Tuesday 9 July 2013






Makkah: Pasukan keselamatan mengambil langkah tambahan bagi mengawal orang ramai dan mengelak berlakunya rempuhan di dalam Masjidil Haram sepanjang bulan puasa.

Komander pasukan khas untuk keselamatan umrah, Mejar Jeneral Saad Al-Khelaiwi turut menasihati golongan kurang upaya terutama mereka yang berkerusi roda mengelak berkunjung ke Masjidil Haram pada waktu puncak.

Menurutnya, polis tidak akan membenarkan pengguna kerusi roda memasuki masjid berkenaan ketika waktu puncak, katanya pada sidang akhbar, semalam. Dia turut menyeru penduduk Makkah agar bersolat di masjid lain bagi mengelak berlaku kesesakan di Masjidil Haram.

Saad berkata, langkah keselamatan itu dilaksanakan ekoran kekurangan ruang di kawasan tawaf kerana kerja peluasan yang mengurangkan kapasiti jemaah daripada 48,000 kepada 22,000 sejam.

“Apabila kita melihat kemungkinan berlaku sebarang bahaya akibat kesesakan di dalam Masjidil Haram, pasukan keselamatan akan diarah membawa jemaah ke kawasan kurang sesak di luar masjid,” katanya.

Perkarangan masjid boleh memuatkan lebih 250,000 jemaah. Menurutnya, kenderaan yang datang ke wilayah tengah Makkah juga akan diarah ke kawasan lain bagi mengelak kesesakan trafik.- Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/10

No comments:

Post a Comment