Wednesday 8 April 2009

Hadiah Untuk Perokok Tegar.. Ikhlas dari aku...

Salam to allz...

Bila bercerita tentang rokok nih, aku jadi sedikit emosional... Aku sedih melihat para perokok-perokok sedang membunuh diri mereka.... Mereka juga sedang cuba menamatkan riwayat insan-insan di sekeliling mereka...

Biar apa Ulamak kata, PEROKOK tetap anggap merokok itu halal untuk mereka... Ya lah, bila ada perkara-perkara yang berkepentingan untuk diri mereka, maka mereka halalkanlah utuk diri mereka.... Inilah yg dikatakan matlamat menghalalkan cara... Kadang-kadang org yg bercakap tentang HALAL rokok ini adalah PEROKOK yg sering mengatakan diri mereka ini pandai Ilmu Agama.... Kalau ada org yg pertikaikan amalan 'MEMBUNUH DIRI' mereka itu, mereka akan keluarkan hujah-hujah retorik dgn bahasa Agama bagi mematahkan hujah org yg mempertikaikannya... Walaupun Majlis Fatwa Malaysia sendiri telahpun menetapkan bahawa merokok itu Haram, PEROKOK tetap menafikannya... Alah! pada mereka, Majlis Fatwa tu bukan pandai sangat Ilmu Agama...

Biasanya PEROKOK yg mempertikaikan hukum merokok itu tidak pernah melalui keperitan org yg menderita akibat asap rokok yg di hembus oleh mereka... Sebab tu mereka ni tegar dan sinis terhadap larangan merokok... Pada aku, PEROKOK yg tegar ni sebenarnya kurang ajar dan tidak menghormati org disekeliling mereka, termasuklah orang-orang lebih tua, ibu bapa, saudara dan keluarga.... Kalau dah kurang ajar dgn ibu bapa dan orang tua, DERHAKA maksudnya...

Dan, yg lebih sedih lagi, ada PEROKOK yg berhenti merokok atas niat sebab takut isteri marah, takut anak sakit atau takut duit habis! Tapi Tak ramai di antara mereka yg berhenti merokok atas NIAT KERANA ALLAH SWT..... Sebab tu lah ramai yg kembali semula kepada rokok tu... Usaha nak berenti tu tak diberkati oleh Allah... Sebabnya, tak niat dgn betul....

So, sebagai MENGHARGAI PARA PEROKOK TEGAR, AKU HADIAHKAN VIDEO ini sebagai meraikan hari kematian mereka yg bakal tiba tak lama lagi... Semoga mereka dicucuri Rahmat Ilahi.... Jangan lupa baca Yassin untuk diorang...

1 comment: