengambil air mentah dari kawasan Sungai Mudah yang terletak dalam Pulau Pinang.
    “Oleh itu cadangan kerajaan Kedah untuk mengenakan caj ke atas Pulau Pinang atas air mentah terbabit tidak munasabah dan seolah-olah meminta wang (daripada Pulau PInang) tanpa sebarang sebab,” dakwanya melalui satu kenyataan hari ini.
    Justeru Guan Eng mendakwa Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Mahdzir Khalid membuat kenyataan salah mengenai isu itu dalam sebuah akhbar baru-baru ini.
    Ia kerana dakwa beliau, Kedah tidak membekalkan air mentah kepada Pulau Pinang sebaliknya air Sungai Muda itu mengalir ke Pulau Pinang secara semula jadi.
    Dakwanya air mentah Sungai Muda adalah sumber semula jadi dan bukan air yang dihasilkan secara projek seperti Skim Pertukaran Air Johor-Melaka.
    Justeru dakwanya kerajaan DAP Pulau Pinang tidak perlu membayar untuk air yang mengalir daripada sumber semula jadi yang mengalir sejak berabad-abah lamanya.
    “Pulau Pinang mengambil air mentah daripada Sungai Muda yang terletak dalam sempadan Pulau Pinang,” tegasnya.
    Beliau juga mendakwa Pulau Pinang tidak wajar membayar caj tersebut kerana negeri itu mengambil air mentah daripada sungai menggunakan kemudahan sendiri dan tidak melibatkan sebarang kos terhadap kerajaan Kedah.
    Media pada 31 Mei lalu melaporkan kerajaan Kedah tetap akan meneruskan hasrat untuk mengenakan caj bekalan air dari Sungai Muda ke atas kerajaan Pulau Pinang.
    Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga, Perumahan dan Pembangunan Insan Kedah, Badrol Hisham Hashim dipetik berkata, pihaknya serius dalam hal itu kerana tiada sebab bagi Kedah menarik balik hasrat yang pernah dikemukakan oleh Pas Kedah sebelum ini.
    “Kita akan halusi semula hal ini daripada pelbagai aspek termasuk perundangan dan sejarah,” kata Badrol Hisham.