Tuesday 3 February 2009

BOLA SEPAK MALAYSIA

Salam to allz...
Hari ni aku saja nak komen sket pasal SUKAN BOLA SEPAK di Malaysia... Setelah melihat kemelut FAM dan pasukan kebangsaan, aku membuat kesimpulan bahawa... FAM perlukan jawatankuasa yang bebas dari pengaruh politik... Serius, perkara ini perlu di perbetulkan... Orang politik telah mempolitikkan sukan bola sepak di Malaysia... Bukan bola sepak sahaja, sukan lain pun turut terlibat sama... Benar seperti beberapa cadangan dari bekas-bekas pemain bola sepak semalam, FAM perlukan orang yang memang terlibat langsung dalam sukan itu, bukan orang yang hanya MENEMPEL MUKA mahu mendapatkan publisiti untuk kepentingan diri sendiri... Mereka ini orang yang hipoktit dan telah menggadaikan maruah sukan negara di arena sukan antarabangsa.... Nasib baiklah ada Nicol David yang terus komited terhadap tanggungjawabnya... Itu pun, jika persatuan sukan Squash alpa dan leka dengan publisiti dan kemewahan tajaan yang diperolehi, tak mustahil sukan itu turut akan menerima aib yang buruk seperti sukan bola sepak suatu hari nanti..... Beberapa ahli jawatankuasa FAM yang terlibat secara langsung dalam arena politik tanahair perlu berundur segera demi kemajuan sukan itu di Malaysia.... Jangan lagi menganggap diri mereka adalah tangan-tangan AJIAB yang boleh membawa kemakmuran kepada persatuan tersebut.... AMAT JELAS SEKALI, bukan kemakmuran yang mereka bawa, tetapi mereka ini MEMBAWA MALANG DAN AIB yang tidak berkesudahan.... Kekalahan demi kekalahan pasukan kebangsaan bukan disebabkan oleh kegagalan jurulatih dan pengurusnya sahaja, tetapi tangan-tangan AJAIB inilah yang sebenarnya penyumbang terbesar kekalahan-kekalahan tersebut... Mereka sepatutnya berasa malu kerana ianya salah mereka.... Bak kata pakcik-pakcik di warung-warung kopi, CAKAP BANYAK TAPI HABUK PUN TARAK!!! Perubahan sebenar bukannya menukarkan senarai pemain, tetapi menukarkan MUKA-MUKA TEMPELAN dalam FAM yang sebenarnya BUAT-BUAT SIBUK DAN PANDAI... Tapi yang ADOOO... Saya kagum dengan keikhlasan Tuanku Sultan Ahmad Shah... Saya rasa Baginda pun tahu tentang pengaruh politik dalam sukan bola sepak ini... Namun kuasa demokrasi dalam pemilihan bukannya dipengaruhi oleh Baginda... Orang-orang berkepentingan politik inilah yang sibuk melobi calon-calon pilihan mereka. Mungkin dahulu orang politik diperlukan untuk tolong melobi tajaan-tajaan badan korporat, tetapi kini situasi sudah berubah, Rakyat dan Badan Korporat sudah MUAK dengan sikap serampang dua mata mereka... Ada yang kata mereka ini menjadikan badan sukan sebagai lubuk utama DANA POLITIK mereka... Kalaulah benar, TERSANGAT MALANGLAH ARENA SUKAN NEGARA... Tapi, Allah sahaja yang benar-benar mengetahui apa yang telah mereka lakukan... Cuma mereka perlu tahu yang PEMINAT sukan sudah MUAK dengan mereka... Berundurlah sebelum TUHAN tunjukkan KEKUASAANNYA.... Jangan anggap tiada MATA yang memerhatikan mereka... Wassalam...

2 comments:

  1. macam lah hang tau main bola....hehehehhe

    ReplyDelete
  2. Depa kalau pasal Herald Chatolic tu depa tak mau komen lah no... Depa yang untuk sokong Islam depa tak pandang pun...

    ReplyDelete