Friday 27 February 2009

Fasha Sandha

Salam to allz...
Aku saja nak menyibuk juga la pasal isu Fasha Sandha vs Nora Danish ni... Rasa geram plak aku tengok perangai kedua-dua 'PELAKON DRAMA TERBAIK' ni... Masa mula-mula kedua-dua mereka ni hadir dalam dunia hiburan Malaysia, aku tgk diorg ni memang baik & 'bersih'... Cantik, berkarektor, stylo jugak..

Fasha penah juga ada 'kes' dengan Nor Fazura dulu... Masa tu aku tengok para wartawan hiburan banyak menyebelahi Fasha... Naik juga lah saham Fasha disebalik kontroversi tu... Ya lah, sapa nak menyebelah Fazura coz artis cantik tu dicanang ramai sebagai kaki jantan, kuat clubbing, tonggang, & laloq pil... So, Fasha 'menang' lah masa tu coz para wartawan menggambarkan beliau sebagai gadis ayu, sopan santun & lemah lembut... Terpedayalah seluruh rakyat Malaysia termasuk juga aku.. hehe... Dari tak minat, jadik minat la jugak... yo lah kan... cantik.. huhu... Setelah nama dijulang tinggi, 'keayuan' Fasha Sandha mula terserlah... Terbukalah pustaka-pustaka yang selama in di 'hide' kan oleh para wartawan... Errmmm... Bila wartawan dah mula benci, maka suramlah hidup 'Gadis Ayu' ni... Yang ditulis wartawan pun mula lah berubah, dari yg positif kepada yg negatif... Kesannya, ramai 'peminat' mula menarik diri dari Fasha.. Walaupun berat hati mereka sebenarnya... Kesian Fasha... Bermula episod hitam dalam cerita fasha...

Setelah menafikan dirinya ada kaitan dengan perceraian Nora Danish, Fasha akhirnya terkantoi dengan wartawan Melodi di KLIA... Nampak sangat la Fasha... Jelas! Aku langsung tak jeles, tapi aku bimbang kalau Fasha tak mengundur langkah menyimpang, dia akan tersungkur dengan aib besar... macam yang pernah dilalui oleh Norman Hakim, Wan Norazlin, Ning Baizura dan Ramlah Ram dulu...

Fasha seharusnya berusaha mengelakkan diri dari perkara-perkara yang boleh merosakkan imej 'baik' nya... Sebabnya, persepsi masyarakat boleh membunuh kehidupan seseorang artis.. Nak naik semula bukan senang... Dan jangan sangka masyarakat mudah menerima atau memberikan peluang ke-2...

Seketika dulu, Fasha digambarkan membawa imej 'Wanita Melayu Yg Sopan'... Hampir macam Dato' Siti Nurhaliza... Kerana imej itulah makcik, pakcik, abang, akak yang jujur kat kampung & bandar, mula meminati Fasha Sandha... Bila dah ada yg minat tu lah Fasha mula dapat anugerah popular... Fasha kena sedar dan menilai itu semua... Bukan Fasha dapat anugerah tu sebab bakat saja, tapi sebab 'peminat' ni lah yg mengundi Fasha... Ingat tu Fasha... Jangan mudah lupa dan memusnahkan persepsi masyarakat ini...

Cadangan aku untuk Fasha bagi memperbaiki dirinya:-
1) Ambik Vernon (Bekas Artis Manager Ning Baizura), jadikkan manager Fasha. Tengoklah macam mana Vernon transform persepsi masyarakat dan wartawan kepada Ning.
2) Berehat seketika dari bidang seni untuk redakan gosip/kontroversi dan tekanan masyarakat yang mahukan penjelasan tentang gosip tersebut.
3) Jangan beri sebarang komen bila ditanya wartawan, mcm Dato' Siti buat masa nak redakan gosip dia dituduh rampas suami orang dulu. Tapi handle semua wartawan nicely/berhemah.
4) Banyakkan aktiviti kebajikan dan kemasyarakatan, supaya lebih dekat dengan masyarakat. Ini untuk membina serta mempertahankan kredibiliti Fasha sebagai insan 'Baik' di mata masyarakat. 5) Jadikan diri Fasha sebagai artis 'Rakyat', bukan artis 'Bangsawan'.
6) Jangan tinggalkan SOLAT!

Puduraya... Be Careful

To all Malaysian…
Be careful when u around in Puduraya Station. There is more than a professional group of theft around there… Always care of your belongings..






Betapa Canggihnya Senjata Musuh Islam...

Salam guys...
Semua kita tahu tentang kekejaman Zionis Yahudi terhadap umat Islam... Kerana ketamakkan dan rasa diri mereka terancam, mereka berusaha berlipat kali ganda dari kita dalam segala aspek kehidupan, dengan 1 tujuan utama.... Iaitu... MENGHANCURKAN UMAT ISLAM!... Mereka bimbang jika Islam bangkit semula dan Nabi Isa a.s diturunkan, mereka (Yahudi) akan DIHAPUSKAN dari muka bumi ini... Lihatlah betapa canggihnya senjata perang mereka... yang diperolehi hasil dana sumbangan ekonomi yang ada di antara kita (umat Islam) yang menyumbangnya... Amat malang bagi kita kerana, wang yang kita gunakan dalam pasaran, menghasilkan senjata musuh yang cuba memusnahkan kita semula... Fikir-fikirkanlah...








MUJAHID PALESTIN YG SYAHID...

Salam to allz...
Aku tak nak ulas panjang... Cuma nak korg semua tgk dan menghayati gambar2 yg INDAH di bawah nih... Inilah Para Syuhada Palestin.... Takbir!!!! Allahuakbar!!!










Ya Allah... Kau Syahidkanlah aku sepertimana mereka, demi Agama-Mu & Rasul ku.. Amin Yarabbala'lamin...

Videos... Let's watch

Hi guys...
Let's watch this videos... Have a nice day...

Akhirnya.... Kenaikan Tol di Batalkan..

Salam to allz...
Alhamdullillah... Akhirnya kabinet Malaysia hari ini memutuskan untuk MENANGGUHKAN kenaikan toll lebuhraya... Walaupun kerajaan hanya MANANGGUHKAN kenaikannya, sekurang-kurangnya ringanlah juga beban kita sebagai rakyat Malaysia yg biasa-biasa saja ni... Pada aku, kerajaan sepatutnya MENGHAPUSKAN terus toll di semua lebuhraya seluruh negara... Walaupun cadangan ini kurang rasional, tetapi kebergantungan kerajaan terhadap dana-dana awam ini semakin menjadi-jadi... Dah la kerajaan pinjam dana rakyat seperti KWSP, lepas tu kita plak yg nak kena tanggung faedahnya melalui pembinaan infrastruktur awam yang kena bayar... Carilah suatu mekanisma atau altenatif yg lain bagi menggantikan sistem toll di lebuhraya... Misal mengenakan caj pungutan sampah dan melaksanakan kompoun atau denda kepada orang-orang yg tidak menjaga kebersihan di kawasan rumah ataupun di mana saja... Melalui kaedah ini, orang awam akan lebih berhati-hati dengan aspek kebersihan kawasan mereka... Negara Bersih, Rakyat Sihat...

Friday 20 February 2009

Politik, Polimik dan Retorik Di Malaysia

Salam guys...
Banyak pulak idea aku hari ni... Ok, sekali lagi aku nak menyentuh pasal situasi politik di Malaysia...

Masa baru habis PRU12 Mac 2008 dulu, kita dapat lihat bagaimana porak purandanye parti pemerintah di Malaysia...Teruk!!! Mereka bukan sahaja di attack oleh org dalam, malahan oleh musuh luaran mereka... Sampai ada yg letak jawatan, merajuk, meninggal sakit jantung, lompat katak dan banyak lagi yg kadang-kadang nampak lucu... Ditambah lg bila parti pemerintah kalah di 2 pilihanraya kecil... KECOH!!! Kedengaran suara-suara sumbang mengatakan parti pemerintah Malaysia dan goyah... Rakyat dah tolak mereka... Angin perubahan dah melanda Malaysia... Nak samakan dgn US la kononnya... Presiden Kulit Hitam dah dipilih... So, Malaysia pun dah kena tukaq lah jugak... Ikut US.. Tapi, Presiden Kulit Hitam di Malaysia pun dah kena tolak bulat2 di Sungai Siput... Nak cari yg mana plak? Ipoh Timur ada lagi kan? hehehe...

Itu cerita di sebelah parti pemerintah... TAPI, nampaknya di sebelah Pembangkang pun apa kurangnya... Suatu masa kita lihat mereka mcm dah semakin teguh... Sokongan pengundi meningkat... Menang besar di PRU12 dan 2 pilihanraya kecil.. Perrrggghhh!!! Aku pun kagum gak la dgn Pembangkang ni... Penasihat BESAQ Pembangkang pun nak naik tocanglah... Canang sana sini kata DEPA nak ambik alih tampuk pemerintahan Malaysia... Ramai wakil rakyat parti pemerintah nak SEBERANG JAMBATAN... Semua PEMERHATI pun dok tunggulah... Mula-mula kata 16 September 2008... Ermm... mcm-mcm usaha lah yg DEPA buat... Meeting & Fly sana-sini sampai ke Korea nun di sana... Tup tup bila sampai date 16/09/08, pepagi aku bangun tido nak lah dengar cerita DEPA... Tapi hampeh!! Pastu DEPA dok canang plak 24/09/08 kot... Aku pun tak ingatlah.... Tapi ada tarikh baru lah konon-kononnya... Pun tak jadi jugak... Mcm2 alasanlah yg diberi DEPA... Lepas senyap sat pasal RETORIK Depa tu, tup tup Adun Bota umum Seberang Jambatan! Aku pun ingatkan memang jadilah plan Penasihat BESAQ Pembangkang tu.. Dia pun happy giler lah... Alih-alih tak sampai 2 minggu pun, Adun Pembangkang di Perak plak Seberang Jambatan... Mak aiii... lagi ramai... 3 org.... Bota pun sama ikut jugak! Maka bermulalah episod baru POLITIK KUCAR KACIR DI MALAYSIA.... Saman-menyaman pun bermulalah... Sultan pun kena... Tak sampai pun 2 minggu, jadi plak KESAH baru di Selangor.... Ni cerita bogel membogel Exco plak... Ishhh!!!! Apa lah nak jadik... MB plak nak kena dakwa dgn SPRM pasal kes salah guna kuasa... Macam-macam kan?.... FENING! FENING!!!...

Yang aku rasa FELIK BIN AJAIB sangat ni, Penasihat BESAQ tak bagi Exco BOGEL tu Resign walaupun Exco tu BERKERAS nak Resign... Mungkin DEPA tak KESAH sangat pasal moral agaknya... DEPA nak suruh Rakyat blaja terima pemimpin yg TAKDE MORAL kot. Persediaan lah kalau-kalau Mahkamah Yang Ariff putuskan DEPA bersalah dalam kes PANDANG BELAKANG... So, DEPA nak ajak Rakyat MALAYSIA Yang Murni ni blaja-blaja terima Pemimpin-pemimpin yang TAKDE MORAL... Tak KESAH la TAKDE MORAL asalkan boleh buat kerja... Mungkin la kot... Tapi nampaknya di kalangan Pembangkang sendiri tak boleh terima pemimpin TAKDE MORAL... Ipoh Timor kata Penasihat BESAQ kena BERTAUBAT sebab langsung tak pentingkan isu MORALITY dan hanya pentingkan cita-citanya nak jadik PM... Ermmm... Habis camno?...

Ermmm... Inikah perubahan yang kita nak di MALAYSIA??? Kita tengok, kita analisis, kita buat penilaian sendiri... Pada aku, Siapa pun yang memerintah aku tak KESAH. Asalkan Agama, Bangsa, Negara, Amanah, Morality serta Kebijaksanaan Akal Fikiran berada di barisan depan...
Kalau tak lengkap benda-benda ni semua, tak payah nak bercita-cita jadi pemimpin... BOLEH BLAH!!!

Perkahwinan 12 Hari Roslin Hashim



Salam...


Setelah hampir seminggu aku tak buat post, hari ni aku nak sentuh skit pasal perkahwinan 12 hari Roslin Hasim (Pemain Badminton Malaysia)... Aku mcm kebanyakkan org lain jugak.... TERKEZUTTT!!!... Aku dapat tahu cerita ni smlm... Masa tu aku tgh jalan kaki nak pegi beli sarapan... Sampai di depan kedai runcit, tetiba je sorg makcik ni terus cakap dgn aku, Roslin Hashim dah cerai.. Makcik ni siap story kat aku pasal berita ni... Selamber je makcik nih! Aku tak kenal pun dia... Tapi, org pompuan biasalah kan... hehehe... Memang ini soal jodoh pertemuan... Dalam Utusan Malaysia hari ni 21/02/09 Roslin kata perkahwinan tersebut satu kesilapan... Ermmm.... Betul tu Roslin... Apa lagi nak kata kan?... Kesilapan sebegini jarang-jarang berlaku... Bila berlaku tentulah mendapat perhatian yg besar... Sekarang, ramai org nak tahu apa sebenarnya yg berlaku disebalik kesilapan tersebut.. Apa yg silap? Kepada pihak-pihak yg mula membuat cerita berdasarkan andaian masing-masing, HENTIKANLAH!!!! Jangan diganggu lagi kehidupan mereka... Aku juga harap agar Wanita Hari Ini (WHI) TV3 takkan buat jemputan kepada Roslin dan Bekas isterinya utk menerangkan cerita menarik mereka live di kaca TV... Macam yg pernah berlaku kepada Abby, Norman & Mamey... Banyak lagi story yg lebih baik patut WHI ketengahkan... Aku cuma harap, masih ada sinar dalam kehidupan Roslin dan bekas isterinya...

Tuesday 17 February 2009

Tanda-tanda Kematian

Assalamualaikum...
Tazkirah hari ini... Kenali tanda-tanda kematian seorang hamba Allah.

100 HARI

Seluruh badan rasa bergetar

60 HARI
Pusat rasa bergerak-gerak

40 HARI
Daun Dengan nama orang yang akan mati di Arash akan jatuh dan malaikat maut pun datang kepada orang dengan nama tersebut lalu mendampinginya sehingga saat kematiannya. Kadang-kadang orang yang akan mati itu akan merasa atau nampak kehadiran malaikat maut tersebut dan akan sering kelihatan seperti sedang rungsing.

7 HARI

Mengidam makanan

5 HARI

Anak lidah bergerak-gerak

3 HARI

Bahagian tengah dahi bergerak-gerak

2 HARI

Seluruh dahi rasa bergerak-gerak

1 HARI

Terasa bahagian ubun bergerak-gerak di antara waktu Subuh dan Asar

SAAT AKHIR

Terasa sejuk dari bahagian pusat hingga ke tulang Solbi ( di bahagian belakang badan)

Bila Malikat menyabut Nyawa, Baginda Rasullullah S.A.W bersabda :
“Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai ke lutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu.”


Sambung Rasullullah S.A.W lagi…

“Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibril A.S akan menebarkan sayapnya yang di sebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada di sekelilingnya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail A.S. Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S akan menebarkan sayap di sebelah kiri. Maka orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang di sekelilingnya. Ini adalah kerana terlalu takutnya dia apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya.”

Monday 16 February 2009

SEBUAH PERJALANAN KE KUALA LIPIS

Assalamualaikum...
Kira-kira jam 3.45ptg, 16 Feb 2009 (Isnin), aku bertolak ke Kuala Lipis bersama En.Salihin (Boss), dengan tujuan, menziarahi serta menyampaikan ucapan Takziah warga kerja Salihin Consulting Group, di atas kembalinya En. Tarudin Ismail ke Rahmatullah pada 15 Feb 2009 (Ahad) yang lalu.

Setelah mengharungi perjalanan hampir 2jam 45 minit, dari Sri Gombak ke Kampung Sg Kerpan, kami tiba di destinasi sekitar jam 6.30ptg. Ketibaan kami di kediaman Allahyarham En. Tarudin dan Puan Siti Salmah, disambut oleh anakanda mereka En. Saiful Bahri Tarudin dan beberapa ahli keluarga terdekat mereka. Kami berbual seketika di luar kediaman bersama dengan En. Saiful Bahri dan disusuli oleh Pn. Rozi, yang menjemput kami masuk ke kediaman untuk bertemu dengan keluarga Allahyarham.

Dari luar pintu kelihatan beberapa orang tetamu wanita sedang berbual dengan Pn. Siti Salmah dan Dato' Siti Nurhaliza di ruang tamu. Seketika kemudian, tetamu wanita tersebut beredar dan Pn Siti Salmah menghulurkan tangan bersalaman dengan kami. Kedengaran jelas riak suara sebak di sebalik pertuturan ringkas Pn. Siti Salmah dan Dato' Siti Nurhaliza, yang mempersilakan kami duduk di sofa mereka. Kelihatan jelas juga wajah-wajah kesedihan anak-anak Allahyarham yang lain.

Kami menyambung perbualan bersama En. Saiful Bahri, yang menceritakan detik-detik perjalanan terakhir Allahyarham sebelum menghembuskan nafas terakhir. Dari perbualan tersebut, saya meringkaskan bahawa Allahyarham adalah seorang bapa yang sangat penyayang dan sangat akrab dengan semua anak-anaknya. Allahyarham sangat gemarkan aktiviti memancing dan baru sahaja menghadiahkan peralatan memancing kepada anaknya, En. Saiful Bahri. Selain itu, di minggu-minggu terakhir ini, Allahyarham juga sempat bertemu rakan-rakan lamanya, samada rakan-rakan kerja mahupun rakan-rakan memancing. Dari cerita anak-anak Allahyarham, saya dapat merasakan betapa Allah memudahkan perjalanan akhir Ayahanda mereka. Tiada sakit yang panjang dan permergian Allahyarham diiringi oleh kasih sayang.

Perbualan kami dengan En. Saiful Bahri, disertai oleh Pn. Siti Norsaida dan suami yang baru pulang dari pekan berhampiran. Pn. Rozi pula menghidangkan minuman dan roti untuk kami. Kelihatan juga sepupu mereka, Cik Juliana Zainal yang datang menghulurkan Salam kepada kami. Semua anakanda Allahyarham meminta kami menunggu sehingga selesai majlis Tahlil yang bakal diadakan selepas solat Isyak pada malam tersebut di kediaman mereka. Tetapi kami berdua memohon maaf kerana terpaksa jua meminta diri lantaran terdapat urusan-urusan lain yang masih belum terlangsai di Kuala Lumpur. Hasrat hati saya memang ingin menyertai majlis Tahlil tersebut, tetapi masa kurang mengizinkan kami pada ketika itu.

Sebelum pulang, kami meminta izin untuk bertemu dengan Pn Siti Salmah sekali lagi. Beliau muncul dari muka pintu dapur rumah mereka dan menyambut Salam kami. Sekali lagi jelas terdengar suara sebaknya ketika meminta kami menunggu sehingga selesai majlis Tahlil. Saya sedikit sebak juga kerana saya tidak dapat memenuhi jemputan beliau. Setelah bersalaman dengan hampir semua anak-anak Allahyarham, Kami diiringi keluar dari kediaman mereka oleh Pn Siti Norsaida dan En. Saiful Bahri. Kami bertolak pulang ke Sri Gombak pada jam 7.15 mlm.

Kunjungan kami ke kediaman keluarga Allahyarham En Tarudin adalah untuk menyampaikan Salam Takziah dan juga sebagai tanda perihatin kami terhadap situasi kesedihan yang sedang mereka sekeluarga tempuhi. Saya dan En Salihin sendiri pernah melalui suasana kesedihan dan kehilangan sebegini sewaktu permergian Ayahanda tercinta kami masing-masing. Justeru, kami dapat memahami serta rasainya sebagaimana mereka. Semoga mereka tabah dan terus berdoa untuk kesejahteraan Allahyarham.

Sepanjang hampir 7 tahun berurusan secara professional dengan syarikat keluarga mereka iaitu Siti Nurhaliza Productions (M) Sdn Bhd, saya banyak memahami suatu nilai kekeluargaan yang erat antara mereka. Walaupun kurang mengenali En Tarudin secara peribadi, saya tahu bahawa Allahyarham dan Pn Siti Salmah adalah tunjang utama kepada kejayaan anak-anak mereka. Nasihat dan kata putus dalam sesuatu isu utama syarikat pastinya hadir dari pandangan Allahyarham dan Pn Siti Salmah.

Akhir kata dari saya, perjalanan penuh makna ini kami lakukan dengan Ikhlas demi sebuah ikatan silaturrahim sesama saudara Islam. Kami doakan semoga roh Allahyarham En. Tarudin Ismail dicucuri Rahmat dan mendapat Keredhaan Allah S.W.T. Semoga Pn Siti Salmah sekeluarga akan tabah dan terus mendapat limpah Rahmat dari-Nya. Al-Fatihah..

Sunday 15 February 2009

Takziah Kepada Keluarga Siti Norsaida....

Assalamualaikum...
Saya mengambil ruang ini mewakili seluruh wargakerja Salihin Consulting Group, untuk mengucapkan SALAM TAKZIAH kepada Puan Siti Salmah Bachik, Puan Siti Norsaida, Puan Siti Norhaliza, En. Saiful Bahri, En. Mohamad Ali, Cik Siti Saerah, En. Mohd Hafiz dan En. Saiful Lizan di atas
pemergian Suami dan Ayahanda tercinta mereka, En. Tarudin Bin Ismail yang telah kembali ke Rahmatullah pada jam 11.50 pagi Ahad, 15hb February 2009. Semoga Roh beliau dicucuri Rahmat dan mendapat Keredhaan Allah S.W.T. Alfatihah...



Kali terakhir aku bertemu dgn En. Tarudin ialah pada 14hb Januari 2009, Majlis pelancaran album baru Datuk Siti.

Friday 13 February 2009

Miracles of Make Up

Rani mukherjee


Karisma Kapoor


Aishwarya Rai


BJ


Jennifer Lopez

Christian Aguilera


And finally…..
The Bossss……….

Wednesday 11 February 2009

mengapa yahudi bijak

Assalamualaikum. Sebagai permulaan bicara, saya ingin berkongsi sebuah petikan bermanfaat yang saya terima dari seorang teman dan juga terdapat dalam beberapa blog yang lain.

http://www.mindasukses.com/yahudibijak.rar

Seringkali, apabila kita membaca sesuatu artikel atau bahan, kita akan pastikan dahulu siapa penulisnya. Bagi saya, itulah salah satu kelemahan Muslim, terutamanya masyarakat melayu sekarang. Kita lebih memandang ‘siapa’ penulisnya daripada ‘isi’ yang terdapat dalam petikan tersebut.

Saya nak komen tentang salah satu jenama yang dikuasai oleh yahudi; Levi’s. Saya masih ingat, ketika kita mula memboikot barangan Israel, ada yang sampai membuang dan membakar jeans Levi’s masing-masing. Pernahkah kita terfikir kenapa kita sanggup membeli jeans jenama Levi’s walaupun harganya bagi saya agak mahal? Jika tidak kerana kekejaman yang dilakukan oleh Israel terhadap Palestin, sudah pasti kita masih lagi ‘memuja’ jenama tersebut. Pernahkah kita terfikir bahawa untuk sampai ketahap kualiti tersebut, pereka-pereka Levi’s telah menjalankan kajian berterusan? Saya perhatikan ini berdasarkan pengalaman saya tinggal di perantauan; jeans Levi’s yang dipakai setiap hari-dibasuh mesin, dikering dengan mesin pengering dan di gosok-keadaan fabriknya masih seperti hari pertama dibeli. Mengapa kita sebagai umat Islam, tidak mampu mereka-cipta jeans berkualiti seperti itu, walhal, kata-kata nasihat seperti yang disampaikan oleh Khalifah Umar bin Abdul Aziz ‘Bekerjalah kamu seolah-olah kamu akan hidup seribu tahun lagi, dan beramallah kamu seolah-olah kamu akan mati esok hari’ seringkali kita dengar dan baca?

Jika kita teliti petikan di atas, semua amalan yahudi tersebut adalah seperti yang disarankan oleh Rasulullah saw untuk membentuk manusia yang berfikir. Dengan jelas, dapat kita lihat bahawa gaya hidup Islam ini memang menyeluruh dan sememangnya bermanfaat untuk diamalkan. Sayang sekali, amalan ini dipraktikkan oleh bukan Islam yang tidak mempercayai keesaan Allah subhanahu wa ta’ala. Fikir-fikirkanlah.....

Hajj in 1950s....

Salam guys...
Some of you will love this photos.... See it...