Friday, 3 April 2009
Never Light Candles in an Air-con Room
Be careful if you lighted an aromatheraputic candle in a room with air-conditioning on and all windows closed.
Due to lack of oxygen in the room, the burning of the candle cannot fully oxidized & thus forming dangerous carbon monoxide.
Carbon monoxide will prevent oxygen exchange in the lungs, resulting the person dozing off to state of unconsciousness & eventually death in less than 1 hour, depending on the room size..
Be aware of such danger when lighting aromatheraputic candles in any unventilated rooms.
MENGHARGAI DAN DIHARGAI...
Semalam 4hb April 2009, hari kemuncak kepada kebekuan fikiran aku... Semuannya kesan bebanan kerja, assignments, kelas, mid exam, gastrik & other things.... Aku rasa otak aku mcm nak pecah.... Aku jadi hilang fokus & letih!
Ada kawan yg perasan tentang mood aku smlm & they said that evebody faced the same presure... Sory dear. u wrong! almost but not the same... Semua org bekerja, tapi beban kita tetap tak sama... Dalam otak aku ni dah berselirat... Aku dah hilang arah tak tau nak dahulukan yg mana satu... Plan dan di buat, tapi fokus hilang tiba-tiba... Some others said thats the kind of 'mental block'. I dont know....
Dalam hal ni tiada org lain yg salah... cuma diorg jd sebahagian dr cerita 'kepadatan otak' ini saja... Orang pernah berkata, kalu terjadi 'mental block', kita kena cr seseorg yg memahami utk di luahkan.... So, aku pun call lah Kak Zetty... Buat baik dibalas baik ya Kak Zetty.... hahaha... Pastu aku call Kak Ana.... Sama gak, Budi yg baik dikenang jua... hahha... Diorg ni kakak-kakak aku yg sangat memahami keperluan org seperti aku... Sebabnya, bebanan hidup diorg lebih hebat dan besar dari apa yg aku alami... Panduan dan tunjuk ajar diorg boleh me'neutral'kan 'kepadatan otak' aku.... Macam curah air panas atas ais batu... cair...
Tapi yang paling baik adalah kembali pd Allah Yang Satu. Kita ni tak terlepas dr dosa... Aku ni sangat lemah emosinya.... Aku anggap apa yg berlaku ini adalah sebahagian pembalasan Tuhan pada aku yg byk dosa ni.... Sebahagian bermaksud, pembalasan di dunia shj. Di Akhirat ada sebahagian lagi... Semoga tuhan mengampuni hamba-Nya yg lemah ini... Amin...
Dalam hidup ini takkan ada kesempurnaan.... Walaubagaimana kita plan sekalipun.. Jangan kita bebankan diri kita demi untuk menuntut sebuah 'KESEMPURNAAN'.... Sebabnya, kita sendiri yg akan tertekan... Lepas tu kita akan mula menyalahkan org lain pulak sebab tak memberikan kesempurnaan yg kita kehendaki... Ambil yg paling hampir kepada suatu tahap kesempurnaan yg boleh kita hampiri sahaja.... Jika sudah tiada daya, jangan dipaksa diri, kerana jika terbabas, kita juga yg merana... Kita juga yg rasa hilang upaya.... Agak-agak lah ya...
Setelah menjalani hidup ini selama hampir 27 tahun, aku sudah pernah rasa pelbagai tindak balas manusia terhadap diri aku... Samada yg tindak balas yg baik atau yg buruk... Semuanya ada sebab musababnya.... Yang penting kita jangan leka jika ianya tindak balas yg baik.... Kerana yg baik itu akan bertukar buruk jika kita alpa... Dan yg buruk itu sangat susah utk ditukar kepada yg baik... Tekanan akan datang disebabkan kelekaan kita sendiri...
Aku cuma ada seorg ibu, 3 org abang dan 2 org adik.... Aku sayang diorg semua... Aku taknak kejayaan utk aku sorg... Tapi aku nak kami semua berjaya di dunia dan akhirat... Semoga Allah memberkati niat & azam hati aku ini.....
Thursday, 2 April 2009
SELAMAT BERSARA PERDANA MENTERI MALAYSIA KE-5
Assalamualaikum dan selamat sejahtera... Perjalanan Y.A.B Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-5 sudah sampai ke destinasinya. Alhamdulillah, saya sebagai rakyat Malaysia sentiasa berbangga kerana pernah mempunyai Perdana Menteri seperti beliau, begitu juga dengan semua mantan Perdana Menteri Malaysia yang lalu. Setiap dari mereka telah membawa banyak perubahan kepada rakyat dari pelbagai sudut perubahan yang berbeza.
Walaupun kepimpinan Y.A.B Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sering dikritik terutamanya dari Tun Dr Mahathir, saya tetap segar menyokong beliau sebagai rakyat yang menghormati pemimpin. Bukan mudah untuk melakukan perubahan yang memenuhi kehendak semua, kerana usaha mentadbir manusia bukanlah kerja senang waima dalam kelompok kecil sekalipun. Pelbagai ragam dan pola pemikiran yang bebeza dari pandangan masing-masing. Semua itu menuntut masa apatah lagi pemikiran rakyat sudah dibentuk dengan corak yang sama selama 21 tahun pemerintahan hebat Tun Dr Mahathir.
Saya amat mengormati dan menyayangi Y.A.B
Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan tetap mengagumi Tun. Kedua-dua mereka mempunyai rekod kejayaan masing-masing. Kita salah jika membandingkan rekod tersebut kerana Tun memerintah selama 21 tahun manakala Pak Lah hanya memerintah hampir 6 tahun sahaja. Pembentukan sesebuah rekod kejayaan dalam pembinaan negara bangsa bukanlah sesingkat itu. Apatah lagi, tempoh Pak Lah penuh dengan perubahan arus global yang sedikit sebanyak mempengaruhi keperluan semasa kita semua. Keputusan tidak popular seperti menaikan harga minyak, penyusunan tadbir urus korporat bagi GLC, pembatalan projek-projek mega dan sebagainya, adalah bagi memenuhi tuntutan semasa dan atas dasar kepentingan semua generasi akan datang.Tetapi malangnya, objektif baik dari keputusan Pak Lah tersebut tidak diselidiki dan diadili dengan jujur. Sebaliknya ianya telah dipergunakan oleh musuh-musuh dalam selimut untuk menjatuhkan beliau. Semua ini tidak lain hanya atas tujuan yang terang, iaitu ’MENDAPATKAN KUASA-KUASA POLITIK’.
Pada saya, kita kerugian kerana menolak pemimpin berjiwa besar dan luhur seperti Pak Lah. Beliau telah merubah kedudukan ekonomi rakyat di kawasan luar bandar, sama seperti apa yang telah dilakukan oleh Tun Abdul Razak. Impak kejayaan besar ini sudah kelihatan jelas. Sektor tani dan penternakan telah merubah corak ekonomi masyarakat luar bandar. Malahan, terdapat di antara masyarakat bandar serta korporat-korporat besar yang turut sama membuat pelaburan dalam sektor ini.
Pak Lah juga berjaya dalam misinya memberikan kebebasan bersuara kepada rakyat walaupun tidak secara mutlak. Akhbar dan media telah mula memberikan berita yang nampak adil kepada rakyat terutamanya dari sudut politik. Ada sedikit keseimbangan dalam laporannya dan telah disenangi oleh banyak pihak. Walaupun kebebasan suara rakyat ini dikatakan di antara punca yang merosakkan populariti kerajaan, namun inilah caranya Pak Lah dan kerajaan dapat menilai pendapat rakyat secara terus, bukannya dari laporan-laporan agensi kerajaan sahaja.
Selain itu, era Pak Lah juga merupakan era permulaan bagi pemimpin-pemimpin muda kerana, iktibar Pilihanraya ke-12 lalu telah menyatakan bahawa rakyat secara total menolak pemimpin-pemimpin vateran yang retorik seperti Datuk Seri S Samy Vellu (Presiden MIC) dan ramai lagi tokoh-tokoh politik vateran yang terus ’menongkat langit’ ini. Isyarat perubahan tersebut juga telah diterjemahkan di dalam Pemilihan Agung UMNO yang baru berlangsung baru-baru ini. Pemimpin-pemimpin muda seperti Datuk Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussin, Datuk Seri Shafie Afdal, Saudara Khairi Jamaludin dan Datuk Mukriz Tun Mahathir adalah suara baru dalam pola politik negara yang muda dan segar. Pengharapan Rakyat kepada pemimpin muda ini sudah jelas dan mereka haruslah menurut arus kehendak rakyat juga dengan membina peribadi luhur dan hapuskan politiking yang berlebihan. Akan tetapi, mereka ini haruslah juga sentiasa menunjukkan penghormatan kepada pemimpin-pemimpin vateran yang berjasa. Ibarat menarik rambut di dalam tepung, rambut tak putus, tepung juga tidak berterabur.
Saya mengucapkan SELAMAT BERSARA kepada Y.A.B Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, pemimpin yang tenang dan luhur. Saya yakin Allah akan memberikan ketenangan jiwa yang mutlak kepada Datuk Seri dan isteri. Tiada lagi bebanan yang besar untuk Datuk Seri. Yang pasti, sebuah sejarah baru akan terpahat dalam pustaka negara dan Datuk Seri adalah pengarang barunya.
Pengharapan saya agar setiap dari kita dapat menilai sebuah kejayaan dari sudut yang kolektif, bukan hanya melalui persepsi, emosi dan cerita sensasi.
Terima kasih.
Tuesday, 24 March 2009
Nur Muhammad S.A.W
My dear friends... Dah lama rasanya tak berkesempatan menulis di sini... Aku terlalu sibuk dengan kerja yang sentiasa bertambah... Tapi pagi yang mulia ini, aku dapat dua email yang menarik, dikirimkan oleh seorang teman yang mulia, Insyallah...
Let share this video.. U will surprise with this! Allah shows how He love this Perfect Man, Muhammad S.A.W. That why we should Thanks (Syukur) to Allah. We part of Ummah.
Thursday, 12 March 2009
Nasi Lemak Antarabangsa vs Nasi Lemak Makcik Sri Gombak
Assalamualaikum & Salam Sejahtera...
Aku pilih satu tempat yg agak lapang sket dlm restoran tu. Bila duduk je, terus awek jaga kedai tu bg senarai menu... Fening gak tgk. Mcm byk pilihan je... Aku pun pilih la nasik lemak standard...Setelah agak lama menunggu ( sbb kedai br bukak, org dah ramai),
aku pun dpt la pesanan aku tu... 1st time aku tgk je hidangan depan mata, terus hilang selera aku!... Tu belum lagi lepas aku mula menjamah hidangan tu.. Malang sekali bagi kita semua penggemar nasik lemak... Apa yg disediakan langsung tidak memenuhi standard ANTARABANGSA...Biar aku cerita sket. Aku bukanlah penilai masakan yg professional. Aku cuma org biasa dan bujang yang suka makan kat luar. Aku dah pernah makan di banyak tempat dgn pelbagai hidangan. Dari gerai-gerai kecil sampailah ke hotel bertaraf 5star. Tapi.... Restoran
NASI LEMAK ANTARABANGSA ni memang indah khabar saja. Kualiti hidangan langsung tidak dijaga. Nasi, ikan bilis, telur, sambal, rendang ayam semuanya serba tak kena samada dr segi kualiti, rasa dan daya tarikan. Korg patut rasa sendiri lah kot.. Ikan keras macam batu dan nampak murah sgt... sambal pahit semacam.... Tapi bab harga nasi lemak diorg memang standard ANTARABANGSA. Hairan betul! Pada aku, cukuplah sekali tu aku singgah ke kedai NASI LEMAK ANTARABANGSA.... Mungkin nanti bila dah takde tempat makan yg lain, baru lah aku singgah kat situ semula.Dalam kawasan kejiranan aku di Sri Gombak, terdapat satu gerai nasi lemak yg memang terkenal di situ. Gerai ini hanya di buka dari jam 7.30pg sampai 10pg. Tapi biasanya gerai mak Nurul (Nurul tu anak Dara Makcik yg jual Nasi Lemak ni) ni mmg tutup awal sebab sangat laris dan habis cepat. Kalu sampai lambat mmg tak dapat merasalah... Terutamanya weekend. Rasa dan kualiti masakan makcik ni memang bertaraf ANTARABANGSA yg sebenar... Lauk-lauk yg disediakan juga sangat sedap. Lagi satu, nasi lemak makcik ni memang tak bleh oder melalui tel. Memang dia tak layan. Kecuali dalam kuantiti sekurang-kurangnya setong nasi dia. Sebabnya, org yg beratur utk beli sangat ramai.... Aku rasa kalau makcik ni buka kedai, dah lama dia jadi kaya... Sangat kaya.... Gerai-gerai lain kat sebelah dia mcm takde org singgah aje.. ermm... Cubalah korg tgk sendiri...
Monday, 9 March 2009
Maulidur Rasul, 12 Rabiul Awal 1430h
Kepada yg mengambil tahu tentang Hari Kebesaran Islam, pastinya akan tahu bahawa hari ini adalah Hari Ulang Tahun Kelahiran dan Kewafatan Baginda Rasulullah S.A.W.... Aku tersentuh dengan cerita-cerita perjuangan Rasulullah yg aku baca dalam buku berjudul BIOGRAFI MUHAMMAD BIN ABDULLAH-Perjalanan Hidup Seorang Nabi, karya Zulkifli Mohd Yusoff dan Noor Naemah Abd.Rahman, terbitan PTS Islamika. Walaupun dalam buku terbut cuma cerita-cerita ringkas mengenai kehidupan Baginda S.A.W., namun aku cukup teruja dgn keindahan peribadi Rasulullah sebagai manusia biasa seperti kita. Baginda mencantikkan lagi akhlak kemanusiaannya walaupun beliau diangkat menjadi Nabi dan Rasul yang Agung.
Sesiapa yang mengkaji sejarah kehidupan Manusia Agung ini secara ikhlas, pasti akan menilai Baginda secara tulus. Manakala sesiapa yg mengkaji kehidupan Baginda secara sinikal dan penuh agenda cilik, pasti akan menjadi manusia paling hipokrit di dunia. Mana mungkin kehebatan dan keagungan Baginda boleh diselindungkan? Kalau tidak hebat, masakan Taurat, Zabur dan Injil sendiri menceritakan tentang kebangkitan Rasul Akhir Zaman ini? Setelah lebih seribu empat ratus tahun kewafatan Baginda, adakah wujud walau sedikit kekurangan dalam ingatan umat manusia di seluruh dunia terhadap Baginda? Siapa yg tidak mengenali Rasul Agung ini? Baik Yahudi, Kristian, Budha mahupun Hindu, semuanya tahu dengan jelas siapa MUHAMMAD BIN ABDULLAH. Walaupun Baginda sudah tiada di alam kehidupan masa kini secara fizikalnnya, namun musuh-musuh Islam tetap takut dan gusar dengan Kitab Al Quran, Waris (Ummat) dan Ajaran yang ditinggalkan oleh Baginda S.A.W...
Itulah bukti ke-Agungan Baginda S.A.W... Siapa yg paling berjaya menakhluk alam ini dengan aman, adil, dan penuh nilai-nilai kemanusiaan? Tiada tolok bandingnya Baginda dengan mana-mana tokoh manusia lain yg dikatakan hebat seperti Alexender The Great, Hurcules, Gangesh Khan, Firaun dan banyak lagi yg pernah wujud dalam sejarah kehidupan manusia di muka bumi ini. Baginda terlalu hebat! Sehingga saat nyawa Baginda di penghujung, Baginda masih mengingati kita semua iaitu UMMAT BAGINDA. Pernahkah kita sebagai ummat, meletakkan Baginda sebagai MANUSIA YANG PALING BERJASA DALAM HIDUP KITA? Fikir-fikirkanlah.
Aku petik sedikit dari artikel yang aku perolehi dari Utusan Malaysia hari ini. Sila baca di bawah:-
1) ANNIE Besat di dalam bukunya, The Life and Teachings of Muhammad berkata: “Seseorang yang mengkaji kehidupan beliau dan sifat nabi dari bumi Arab ini dan tahu mengenai ajaran dan cara hidupnya, pasti memberikan penghormatan kepada nabi yang agung ini. “Manusia yang ganas dapat beliau lembutkan, insan yang tertindas berjaya dimerdekakan dan manusia padang pasir yang tidak pernah dikenali akhirnya mampu meruntuhkan empayar Rom dan Parsi. Beliau juga berjaya menggantikan cara hidup sesat yang jahiliah kepada tamadun unggul yang saintifik.”
2) GEORGE Bernard Shaw, ahli falsafah berbangsa Inggeris yang berpengaruh berkata di dalam buku Letter to Najmi Sahib of Cyprus: “Secara terancang, orang-orang Kristian dan pendakwahnya memberi gambaran hodoh mengenai Islam dan rasulnya. “Saya sempat mengkaji Islam dan rasulnya bersungguh-sungguh sebagai pengkaji sejarah dan pengkritik. Saya dapati, Muhammad memang manusia yang agung, malah beliau adalah penyelamat bagi manusia yang sedang menderita sakit tenat.”
3) BUKU The 100: A Ranking of the Most Influential Persons in History karangan Michael H. Hart, seorang ahli sejarah, pakar matematik dan astronomi menyatakan: “Pemilihan Muhammad sebagai tokoh yang begitu berpengaruh di dunia mungkin mengejutkan sesetengah pembaca. “Saya memilihnya sebab hanya beliau seorang sahaja dalam sejarah yang begitu berjaya dalam dua bidang iaitu keagamaan dan keduniaan. Beliau mengembangkan satu agama terhebat di dunia dan menjadi seorang pemimpin politik yang unggul. Pada hari ini, 13 abad selepas kewafatan beliau, pengaruhnya masih hebat dan terus berkembang.”
Suruhanjaya Audit Negara
Setelah mengharungi seminggu yg sangat padat dgn kerja & kelas, hari ni aku nak bincangkan sedikit mengenai Audit Jabatan Kerajaan. Sebenarnya topik ini aku pilih kerana aku sangat tertarik bila Lecturer aku utk subjek Perakaunan Sektor Awam (PSA) membangkitkan mengenai pengauditan di sektor awam Malaysia dalam kelas pertama beliau sabtu lepas.
Secara praktisnya sekarang, audit sektor awam dilakukan oleh Jabatan Audit Negara yg diketuai oleh Tan Sri Amrin Buang. Audit Negara akan melaksanakan pengauditan di sektor awam samada melalui pegawainya sendiri atau dengan melantik firma audit luar bagi melaksanakan tugas tersebut bg pihak Audit Negara. Jabatan Audit Negara sendiri turut di audit oleh satu unit khas dalam jabatan mereka.
Laporan Ketua Audit Negara mula mendapat perhatian rakyat Malaysia sejak pemerintahan negara diambilalih oleh Perdana Menteri Malaysia ke-5, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi. Sedikit ruang ketelusan dan kebebasan dalam Laporan Ketua Audit Negara tersingkap. Pada tahun 2007, laporan audit negara telah melaporkan salah laku atau kecuaian pegawai-pegawai kerajaan dalam menguruskan dana awam. Amat malang kepada Rakyat Malaysia yang bijaksana apabila wang rakyat dileburkan dengan cara yg TIDAK MASUK AKAL!. Dalam laporan tersebut yang secara jelas menyatakan tentang KEGAGALAN PEGAWAI-PEGAWAI KERAJAAN TERTENTU dalam menguruskan dana awam secara telus dan berhemah. Sebagai contoh, pembelian 'pemutar skru' dengan harga yg tidak masuk akal! Malah pelbagai lagi salah urus dana awam dilaporkan dalam laporan tersebut. Anda boleh rujuk di laman sesawang Jabatan Audit Negara untuk laporan penuh.
Apa yang ingin aku cadangkan di sini kepada PERDANA MENTERI MALAYSIA ialah, jadikan Jabatan Audit Negara sebagai sebuah SURUHANJAYA BEBAS sepertimana SPRM dan Suruhanjaya Perlantikan Hakim yang baru diluluskan oleh Parlimen Malaysia. Ini supaya, semua pihak akan lebih berkeyakinan dengan laporan tersebut dengan tidak ada persepsi negatif setiap kali ianya melibatkan dana awam dan kerajaan. Dengan menaik taraf Jabatan Audit Negara kepada sebuah Suruhanjaya, pegawai-pegawainya akan lebih berani dan bebas melakukan kerja audit mereka, tanpa ada sekatan-sekatan yg tidak munasabah dari PEGAWAI-PEGAWAI KERAJAAN YANG TIDAK AMANAH! Selain itu, rakyat dan semua pihak akan dapat meningkatkan keyakinan terhadap tahap ketelusan Kerajaan yang memimpin negara pada masa ini.
Kerajaan perlu mempertimbangkan perkara ini dgn serius kerana, perubahan zaman yg penuh dengan kecanggihan teknologi, akan memungkinkan pelbagai maklumat tersebar dengan cepat dan mudah walau ke mana sahaja. Sekiranya berlaku kes-kes pecah amanah dan salah urus dana kerajaan, didedahkan kepada umum MENDAHULUI saluran rasmi kerajaan, rakyat akan bersangka negatif kepada kerajaan. Contohnya penyebaran klip video Linggam. Kesannnya, rakyat menolak parti pemerintah dalam PRU ke-12. Kesan lebih besar ialah, kebangkitan golongan-golongan tertindas akibat perbuatan tidak Amanah wakil-wakil awam dalam kerajaan termasuklah menteri. Suara-suara mereka mula mendapat perhatian media-media asing, tersebar melalui jaluran internet, sms dan sebagainya.
Sebagai sebahagian dari plan menasionalkan semua rakyat Malaysia ke arah perpaduan yg jitu, kerajaan sangat terdesak untuk mendapat sokongan majoriti rakyat Malaysia. Justeru, Kerajaan perlu mempertingkatkan tahap KETELUSAN seperti yg dicanang-canangkan sejak 6 tahun yg lalu. Bukan setakat bercakap di media, tetapi HABUK PUN TARAK! Cakap serupa bikinlah!
Tubuhkan SURUHANJAYA AUDIT NEGARA supaya tahap ketelusan Kerajaan lebih terserlah di mata semua masyarakat Malaysia dan dunia dengan sempurna. Buat apa nak takut dgn memberi sejuta alasan untuk menolak cadangan ini, sekiranya mereka benar-benar berkhidmat dengan AMANAH untuk negara dan rakyat?