Thursday, 5 February 2009

PERGOLAKKAN POLITIK DI PERAK

Salam to allz...
Nampaknya, perkembangan politik di Perak terus berlarutan... Tiada mana-mana pihak yang beralah... MB tak nak letak jawatan walaupun Sultan Perak tidak perkenan bubar DUN dan suruh beliau & EXCO letak jawatan serta merta...

Kasihan pun ada pada PR ni... Tapi apa nak buat, Anwar Ibrahim sendiri yang mulakan perang lompat parti... Sekarang bila peluru yang di tabur berpatah balik kena batang hidung sendiri, dia berteriak MINTA TOLONG DARI RAKYAT PERAK YANG BIJAKSANA.... Apa cerrrrrr????? Kalu dia sendiri yang nak main wayang, pasal apa pulak takut bayang-bayang??? Entahlah Anwar... Bak kata Nabil, Lu Pikir La Sendiri..... Ini semua bukan salah MB atau Barisan Exco, tetapi salah Anwar Ibrahim sendiri... Dia yang telah merosakkan keharmonian politik yang sepatutnya RAKYAT nikmati selepas PRU 12... Anwar tak pernah berhenti berpolitik sejak Mac 2008... Aku nak petik sikit kata-kata Anwar hari ini yang disiarkan dalam http://www.malaysiakini.com/news/97614.

"Kamu (BN) bercakap tentang demokrasi, tetapi kamu tidak berani untuk berhadapan dengan rakyat."Kamu kalah di Permatang Pauh, Kuala Terengganu dan kamu takut untuk kalah lagi," "kita harus tunduk kepada kehendak rakyat"."Kita mesti bertegas dalam isu ini, kembalikan kuasa kepada rakyat, terutama dalam situasi yang tidak menentu di Perak."Cara mengugut, membeli dan melarikan Adun tidak boleh dipertahankan," tegasnya.Ditanya mengenai kemasukan Nasarudin ke dalam PKR, Anwar berkata: "Dia datang dengan rela, saya tak jemput dia, dia datang sendiri ke rumah saya dengan isterinya. Dia bersetuju untuk bersama PKR."Dia tengok BN telah rosak. Umno sudah hilang idealisme perjuangan dan rosak sebagai sebuah parti," katanya.

Aku rasa dia macam ludah ke muka sendiri aje... entah... Lu pikirlah sendiri... Masa dia berusaha sekuat upaya melobi wakil rakyat BN joint pembangkang untuk tubuh kerajaan baru, dia kata takpa kalu ada yang lompat dari BN... Rakyat dah pilih kerajaan BN di persekutuan, pasal apa pulak dia nak masuk pintu belakang???? Anwar, Anwar... Bila dah kena batang hidung sendiri, corak bahasa pun berubahlah ya.... Lu pikir lah sendiri...

BN pulak, entah apa-apa entah... BN tunjukkan KEBONGKAKKAN yang amat ketara... Rakyat dah kata diorang ni selalu belagak Bangsawan... Tapi, masih macam tu lah... Berapa banyak MR. Percent dalam UMNO???? Selalu nafi... Kata berkhidmat untuk bangsa, agama dan negara... Tapi hakikatnya, MEROMPAK PERBENDAHARAAN RAKYAT... Nafi pun tak guna... Rakyat tahu, TUHAN pun tahu... Sampai bila nak menipu??? Lu pikirlah sendiri...

Wednesday, 4 February 2009

KERAJAAN PR PERAK TUMBANG...

Salam...
Akhirnya kerajaan Pakatan Rakyat Perak yang berusia 10 bulan, TUMBANG hari ini 04 Feb 2008.... Setelah bergolak sejak 2 minggu yang lepas, Pakatan Rakyat akhirnya mengambil langkah drastik untuk meminta mandat baru dari RAKYAT Negeri Perak yang BIJAKSANA... Permainan POLITIKING yang dimainkan oleh mereka sendiri akhirnya memakan diri... Manakala BN yang dahagakan kuasa lama mereka, sedaya upaya mencari jalan berkuasa semula... KITA SAMA-SAMA LIHAT SIAPA YANG KENA!!!... Semua mereka perlu memikirkan cara baru untuk meraih sokongan RAKYAT.... Suasana politik arus semasa tidak lagi sama... GOLONGAN MUDA sudah MUAK dengan sikap BANGSAWAN pemimpin-pmimpin UMNO, dan MUAK dengan sikap BELAGAK PANDAI pemimpin-pemimpin PAKATAN RAKYAT.... Itulah orang politik yang BILA TERHANTUK BARU TENGADAH... Siapa yang berjuang IKHLAS pasti akan menang, siapa yang berjuang atas agenda KOTOR pasti akan kalah... Selamat BERPESTA PILIHANRAYA...

Tuesday, 3 February 2009

Herald Catholic - PENGHINAAN YANG MELAMPAU

SALAM to allz...
Hari ini aku nak share sket pasal KEANGKUHAN PENDAKWAH CATHOLIC... Sebagai umat Islam, kita seharusnya berganding tangan MEMBENTENG AGAMA KITA untuk Allah, Rasul, saudara, diri dan generasi kita... Aku tak perlu ulas lebih banyak tentang Herald Catholic yang ANGKUH ini.... Aku rasa artkel di bawah ini sudah cukup untuk aku bersetuju 100% dengan penulisnya, SHAMRAHAYU A. AZIZ, Pensyarah Kuliyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.... Ayuh kita sesama berganding bahu menetang musuh agama kita... Sesiapa yang memerangi Agama kita bermakna ianya memerangi diri dan saudara kita.... Buangkan perselisihan politik kerana Allah, Rasul & Islam lebih penting mengatasi segalanya... Silakan baca artikel di bawah ini...

WALAUPUN isu sensitiviti agama sering menjadi topik perbincangan, masih ada pihak yang enggan menerima hakikat bahawa masyarakat kita memerlukan pendekatan lebih teliti untuk menangani isu ini. Ia begitu rumit dan tidak mudah untuk dibicarakan. Isu penggunaan perkataan Allah dalam terbitan bukan berkaitan agama Islam adalah isu terkini yang dibincangkan. Walaupun belum ada larangan mahkamah mengenai penggunaannya, golongan ini harus faham bahawa masyarakat Islam di negara ini tidak berpuas hati dengan penggunaan perkataan 'Allah' sewenang-wenangnya. Perlu diingat, kenyataan undang-undang seperti tafsiran mahkamah bukanlah satu faktor terbaik dalam menjaga keharmonian antara agama di negara ini. Keharmonian itu lebih bergantung kepada sifat faham-memahami, menghormati serta sifat bertoleransi antara satu sama lain. Sifat memahami, menghormati dan bertoleransi ini bukan sahaja daripada aspek hubungan politik atau ekonomi, malah merangkumi sosial termasuk membabitkan antara agama. Mungkin ramai yang menganggap sifat toleransi ini hanya mudah disebut di bibir, namun langkah sebenar mengamalkannya amat payah untuk dilakukan. Namun kita percaya, sifat-sifat tersebut telah lama wujud dalam masyarakat Malaysia. Sifat-sifat itu menjadi penyumbang utama kepada kesejahteraan negara. Ia juga telah membawa Malaysia ke arah kecemerlangan dan kestabilan.

Setelah berjaya mengharungi pelbagai cubaan dan kepayahan untuk mengekalkan hubungan antara kaum dan agama, masyarakat seharusnya bertanggungjawab untuk tidak membuat sesuatu yang boleh memusnahkannya. Menjadi tanggungjawab setiap ahli masyarakat untuk memastikan hubungan sosial kekal sempurna. Tanggungjawab itu termasuklah menghormati kepercayaan agama orang lain. Perbuatan dengan cara perbuatan lahiriah atau penulisan perlulah sentiasa menghormati perasaan terutamanya sentimen keagamaan semua anggota masyarakat.

Seperti yang dimaklumi, agama adalah antara perkara sensitif. Semua anggota masyarakat harus sedar bahawa setiap ajaran agama mempunyai teras-teras tertentu yang tidak boleh dilunturkan. Ini kerana agama itu sendiri mempunyai ikatan tertentu yang mungkin tidak boleh difahami oleh pengikut agama lain. Kita telah melihat pengalaman dunia yang mana peperangan malah penghapusan etnik berlaku atas alasan persengketaan agama. Realiti mengenai peri penting kestabilan sosial, terutamanya dalam perkara berkaitan agama ini harus ditanam dalam fikrah setiap ahli masyarakat.

Daripada segi undang-undang, Perlembagaan Persekutuan mengiktiraf Islam sebagai agama bagi negara ini di dalam peruntukan Perkara 3(1). Perkara itu turut menjamin kedudukan agama lain dengan formula "aman dan damai". "Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan". Formula "aman dan damai" ini belum pernah ditafsir oleh mahkamah. Namun, daripada segi amalan, agama selain Islam tidak boleh diamalkan sekiranya ia mengganggu dan menggugat keadaan "aman dan damai" masyarakat negara ini. Bahagian kedua Perkara 3(1) ini juga memberi pengertian bahawa, keharmonian dan toleransi antara agama perlu dititikberatkan supaya tidak menggugat kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara.

Oleh itu, penggunaan perkataan 'Allah' oleh Herald Catholic boleh ditafsirkan sebagai menggugat kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara ini. Ia juga boleh mencemar formula "aman dan damai" yang dimaktubkan di dalam Perlembagaan Persekutuan. Merujuk kepada isu penggunaan perkataan 'Allah', kita perlu melihat aspek baik dan buruk hubungan antara penganut agama dalam formula 'aman dan damai' itu. Undang-undang, pada banyak ketika, tidak dapat menjadi penyelesaian kepada semua masalah terutama yang melibatkan emosi atau sensitiviti. Contoh yang mudah, adakah kebenaran mahkamah untuk membenarkan suami berkahwin dengan isteri kedua dapat mengubat atau menjadi penawar kepada emosi isteri pertama yang amat terluka dengan tindakan suaminya? Paling baik pun, setelah terpaksa menerima keputusan mahkamah tersebut, isteri pertama harus meneruskan hidup bermadu dengan tangisan di dalam hatinya. Ini dikatakan formula 'rela dalam paksa.' Formula 'rela dalam paksa' ini sudah pasti tidak akan menjamin kebahagiaan akan kekal lama. Begitulah juga gambaran yang dapat dibuat mengenai kesan daripada penggunaan perkataan 'Allah' oleh Herald Catholic.

Selain Perlembagaan, undang-undang mengenai pengharaman penggunaan perkataan-perkataan yang suci dalam agama Islam telah lama wujud di dalam undang-undang di negeri-negeri. Ia termaktub dalam peruntukan undang-undang berkaitan kawalan dan sekatan penyebaran agama bukan Islam di kalangan orang Islam yang selari dengan peruntukan Perkara 11 (4) Perlembagaan Persekutuan. Undang-undang ini adalah sebahagian daripada segmen perjanjian sosial antara kaum dan agama sewaktu proses mencapai kemerdekaan. Namun begitu, penguatkuasaan undang-undang tersebut masih belum begitu terserlah. Undang-undang dan penguatkuasaannya mungkin bukanlah jalan terbaik atau jalan utama untuk menjamin keharmonian antara agama di negara kita, namun mempunyai undang-undang yang lengkap dan penguatkuasaan yang proaktif boleh mengawal selia hubungan baik antara agama.
Sesungguhnya, sifat faham-memahami berhubung kepercayaan agama, adat resam dan keperluan setiap golongan masyarakat adalah jalan terbaik untuk mencapai keharmonian di negara ini. Sifat toleransi, seperti yang disebut adalah juga formula yang bergandingan dengan sifat faham-memahami antara satu sama lain. Sifat ini harus wujud dalam setiap jiwa dan raga rakyat.

BOLA SEPAK MALAYSIA

Salam to allz...
Hari ni aku saja nak komen sket pasal SUKAN BOLA SEPAK di Malaysia... Setelah melihat kemelut FAM dan pasukan kebangsaan, aku membuat kesimpulan bahawa... FAM perlukan jawatankuasa yang bebas dari pengaruh politik... Serius, perkara ini perlu di perbetulkan... Orang politik telah mempolitikkan sukan bola sepak di Malaysia... Bukan bola sepak sahaja, sukan lain pun turut terlibat sama... Benar seperti beberapa cadangan dari bekas-bekas pemain bola sepak semalam, FAM perlukan orang yang memang terlibat langsung dalam sukan itu, bukan orang yang hanya MENEMPEL MUKA mahu mendapatkan publisiti untuk kepentingan diri sendiri... Mereka ini orang yang hipoktit dan telah menggadaikan maruah sukan negara di arena sukan antarabangsa.... Nasib baiklah ada Nicol David yang terus komited terhadap tanggungjawabnya... Itu pun, jika persatuan sukan Squash alpa dan leka dengan publisiti dan kemewahan tajaan yang diperolehi, tak mustahil sukan itu turut akan menerima aib yang buruk seperti sukan bola sepak suatu hari nanti..... Beberapa ahli jawatankuasa FAM yang terlibat secara langsung dalam arena politik tanahair perlu berundur segera demi kemajuan sukan itu di Malaysia.... Jangan lagi menganggap diri mereka adalah tangan-tangan AJIAB yang boleh membawa kemakmuran kepada persatuan tersebut.... AMAT JELAS SEKALI, bukan kemakmuran yang mereka bawa, tetapi mereka ini MEMBAWA MALANG DAN AIB yang tidak berkesudahan.... Kekalahan demi kekalahan pasukan kebangsaan bukan disebabkan oleh kegagalan jurulatih dan pengurusnya sahaja, tetapi tangan-tangan AJAIB inilah yang sebenarnya penyumbang terbesar kekalahan-kekalahan tersebut... Mereka sepatutnya berasa malu kerana ianya salah mereka.... Bak kata pakcik-pakcik di warung-warung kopi, CAKAP BANYAK TAPI HABUK PUN TARAK!!! Perubahan sebenar bukannya menukarkan senarai pemain, tetapi menukarkan MUKA-MUKA TEMPELAN dalam FAM yang sebenarnya BUAT-BUAT SIBUK DAN PANDAI... Tapi yang ADOOO... Saya kagum dengan keikhlasan Tuanku Sultan Ahmad Shah... Saya rasa Baginda pun tahu tentang pengaruh politik dalam sukan bola sepak ini... Namun kuasa demokrasi dalam pemilihan bukannya dipengaruhi oleh Baginda... Orang-orang berkepentingan politik inilah yang sibuk melobi calon-calon pilihan mereka. Mungkin dahulu orang politik diperlukan untuk tolong melobi tajaan-tajaan badan korporat, tetapi kini situasi sudah berubah, Rakyat dan Badan Korporat sudah MUAK dengan sikap serampang dua mata mereka... Ada yang kata mereka ini menjadikan badan sukan sebagai lubuk utama DANA POLITIK mereka... Kalaulah benar, TERSANGAT MALANGLAH ARENA SUKAN NEGARA... Tapi, Allah sahaja yang benar-benar mengetahui apa yang telah mereka lakukan... Cuma mereka perlu tahu yang PEMINAT sukan sudah MUAK dengan mereka... Berundurlah sebelum TUHAN tunjukkan KEKUASAANNYA.... Jangan anggap tiada MATA yang memerhatikan mereka... Wassalam...

Sunday, 1 February 2009

Wonderful Videos

Salam guys..
Let share interesting videos.....

KLIA East



Salam guys...
Some of u maybe concerns about Air Asia plan to build KLIA East at Labu, Nogori Sombilan... For me, no matter thousand justifications given by its CEO's, Mr Tony, i can't accept it....
Its ridicules!!! What kind of Malaysian he is?? He feels that his company is more important than RAKYAT? He is brilliant, idealist and impressive person, but we can't accept this CAPITALISM plan in our local economy... he can play major role at any country that doesn’t border about their RAKYAT!! Not in Malaysia... Yes, this new airport may bring thousand job opportunities to Malaysian. BUT, if there is good collaborations between Air Asia and Malaysia Airport Berhad, it will bring the same opportunities to Malaysian. It just problems between Air Asia and MAB…. Why should u put this country into a wrong condition? This idea just like Mr Tony wants to give pressures to government to give Air Asia a pleasant place in local industry..... I agreed with Khazanah Nasional.... Reject this bad idea... Air Asia should hear people voices as well...

Here I would like to share with u an article in Utusan Malaysia today, wrote by Ainul Asniera Ahsan.


Kewajaran LCCT dikekalkan di KLIA
Meskipun AirAsia memerlukan Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) baru di Labu, Negeri Sembilan untuk menampung 15 juta penumpang menjelang 2010 namun ia masih tidak cukup kuat untuk syarikat penerbangan tambang murah itu meraih sokongan daripada kerajaan. Pelbagai dakwaan kerasnya terhadap Malaysia Airports Holdings Bhd. (MAHB), seperti lambat respons terhadap pertumbuhan pesat penumpang AirAsia, juga nampaknya tidak mampu menangkis kritikan demi kritikan yang dilemparkan sehingga hari ini. Malah, pada Jumaat lalu, kerajaan menolak cadangan syarikat penerbangan tambang murah itu untuk membina terminal baru yang dikenali KLIA East yang menelan belanja sebanyak RM1.6 bilion. Bagaimanapun, AirAsia tidak pulang dengan tangan kosong apabila syarikat penerbangan tambang murah itu dilaporkan berjaya memperoleh beberapa konsesi. Selain itu, AirAsia juga berjaya mendapat jaminan mengenai caj dan cukai lapangan terbang lebih rendah dan syarikat penerbangan itu akan berunding dengan MAHB mengenainya dan dibenarkan memberi input mengenai spesifikasi LCCT. Mengulas mengenai perkembangan cadangan pembinaan KLIA East, tokoh ekonomi negara, Tan Sri Ramon Navaratnam berkata, walaupun kerajaan perlu memberi fokus kepada pelaksanaan projek impak tinggi untuk merangsang ekonomi tetapi ia bukan untuk projek KLIA East. Menurut Navaratnam, Pelan Induk Lapangan Terbang (PILT) merupakan pelan yang terbaik pernah dilahirkan oleh Malaysia untuk menjadikan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebagai hab penerbangan utama negara. Oleh itu, prosedur PILT perlu dipatuhi kerana ia adalah untuk kepentingan rakyat Malaysia pada jangka masa panjang. ''PILT dibuat bukan dalam masa setahun atau enam bulan sebaliknya memakan masa bertahun-tahun, jadi saya tidak nampak rasional untuk mengadakan satu LCCT yang bukan di dalam lingkungan KLIA,'' katanya kepada Utusan Malaysia. Orang awam yang tidak ketinggalan membicarakan isu itu di warung-warung turut mempersoalkan mampukah Sime Darby Bhd. (Sime Darby) menanggung kos pembinaan KLIA East sebanyak RM1.6 bilion?. Apabila difikirkan semula, kenyataan-kenyataan itu memang ada kebenarannya meskipun persoalan tersebut dicetuskan daripada borak-borak kosong di warung-warung tepi jalan. Sebagai antara syarikat utama yang menjana pendapatan untuk Permodalan Nasional Bhd. (PNB), mungkinkah tindakannya untuk melaksanakan projek itu akan menjejaskan tanggungjawabnya kepada firma pelaburan negara tersebut?. Kebarangkalian memang ada kerana masakan AirAsia berkemampuan untuk membayar kos pembinaan KLIA East itu secara tunai. Apakah akan terjadi kepada nasib pelaburan bagi 6.56 juta pelabur Amanah Saham Bumiputera (ASB) yang rata-rata dimiliki oleh golongan bumiputera?. Lagipun dalam keadaan sekarang, masih adakah institusi kewangan yang berani untuk mengeluarkan wang sebanyak itu? Ia kerana, paling tidak tempoh pembayaran semula projek pembinaan KLIA East pasti melibatkan tempoh jangka sederhana dan panjang. Satu lagi persoalan benarkah KLIA East itu akan dibiayai atas inisiatif swasta (PFI). Perlu difahami bahawa PFI dalam istilah ekonomi adalah projek yang dibiayai sepenuhnya oleh swasta tetapi di Malaysia amalan itu tidak berlaku seperti itu. Di Malaysia, amalan PFI digunakan dalam dua keadaan iaitu pertama, PFI dapat memudahkan pelaksanaan projek kerajaan dengan lebih cekap dengan mengimbangi perkongsian risiko dan ganjaran antara kerajaan dengan pihak swasta. Kedua, PFI boleh digunakan dengan kerajaan memberi bantuan untuk meningkatkan daya maju projek sektor swasta yang dikategorikan sebagai strategik atau dalam bidang yang dipromosikan. Jadi, yang mana satu pilihan AirAsia? Sama ada yang pertama atau kedua nampaknya kerajaan masih perlu membuat pelaburan dalam projek tersebut. Untuk lebih terperinci lagi, kita boleh mengambil contoh projek pembangunan Putrajaya. Ia adalah PFI yang dibangunkan oleh Petroliam Nasional Bhd. (Petronas). Walaupun Putrajaya kini sudah berusia lebih 12 tahun tetapi sehingga sekarang kerajaan masih melakukan pembayaran untuk projek tersebut. Justeru, memang wajarlah kerajaan menimbangkan semula cadangan kelulusan KLIA East supaya keputusan akhir berhubung projek itu tidak menimbulkan tanda tanya kepada rakyat. Daripada membiayai projek yang hanya menguntungkan pihak tertentu sahaja, adalah lebih baik sekiranya kerajaan membuat pelaburan yang menguntungkannya seperti menggantikan sistem radar penerbangan antarabangsa yang kini sudah melewati usia lebih 15 tahun. Bukankah itu lebih baik untuk menjaga keselamatan tanah air!
Lebih penting dan utama, sistem penerbangan negara tidak perlu bergantung kepada Singapura lagi.

Singapore - Entertainment City

Salam guys....
I love to share with u about entertainment city.... SINGAPORE.. I had been there on 21 December 2008 with my boss Mr Salihin, Cikgu Ali, Hafiz, Aizat and Said (Officemate)...

When i arrived there, i realized something about the city = modern and clean city... I hope KL also like that, but.... ermm... Singapore's nights never ending... Thousand peoples walking around the city like they never feel tired or sleepy.... A lot of shopping centers and street showcase along Orchard road...

Actually we went there buy bus from Larkin Bus Station, JB... Fare only RM2++ per person if i'm not mistaken... I'm surprised when we arrived at CIQ - Immigration Centre.... It huge and nice building.... But, it’s hard to walk bypass the immigration centre... i feel tired...

Oklah... lets share a few photos taken by Cikgu Ali... Have a look